07 Mac, 2011

K.O 2-0, BN MENANG DI SEMUA SALURAN!!! HANCUR PAS HANCUR!

TAHNIAH BN!!! Hebat, Amat Positif SUARA RAKYAT yang menangkan BN di Semua saluran termasuk di Pos Paling Panas di Daerah mengundi RUMPUN MAKMUR dimana DEBAT bertentang Muka antaranya, Umi Hafilda & Anuar Ibrahim dan juga beberapa tokoh pidato terbaik termasuk Dato' Ibrahim Ali dari PERKASA. Daerah Mengundi di Rumpun Makmur yang melibatkan 587 pegundi yang mengundi semalam memperlihatkan kedua-dua saluran melebihi 100% ke 400% perbezaan diantara BN menandingi Calon PAS Hassanuddin Salim memperlihatkan kematangan Rakyat menerima dan menilai ISU serta kempen yang di bawa oleh Calon-calon samada BN ataupun PAS sendiri. Pengundi yang keluar dalam kadar 83% menunjukan positif serta perihatin rakyat terhadap tanggung jawab dengan kemelut terutama PAS yang dari dulu (PRU 12) sehingga nak ke PRU 13 begitu RAJIN berkempen dan ceramah sebagai hadiah untuk Rakyat yang memilih PAS. Mungkin terlalu banyak dengan ceramah dan KEMPEN sehingga Rakyat sudah mula bosan dan muak yang di sumbat ke mulut rakyat sampai nak pilihanraya balik! tak ada lain, ceramah, kutuk, fitnah... Mana dia perjuangan untuk rakyat, ekonomi, pelajaran, kemiskinan, pembangunan dan segala HAK RAKYAT yang dijanjikan sebagai Manifesto Perjuangan PAKATAN RAKYAT yang di tabur sebelum ini.
RUMPUN MAKMUR juga menyimpan rekod peratusan golongan Muda yang tinggi bila dalam kadar 100% majoriti di saluran dua meninggalkan PAS. Bagi saluran pertama pula, kita maklum golongan umur 45 tahun keatas jauh menjarakan sokongan kepada BN dari PAS hampir 4kali ganda dari apa yang PAS perolehi, nampaknya boleh lah kita huraikan bahawa Genarasi Muda di sini sudah mula bijak memilih dalam menilai Isu yang di bawa oleh calon-calon malah mengikuti dan boleh menganalisa kesahihan isu atau kes yang di gembar gembur kan di dada akhbar, kaca TV, di radio malah di media alamaya atau internet. Seperti yang kita lihat dalam laporan berita TV dan media -media kehadiran ramai di dini yang mencecah sehingga 3 ribu bermakna ramai penonton yang hadir bukan pengundi di kawasan tersebut.
Lebih menakjubkan Bukan sahaja di Kerdau yang mempunyai 22 saluran mengundi  malah di Merlimau juga BN menang di semua 21 saluran mengundi, nampaknya slogan yang sering di laungkan olh PAS memakan diri sendiri... terpaksalah di tukar ke UMNO ganti PAS dan slogan laugan yang mereka sebatikan bertukar jadi HANCUR,  HANCUR,  HANCUR... PAS HANCUR!  

2 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM, KITA KASI DIA MINUM KOPI O (K.O)

PAK TAM berkata... berkata...

boleh ler belanja nasi wangey sekali. kai taruk cili lebeh biar cirit birit sepanjang tahun ha ha ha

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND