21 Januari, 2012

TERIMA KASIH BLOGGERS! SUDAH TIBA MASANYA BERSATU DALAM SAF!

BIADAP Apa Sahaja sekali pun Institusi Raja!
Teman nak ucap tahniah kepada semua termasuk yang mendoakan kepada Saiful yang berusaha mendapatkan Hak sebagai Rakyat dan insan dalam pembelaan, Yang kita dapat menilai bagaimana kebenaran serta Hak Sebagai rakyat memang sewajarnya dengan pelbagai pandangan dan ukuran

Pelbagai kes serta isu yang kita nampak sekarang apabila sesuatu isu atau kes di utarakan maka dengan jelas juga kita lihat ada golongan yang muncul, cuba bayangkan bila sokongan mereka menemui jalan buntu atau tidak menepati kehendak mereka, Rakyat akan di tabur fitnah, di lekakan dengan cacian, mengadakan pelbagai ceritera dan dongeng. Hasilnya kita memang tahu yang buruknya pemimpin BN, UMNO dan Kerajaan, Dangkal sesangat bila semua salah dihalakan ke UMNO terutamanya, Kalau sakit perut makan kenduri pun UMNO lah puncanya, mungkin mula-mula kita menerima kerana mahu memikirkan kaitan, tetapi bila semua dilonggokan kepada UMNO puncanya Rakyat makin GETEK (menyampah) dah semacam bodoh benor rakyat ni disumbat dengan segala FITNAH yang tak masuk akal

Semalam bila SLOT 'BICARA RAKYAT' yang keudara di TV1 yang ditontoni oleh pelbagai lapisan rakyat, tak kira bangsa, ugama, Parti dan dan lain-lain, Tak sangka pulak teman begitu effective pada rakyat, pagi ni tadi tajuk BERITA utama KEDAI KOPI kebanyakan nya semua berkisar soal Forum semalam, banyak yang mengulangi ayat-ayat yang di sebutkan oleh Panel terutamanya Sdr Hanafiah Man dan Datuk Hasfarizam yang memang menepati persoalan di kepala rakyat tentang perundangan
Antara Ruang BICARA KEDAI KOPI ni banyak mengaitkan jawapan Sdr Hanafiah Man tentang penglibatan DS Najib Mohd sebagai Perdana Menteri, Pm tidak sekali pun menyentuh atau komen tentang perbicaraan Isu Liwat ini walaupun sepanjang 3 tahun dibicarakan dan selama 60 kali di tangguhkan, PM berlaku adil kerana menghormati Badan Kehakiman serta tidak mahu dilihat seperti mengut keuntungan dari kejatuhan orang lain.

Hanafiah juga menimbas kembali bagaimana pula tindakan Pembangkang sebaliknya, Rakyat di tamukan sepanjang PRU 12 hingga dah nak sampai Ke PRU 13 dengan isu yang menjijikan soal LIWAT, VIDEO LUCAH, TUDUHAN, FITNAH dan lain-lain. Bukan soal kepentingan hak rakyat yang sepatutnya TUGAS mereka yang  diLabel sebagai  PEMIMPIN atas undi kepercayaan yang rakyat beri. PALING YANG SENSITIF RAKYAT  SAMPAI SANGGUP HERET, HINA DAN BURUKAN SULTAN PERAK sendiri 
Segala yang boleh dikaitkan, difitnah, diheret, diburukan, diperalatkan, dicacikan dan segala yang memang bertujuan buruk diajukan kepada yang menjadi penghalang kepada mereka cuba merampas dan memakbulkan angan-angan mat jenin dema, Semua yang dikaitkan termasuk, DS Najib, Isteri, Parti, kerajaan, kementerian dilonggokan segala yang buruk dengan pelbagai alasan mereka terlibat dan mahu diheret supaya boleh sejijik perbuatan LIWAT itu sendiri.

Kita sendiri akhirnya sedar lansung tiada kaitan mereka yang diheret dalam kes jijik ini, fitnah, caci, cerca, dongeng dan segala perancangan ini ternyata lansung tiada kaitan, sebaliknya segala pembohongan sepanjang perbicaraan terjawab dan tidak benar lansung, TAK KER DEMA NAK BERTANGGUNG JAWAB berTELOR dan meminta maaf secara terbuka serta menyesalinya, bukan dosanya pada PM sahaja, RAKYAT utamanya yang terpengaruh di ceramah-ceramah mereka, atau lebih tepat lagi diLEMBUkan dema? Dari Rakyat, Makamah, kementerian, Parlimen hingga ke mak bapak kita yang sedih melihat perpecahan serta kemusnahan KEAMANAN dan KEMAKMURAN yang mereka saksikan sekian lama

PANEL BICARA RAKYAT, SDR HANAFIAH MAN
PARLIMEN KEDAI KOPI ni bukan saja membahaskan Isu yang di perkatakan oleh dua panel semalam ni malah tertanya-tanya siapa YB yang datang Liwat tu? Marah benor dema ... 'Udah ler banyak bunyi, tergagap-gagap pulak.... errr errr errrr, Tak menjawab soalan Rakyat yang hadir dan paling dema Angin satu Badan bila dengan selamba bagi alasan Traffic Jem ler pulak" Kita ni komer pun tau adat bila bersembang, bagi ler sorang-sorang bercakap, ini idak asyik dia nak bercakap sampai orang nak bagi laluan iklan pun dia masih bercakap. Lepas tu asyik dia yang betui... suruh awai-awai datang tak nak, nasib ler bukan kampung kita kalau tak lama dah dapat free boo jer!

Apapun sekupang nak ucap terima kasih kepada semua bloggers yang sekupang tak sangka walaupun dema ni bukan nya duduk merata ipoh yang sanggup datang bila teman ajak ke ipoh dan berjumpa sesama kita, terima kasih juga keranan bersama teman, insyallah kita akan jumpa lagi duduk semeja, tentang cadangan kalian untuk mengadakan pelbagai rancangan termasuk membantu usahakan Lawyer, tabung, Komuniti, laman Facebook menyokong teman, wujudkan sembang-sembang bersama semua bloggers di Maya, blog dan lain-lain lagi rasanya tak perlu lah sampai nak restu dari teman, teman memang percaya penuh dengan komer, itu pun dah banyak jasa komer kat teman, insyallah teman ikut dan setuju kalau inilah yang terbaik usaha kalian, Terima kasih PCT (Perak Cycber Troopers,) Sahabat kenalan termasuk Bloggers seangkatan, sahabat-sahabt karib, pemimpin-pemimpin, ngo-ngo, pertubuhan dan banyak lagi yang tak tersebut, Teman terhutang budi pada komer, insyallah janji teman Bongkar tetap bongkar Lawan tetap lawan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haram jada lu

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND