12 Februari, 2012

YANG RAKYAT TIDAK TAHU DISEBALIK CERAMAH HASAN ALI DI PENGKALAN PEGOH!

Gambar Ehsan PCT, Tq Bro!
Mungkin ramai tak sedar ada kisah disebalik Ceramah Dato' Dr Hasan Ali Jumaat lalu (10.2.2012). PAS Pengkalan Pegoh yg merasakan terancam dan cuba mengagalkan kehadiran dan mengatur perancangan sebagai tindak balas cuba mempengaruhi rakyat supaya terMAKAN PUJUK untuk tidak hadir ke majlis malam tersebut. Bagaimana pun segala perancangan dan taktik yang diatur rata-rata disedari dan lama menghidu dari awal lagi perancangan dema.

Sebaik mengetahui dan nampak banner besar di Padang Bola Pengkalan Pegoh pada 4hb lalu, Makin Gelabah dan ngetor benor dema ni, Lansung dema pulak yang meroyan dengan kehadiran Hasan Ali, mana taknya... kelam kabut dema aturkan ceramah dengan tergesa-gesa di markas PAS Pengkalan Pegoh pada 10.2.2012, terpapar wajah Si Nija Lambei sekalipun kena kencing jer bila yg datang lansung tak nampak kelibat si lembei ni, 
Bukan setakat itu dah macam pilihan raya malah lagi hebat dari kebiasaan bila PAS mengadakan Ceramah, Tergesa-gesa dan kelam kabut dema mengantungkan begitu banyak bendera PAS dan kawasan sekitar Ceramah Hasan Ali yg bakal diadakan pada 5hb (dua hari sebelum), tak sangkut paut pun ceramah dema dengan tempat yg dema gantungkan bendera, sekalipun sebelum ini orang kuat PAS yang akan hadir... nampaknya bendera yang digantung lebih 300 % kebiasaannya menampakkan betapa kecut dan takut menghantui dema, Teman nak gelak jugak bila ada yg bertanya teman 'PAS PENGKALAN GAMAKNYA MENYOKONG HASAN ALI KOT, ITU YANG PASANG BENDERA SELAGI BOLEH!' Logik jugak tu, kalau dema nak berceramah kenapa pasang begitu banyak bendera kat tempat program Hasan Ali tersebut? 

Berbalik dengan ceramah Kelam Kabut yang dema buat tersebut, nyata menjadikan muka dema bertambah hitam bila merah padam apabila sebelum ceramah dema bila Tuhan menurunkan hujan lebat kira-kira 2jam sebelum dema mulakan majlis. 
Tunggu punya tunggu... tak sampai seratus orang yang hadir, itu termasuk kebanyakannya yang di import dari cabang lain, malah hampir 30 arang yang hadir teman cukup kenal memang penyokong BN dan UMNO yang tegar, biasaler... nak jugak tengok & dengor apa yg dema akan meroyan nanti.
diconteng... tengok gambor pun rupanya takut!
Majlis yang dirancangkan 8 malam tersebut akhirnya mula agak lewat selepas jam 10.20 mlm. Nyata pekung tak dapat nak disembunyikan lagi... lewat bermakna dema menunggu crowd atau hadiran. sementara menunggu kehadiran ramai sekuat yang boleh dema pasang lagu Maher Zain selain sekali sekala pengacaranya si Cikgu Sekolah merepek-repek macam dia ler Perdana menteri menghina dan mencaci pemimpin termasuk Ds Najib sendiri yg menggelarkan rakyat yang ambik BR1M itu BODOH, 'BARU DAPAT 500 DAH IKUT BONTOT NAJIB! BODOH MEMANG BODOH! Part ni sekupang tak boleh nak nak agak, mungkin dia tak dapat kot! biasaler gaji guru sekarang kan ker memang lumayan, ituler gamaknya si cikgu pengacara ni terjerit-jerit macam siamang yg tak dapat pisang!
Tu Dia... Lagi Besar kasi tarok, mesti angin satu badan... 

Sebaik selesai majlis ceramah memaki dema tu, di umumkan yang PAS akan adakan lagi ceramah pada 14.2.2012, terang-terang masa mengumumkan ceramah akan datang pengacaranya siap cakap 'ERRR ERRR... BUKAN APA KITA BUAT NI ERRR ERRR... YE LER SEBAB KITA TAHU KAN HASAN ALI NAK DATANG 10hb NIE NANTI' Nampaknya UNTUNG BESOR Hasan Ali, sebab dema mengumpat & caci Hasan Ali bermakna bertambah lah untung pahala buta jer (free), lagi lama lagi banyak bonus pahala Hasan Ali akan dapat!

Satu lagi pasal Banner yang dipasang, punya kecut ler dengan muka Hasan Ali kat banner jer tu, kelam kabut dema pasang bendera satu Pengkalan Pegoh tu, ishhh rajin ker atau takut? Teman agak terkejut tetapi nak ucap tahniah pada sapa yang bertanggung jawab dengan Poster tersebut. sehari sebelum teman terkejut tengok banner tu telah diconteng oleh Haram Jadah bin kimaks. mungkin ramai yg tak perasan tapi bila teman pegi malam tu, banner tersebut di gantikan dengan yang baru malah 5 kali besar dari yang lama. Memang kome hebat, macam ni ler baru betoi...


Semasa teman sampai awal sebelum kehadiran Hasan Ali buat teman terkejut! Perghh awal-awal lagi lebih 10 ribu yang hadir dari pelbagai golongan, malah orang PAS dan PKR sendiri pun turut hadir, teman keni bebenor yop! Teman mencelah di tengah sesak untuk kedepan... rumpanya makin ramai yg datang dan terus datang, sehinggaler di umumkan masa Hasan Ali mula berucap, Kehadiran mencecah 15 ribu.

Sepekara lagi yang teman perasan, Masa teman sampai tak nampak pulak ada yang datang naik BAS, ala... macam yg selalu dema buat, kemakamah tinggi, bersih dan demonstrasi yang selalu dema buat bagi free bas rombongan dan duit minum sebagai pencacai sokong dan kena angguk dengan rancangan dema seperti sebelum ini. Bukan setakat itu jer sebijik BAS pun teman tak nampak parking atau turunkan penumpang depan tapak majlis tersebut!

Apapun Sekupang rasa PAS Pengkalan Pegoh telah dikantoikan oleh Allah, kat manusia boleh ler diputar pusing, kat tuhan baru komer tahu. PAS MEMANG KANTOI! Mana tak nya... Komer terfikir tak bila segala yang dirancang dengan berhasad, apatah lagi mangsa bukan nya kafir harbik macam DAP & PKR yang bukan melayu. Nyaris-nyaris orang Melayu yang berugama Islam sendiri dijadikan sasaran. Alhamdulillah dibawah lindungannya segala hasad dan khianat akhirnya gagal.

SOKLAN MAUT TEMAN DAN KENGKAWAN YANG LAIN, PAS MEMANG KANTOI! HEHEHE... APA SEKALI PUN DEMA (PAS) MAU TAK MAU KENA LER ADAKAN SETIDAK-TIDAKNYA 20 RIBU YANG AKAN HADIR CERAMAH KOMER PADA 14 HB NIE, BARU ADA AKAI YOP!

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND