15 Februari, 2012

MCA PERAK MULA BERSUARA... NGA TAK MAU SAMAN KA?

Teman tertarik dengan yang diluahkan oleh MCA PERAK dalam blog mereka. Kali ini lebih berani buat ulasan dan tanda soal yang diajukan. Menarik dengan beberapa persoalan yang ditimbulkan, setidak-tidaknya teman melihat bukan saja isu ini digembar gemburkan macam isu teman dengan DAP. Apa yang nyata ini persoalan cabaran seorang lawyer terhadap seorang rakyat macam teman. Apa yang teman cuba pertahankan adalah kebenaran yang menjadi hak kepada rakyat.
Semua parti mahu maju, amankan dan dan makmurkan negara mana yang mereka berpolitik. Seperti AGAMA juga... Mana ada yang mengajar umatnya melakukan dosa. Agama sudah tentu mahu memastikan umat nya dalam keamanan didunia. Apalagi jika kebenaran itu perlu dipertahankan jadi dalam apa yang sekupang cuba pertahankan adalah kebenaran yang menjadi HAK yang rakyat perlu tahu. Itu pun teman tidak mencabar sesiapa sebaliknya dicabar... Almaklumlah teman faham bila kita dicabar membuktikan sebaliknya meletakkan teman pulak yang mengada-adakan cerita, malah teman pulak dituduh mengada-adakan cerita bermaksud adakah teman pulak yang menipu atau bohong? Atas dasar itulah teman mahu buktikan apa yang teman perkatakan adalah kebenaran yang sepatutnya menjadi HAK RAKYAT.
Tiada siapa yang mahu ditipu atau diselewengkan cerita... Apa tah lagi rakyat yang memberi undi demi kepercayaan harapan memimpin rakyat! Jika penyelewengan berlaku apakah rakyat perlu menutup mulut dan akur dan menerima sesalan kerana tersilap pangkah? Tidak kah kita perlu betulkan yang salah... Apakah dengan saman kita perlu undur?

Teman juga nak ucap terima kasih dengan Dato' Mah Han Soon dengan MCA Perak yang berani bersuara dan mempersoalkan isu ini dengan lantang, mungkin juga ada kompenan parti lain yang menghurai tanpa teman sedar atau terpandang, terima kasih semua, apa parti pun, apa agama pun dan apa bangsa pun... Tentunya setuju kalau kebenaran yang di perjuangkan...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND