29 Mac, 2012

AWAS TEKTIK KOTOR PEMBANGKANG!


Mungkin ramai yang lupa atau tidak sedar, taktik pembangkang gunakan sebelum ini seperti yang terjadi di Pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini,

SPR pun pening kepala dengan isu penggunaan Telepon bimbit yang digunakan bagi menyalurkan info pengiraan kertas undi oleh ketua undi atau wakil parti di peti-peti undi. Mencari jalan penyelesaian seperti mana yang diwawarkan SPR sebelum ini di media akhbar dan kaca TV oleh Dato' Abdul Aziz. Setakat ini SPR hanya mampu memaklumkan bahawa keputusan di peti-peti undi tidak akan dikira awal atau dimaklumkan awal keputusan pengiraan undi walaupun telah 100% pengundi telah hadir. SPR juga di hujani dengan panggilan yang bertalu-talu untuk pengesahan dengan khabar angin yang kononnya sudah tahu awal parti BN kalah. Malah khabar angin disebar luas termasuk melalui sms.

Sebenarnya sebelum ini semasa di PRN Sarawak mungkin ramai yang tidak tahu, kebetulan teman ada disana semasa PRN tersebut. Agak terkejut jugak bila sahabat teman disemenanjung menghubungi teman bertanyakan 'betuiker BN kalah teruk?' ketika teman dihubungi itu kira-kira jam 2.30 petang, pelik jugak teman mana dia dapat info, rupa-rupanya ini taktik Pakatan Rakyat yang telah dirancang awal-awal lagi

Di Sarawak agak berbeza dengan pengiraan Peti Undi sebab disini ada peti undi yang sudah ditutup seawal jam 10 pagi, sebabnya peti undi disini kadang- kadang merupakan pengundi di sebuah rumah panjang. Ada jugak sesetengah tempat bila Apai sebagai kepala rumah panjang akan menyuruh semua penduduk rumah panjang keluar awal mengundi. Itu sebabnya sesetengah tempat seawal jam 9 pagi sudah 100% keluar mengundi, sebaik telah semua sudah mengundi maka peti undi ditutup dan terus dikira, maka petugas parti juga telah mendapat keputusan awal dan terus sms atau menghubungi bilik gerakan bagi menyalurkan infi keputusan terkini.

Bukan sahaja Pakatan Rakyat tetapi BN sendiri pun juga mendapat maklumat yang sama, yang buat teman terkejut ialah bila teman sendiri dimaklumkan ketika itu BN telah mendahuli jauh kerusi yang dipertandingkan, macamana tetiba keluar khabar angin yang BN kalah, sampai semenanjung pulak tu. agak pelik jugak, tapi disebabkan sedar awal teman dan rakan-rakan bloggers yang lain terus mewawarkan cerita bohong oleh Pakatan Rakyat ini sebagai strategi mereka yang sebenarnya adalah untuk meraih undi dengan menipu disaat-saat akhir. Dema harap dapat undi disaat-saat akhir bila khabar angin bahawa Pakatan Rakyat kononya sudah menang, jadi dema harap undi akhir menyebelahi dema

Apapun nampaknya pembangkang terutamanya PKR ada sejarah hitam di Sarawak, kononnya merancang gelombang diSarawak dan mengheret terus ke semenanjung, pada awalnya Anwar kata PKR hanya membantu Pakatan sahaja sebaliknya tanpa kita sedar PKR yang paling haloba bila parti yang paling banyak bertanding si kerusi dun! PBB yang meneraju sekian lama di Sarawak pun hanya bertanding 35 kerusi tetapi tidak PKR yang paling banyak bertanding di 49 kerusi DUN disana, DAP 15 dan PAS hanya 8 tetapi kalah semua tempat

PKR memang sebenarnya bungkus teruk atau TSUNAMI bila 49 kerusi yang ditandingi hanya mampu menang 3 kerusi sahaja, malah diantara 3 kerusi tersebut adalah yang ditandingi oleh Baru Bian yang mahu diangkat sebagai KETUA MENTERI jika PR menang hanya menang tak sampai 200 undi majoriti. Tsunami ini nampaknya agak bernasib baik bila Fokus Isu ini ditutupi atau hilang perhatian bila hadir isu paling hangat 'SIJUBRI BALUN AMOI MADE IN CHINA' hehehe ada jugak jasanya tutup malu bila bungkus Pakatan Rakyat atau dilanda TSUNAMI. Macamana pun di semenanjung nanti tak tersorok ler komer... Cakap besor benor, tak ngape tunggu ler nanti, setakat mana komer nak kencing rakyat?

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND