22 September, 2012

TEMAN FITNAH? TEMAN MINTAK AMPUN? err.. TEMAN KE ATAU DIA?



SAMAN!!! Alhamdulillah kira-kira jam 11.30 pagi tadi di pejabat peguam teman Tetuan Norali & Co berlansung satu sidang akhbar perihal tindakan susulan kepada Ngah yang baru-baru nie dalam blog dia pada 12hb September 2012 lalu membuat kenyataam Fitnah terhadap teman seolah-olah makamah memutuskan saya bersalah, memohon maaf padanya, berjanji tidak akan buat posting yang memfitnah beliau lagi, menarik fitnah terhadap dia dan beberapa sebutan dalam blog dia yang nampak macam teman mengaku salah bila tersiarnya di dalam portal dan akhbar bahasa Cina sebelum ni

Kenapa buat posting ketika ini juga menjadi tanda tanya, dalam bakal menghadapi Konvensyen PR yang tinggal dau tiga hari jer tiba-tiba keluar posting dalam blog pasal sekupangdua. pulak tu macam  didapati bersalah buat fitnah dan siap mintak maaf pada dia bukan tak tau kesannya, bila masa makamah mengakui dan menjatuhkan teman didapati bersalah buat fitnah? Apakah laku posting dalam blog dia sebagai makamah yang menentukan tidak bersalah sebagai modal untuk konvensyen yang tak berapa jam saja akan diadakan mendapati dia tidak bersalah?

Walau apa pun sebagai seorang bloggers ternyata teman patut perjuangkan bukan sahaja maruah teman sebaliknya maruah dan  hak dikalangan Bloggers yang teman rasa merupakan juga wartawan kepada rakyat. selagi ada kebenaran dan cerita rakyat yang sebenar, kita bloggers akan paparkan kepada dunia,   maka sekali apa pun penghalangnya... Orang yang popular, kerana ada kuasa, kerana boleh menyaman... bukan bererti kita terpaksa akur sekalipun pahit menegakan kebenaran yang rakyat suarakan. Kalau dah benar berbukti ceritanya, sesiapa pun kena ingat, jangan rasa kalangan seperti kami sebagai Bloggers sebagai seekor nyamok takut dengan ugutan dan desakan... sori bro! bloggers bukan macam lu ingat!

   

Apa pun teman nak ucap terima kasih kepada yang dapat hadir disidang media pagi tadi, begitu juga bloggers yang banyak membantu menyiarkan segala kebenaran yang teman perjuangkan dan tak lupa juga pembaca blog teman yang tak jemu-jemu baca posting teman terima kasih dan terima kasih, harap dapat bersama kami sekalipun sekadar punya blog atas usaha sendiri tetapi apa yang kami suarakan sebenarnya datang dari anda jugak, datang dari hati rakyat! kalau suara rakyat  kami tidak paparkan kepada  siapa lagi yang rakyat boleh suarakan, kalau benar apa yang rakyat katakan maka bloggers tetap akan paparkan pada dunia...

Untuk DAP dan PR yang akan bersidang esok, bloggers dan rakyat pastinya menunggu apa pulak yang berani di lakukan jika ada yang ada antara yang bermasalah? Jangan setakat menunding jari dan menuduh UMNO dan kroni segala punca kesalahan tapi bila tang kroni sendiri pulak adakah bebas tanpa dhisab atau hanya dengan satu artikel sudah dikira benar dan tidak bersalah?  

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND