08 Ogos, 2012

3 RIBU BOMOH, TUKANG URUT, TUKANG GUNTING, DREBAR TEKSI DI RUMAHMENTERI BESAR PERAK.


Di Kediaman menteri besar selam, seramai Lebih 3Ribu Rakyat yang terdiri daripada pengamal perubatan @ bomoh, Pemandu Teksi, tukang urut, tukang gunting, bidan dan pelbagai lagi bidang yang siceburi. Rakyat kali ini diraikan oleh Menteri Besar kesayangan mereka di kediamannya. bukan itu sahaja malah seramai 5 ratus orang Asli serta kumpulan Tabligh juga diantara yang siraikan oleh Ds Zambry Kadir di majlis berbuka Puasa bersama Menteri Besar Perak

' Saya tak pernah terfikir lansung akan diraikan sebegini, bukan itu sahaja, dia (MB) datang ke Meja ini bertanya khabar malah siap cedokan nasi Arab untuk saya dan rakan-rakan saya. Betuah benor rasanya, cukup berbaloi dan amat puas hati yang amat silayan sebegini apatah lagi Menteri Besar Perak sendiri'  kata Nazri yang merupakan tukang urut Tradisional di kampung.



Salah seorang dari jemputan ke majlis Berbuka Bersama Menteri Besar Hj Kamaruddin Jabar yang merupakan seorang bomoh tradisonal juga berkata. sebelum ini Pakcik tak pernah memijak laman rumah Menteri Besar dan tak terfikir lansung hari ini saya dapat masuk ke kediaman MB nie, bukan setakat itu makan setalam lagi dengan semua bersama Menteri Besar, memang saya amat gembira dan ucapkan terima kasih kat MB dan penganjur yang buat macam kami-kami nie cukup dihargai

Sebelum ini... jangan mimpilah nak dapat masuk kat sini (kediaman) apalahi dirai dan dihargai sebegini rupa, mulanya kami ingat sudah tentu dengan bilangan begini ramai dah tentu parking kereta pun berbatu jauhnya, rupanya sapa sangka dema siap suruh masuk terus kedalam kediaman dan parking kat dalam terus. 

Memang salah duga pakcik sebelum nie beranggapan akan terpaksa berjalan kaki masuk ke kediaman dengan meletak kan keretanya diluar.Masa pemerintahan Negeri Pakatan Rakyat jangan mimpi lah nak silayan begini, kalau kita ni bukan orang PAS! PKR atau Dap jangan mimpilah nak dapat macam nie, Nak Masuk pun belum tentu lagi ler... kat depan jpintu tu pun dah tertonggok unit apa tu... Hah Unit Amal dema tu, jadi sebelum nak sampai kat kediaman nie pun dah ada macam-macam road block, macam tu punya hal mana mungkin kita macam rakyat ni nak merasa masuk kedalam kediaman, apatah lagi diraikan sendiri oleh Menteri Besar. Macam ler rumah Menteri Besar ni hanya untuk parti dan kroni jer, yang rakyat mengundi bagi dema menang ni tak ker terpikior dema?


Sebelum berbuka hadirin mendengar tazkirah sementara menunggu waktu berbuka puasa, sebaik selesai haidrin dipimpin doa dan terus berbuka puasa, tanpa dijanga dengan kehadiran sebegini ramai tanpa sisuga oleh semua lapisan Rakyat dari pelbagai kawasan di seluruh negeri Perak termasuk 5 ratus orang asli dan juga 5 ratus dari kumpulan Tabligh. sebaik lepas berbuka hadirin terus beramai-ramai menunaikan solat Magrib bersama.

Sebaik selepas sembahyang, jemaah ramai yang terkejut kerana tidak dimaklumkan siapa yang sebenarnya memimpin solat magrib tadi, Masyallah jemaah makin terkejut kerana Imam yang memimpin sholat magrib tadi sebenarnya Dr Syeikh Usama yang merupakan imam Mekah sendiri, memang ramai yang tak sedar dengan kehadiran beliau sehinggalah diumumkan sebaik selepas sholat magrib.

Memang betul-betul rasa amat bertuah begitu sekali, rezeki dapat berjemaah dengan beliau apatah lagi dia juga yang memimpin solat Tarawih selepas Isya. selepas selesai semua jemaah berbaris dan mahu bersalam dengan Imam yang memimpin umat islam di kaabah.  Masa inilah kita dapat melihat kebanyakan jemaah yang bersalaman dan berp pelukan dengan Dr Usama kebanyakan nya sebak secara tiba-tiba dan menitiskan Air Mata, mana tidaknya teman pun terasa sebak bila dema macam tu

Nampaknya Majlis seperti ini benar-benar amat dinanti-nanti oleh rakyat, rata-rata semua amat berpuas hati dan ucap tahniah kepada Dr.Zambry yang mengundang Rakyat dari pelbagai lapis dan profession. mana mungkin dema merasa begini bertuah diraikan sebelum ini, apa lagi yang boleh dikatakan, Alhamdulillah... Terima Kasih Ds Dr Zambry Abdul Kadir, anda memang berjiwa rakyat!

2 ulasan:

hafiz berkata...

itulah menteri besar kebanggaan teman. menteri besar yang berjiwa besar, rakyat perak dianggap sebagai keluarga sendiri. tahniah MB!

Awanama berkata...

rugi tak dapat bersama dalam program, harap ada lgi program begini, bagi kami sebagai rakyat peluang begini sukar dilepaskan, tahniah Dato Seri

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND