06 April, 2011

ORANG LAMA TARIK PERHATIAN PENAMAAN CALON N33 KALAKA

TN HAJI ABDUL WAHAB AZIZ BRSAMA CUCU-CUCUNYA

Di Pejabat Daerah Kabong, Calon BN Tn Haji Abdul Wahab Bin Aziz mencuri tumpuan sekupang, yang kebetulan pernah bersemuka dengan beliau satu hari dulu, Bertanding diatas tiket BN dan sedia maklum Orang lama yang dihormati dalam PBB ini tidak pernah menganggap sebagai Naib Presiden PBB Sarawak sebagai satu tiket untuknya berpeluk tubuh, di penamaan calon yang di hadiri oleh ribuan penyokong BN begitu tenang tanpa sebarang unsur provokasi oleh PKR sepertimana yang terjadi di penamaan calon DUN Krian sebaliknya. Penyokong-penyokong cukup tenang dan mesra sesama mereka seolah satu perayaan besar dimana satu keluarga besar duduk dalam satu majlis. 

Sekupang pernah duduk berbual dengan Tn Haji Abdul Wahab ini bersama kawan-kawan lain, menjangkakan orang lama yang telah 5 kali bertanding dan mencatat rekod kedua tertinggi majoriti dalam PRN Sarawak ini agak sibuk rupanya salah tekaan teman, orangnya ramah dan rasanya semua persoalan dijawab dengan ikhlas malah tidak berpaling muka bila bersembang dengan tetamunya, Dengan senyuman seperti kawan rapat. Kami bersembang. tidak menyembunyikan segala keikhlasan beliau dengan terang berkata...'sudah tiba masanya orang baru menggantikan saya, biarlah ini kali akhir' tersentak juga sekupang dan tanya balik kenapa dia tak terus berkhidmat? Saya dah lama berkhidmat, berilah peluang pada pemimpin generasi baru... lagi pun pelapis sudah ada, biarlah mereka yang bakal meneruskan khidmat sebagai pemimpin. Begitu luhur orang lama ini menjawab tanpa rasa sebarang kerugian sepertimana yang kita tahu banyak pemimpin yang takut kehilangan jawatan, tapi baginya kesinambungan perjuangan perlu di teruskan demi generasi yang akan datang. 
Sembang kami menjadi kaku sekejap bila seakan ada teka teki bila beliau berkata 'pernah satu ketika saya semakin gusar bila rumah saya tidak diziarahi oleh orang kampung' kebiasaannya ada saja orang yang datang ke rumah mengadu pelbagai masalah dan cerita. Baginya amat pelik bila semakin susut yang datang menzaiarahinya di rumah. Rumah saya terbuka 24jam, boleh datang bila-bila, sudah itu tugas saya... tetapi bila semakin jarang yang datang seperti biasa, saya risau. Pernah saya panggil semua jawatankuasa kerana bimbang jika ada pekara yang menyebabkan rakyat sudah tidak mahu ke rumah seperti biasa, Saya bertanya kepada semua kenapa? dikhuatiri jika ada sebarang sebab yang membuatkan mereka tidak datang kerumah sepertimana kebiasaannya. Tapi sebaliknya baru saya faham bila diantara mereka menjawab persoalan tersebut. 'Memang dulu kami datang untuk mengadu pelbagai masalah, tapi sekarang semua YB dah selesaikan, tak kan perkara kecil pun nak mengadu pada YB, biarlah YB jalankan tanggungjawab YB pula, tak kan kami nak menganggu tanpa sebab, YB pun ada tanggungjawab lain lagi' kata nya begitu lega dengan penjelasan mereka, saya pergi cari mereka untuk dapatkan kepastian sebenar...'
Duduk minum dibeberapa kedai kopi disini juga dengan kawan-kawan Saratok dan Kabong juga sekupang juga difahamkan yang YB ni jarang menolak jika diajak minum dikedai-kedai kopi, kadangkala berborak sampai lewat malam kecuali beliau ada urusan yang tak dapat dielakan, Sebagai seorang Menteri Muda juga kalau sesiapa yang tidak perasan beliau memang low profile dan Cool, selamat berjuang Tn Haji Abdul Wahab bin Aziz, sekupang percaya insyallah... kemenangan memang layak untuk YB, melihat kepada suasana penamaan calon, ribuan pengundi BN yang hadir untuk menyokong sudah cukup kuat menyakinkan. 

Pertandingan 3 penjuru di DUN N33 KALAKA. 
1. Tn Haji Abdul Wahab Bin Aziz (BN/PBB) 
2. Ismail bin Hosin (BEBAS)
3. Mohd yahya Abdullah (PKR)
PAS yang mula-mula beriya-iya mahu bertanding membantalkan hasrat bertanding walaupun dikhabarkan telah mengambil borang pencalonan, manakala PKR disaat-saat Akhir hadir dengan lebih kurang 70 penyokongnya semasa pencalonan.           


Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND