16 Januari, 2013

CERAMAH PAS TETAP TERUS WALAU PUN ADA PENYOKONG MENINGGAL DUNIA

Inalillahi wainalilla hirojiun.... 
 


Teman masih terkilan dengan kisah semalam dan terasa amat tidak berpuas hati dengan kejadian semalam di Ceramah PAS pengkalan pegoh, Hampir sejam kejadian di ceramah tersebut bila Arwah Muhammad Puaad Ariffin yang juga merupakan salah seorang dari yang hadir untuk mendengar ceramah PAS disini semalam. Beliau tumbang dari bangku gerai ketika sedang menunggu Air yang dipesannya

Dalam keadaan tidak sedar diri dilihat dadanya masih turun naik menunjukan beliau ketika itu masih lagi hidup dan selang beberapa puluh minit didapati beliau telah pun meninggal dunia. ambulan yang dihubungi tiba lebih kurang 15 minit selepas dihubungi mengesahkan beliau telah meninggal dunia dan selang lima belas minit lagi POLIS datang untuk megambil mayat dan seterusnya menghantar kerumah arwah yang dituntut oleh anak tiri beliau di Sri Aman Menglembu.

Bagaimana pun teman memang terkilan dan dengan Ikhlas amat berharap  PAS lebih berhati-hati serta belajar dari kesilapan ini di lain cermah atau program yang lain, 
Sepanjang peristiwa yang menyayat hati ini sejujurnya teman agak terkilan kerana dalam masa yang begitu panjang lebih kurang sejam lebih dari  arwah tumbang cuba ditenangkan oleh petugas, mengajar sebutan Allah ditelinga arwah, meninggal  dunia, ketibaan ambulan dan seterusnya ketibaan kereta POLIS yang datang mengambil mayat yang telah disahkan meninggal dunia oleh unit kecemasan Ambulan..

Apa yang teman kesalkan sepatutnya terus berhentikan ceramah tersebut, bagi menghormati kematian salah seorang penyokong PAS sendiri di tapak ceramah itu yang hanya bejarak 40-50 m jer pun. sekalipun keadaan yang kelam kabut dijadikan alasan, sepetutnya petugas sudah boleh terus maklumkan kepada penceramah yang tengah melalak mencacai UMNO dan BN bagai tidak ada pa yang terjadi...

Agak berat untuk teman menerima alasan seperti itu kerana dengan jelas kita boleh nampak kumpulan manusia yang berkerumun menyaksikan peristiwa tersebut, malah kehadiran ambulan dan Polis cukup disedari. 

Bagaimana pun teman setuju dengan beberapa petugas disitu yang cuba kipaskan angin dengan mengunakan kain bagi tuuan mendapat udara yang segar sebagai jalan akhir untuk membantu, Rhadi zainol pun ketika itu turut berada di tempat kejadian dan menyaksikan peristiwa tersebut. Teman tegur secara ikhlas... semuanya kerana terasa kesal sepatutnya sudah boleh diberhentikan majlis, malah sudah boleh umumkan terus kepada hadirin.

Paling tidak PAS kenalah ambil tanggungjawab, memberi sumbangan atau paling tidak lancarkan terus derma kilat keatas arwah yang tentunya juga sebagai ahli PAS sendiri, sepatutnya dahulukan arwah supaya boleh dituntut keluarganya, sebaliknya ceramah mencaci umno dan pemimpin BN begitu rancak sehinggalah berhenti jam 12 seolah mengunakan masa sepenuhnya untuk ceramah. 

Teman bukan mahu memburukan keadaan tetapi komer tengok dan dengarlah sendiri video kejadian (KLIK) + (KLIK)  semasa kejadian tersebut, cukup jelas suara penceramah ketua pemuda PAS Malaysia yang ketika itu sedang berucap.  


Teman tak kisah kalau komer nak kata apa pun, tapi bagi teman kalau komer rasa benda elok, rasanya  elok ler ambik iktibar dengan kejadian nie, gambor (atas) bagi yang tak ada di ceramah semalam,  tak ler jauh mana pun dan sepenuh tempat nie ada orang, atas dasar peri kemanusian teman suarakan kekesalan teman dan harap PAS akan ambil iktibar dan setidak-tidaknya jadikan peristiwa nie sebagai tauladan dan panduan nanti, 

Kepada keluarga mangsa teman turut simpati dan harap dapat bersabar dan menerima  dengan tenang, saya doakan arwah ditempatkan bersama kemulian dari Allah swt, Doa anak-anak lah hanya satu cara penyambung kasih, Insyallah...  takziah untuk sekeluarga 

Tolonglah pergi ziarah keluarga mangsa, apa guna buat kutipan semalam elok ler serah pada keluarga mangsa yang dalam dukacita, lain kali seeloknya terus berhenti ceramah, maklumkan kepada hadiran tentang kejadian dan lancarkan derma kilat serta merta, paling tidak sudah boleh minta semua yang hadir sedekahkan alfatihah ataupun Tahlil...

Teman paham bakal ada yang akan bagi komen macam-macam kat teman sebab nak menang dan tak mahu ngaku slah, paling tidak tau benor yang setiap kali ada kesalahan dan dosa dalam dunia ni memang komer longgok kat UMNO dan BN, Beranggap baik lah, Allah mahu menyedarkan pada semua, dari dia kita datang dan kepadadia kembali...   

Lantak komer ler nak merepek dah itu sebatinya hati komer... tak kan ni pun nak salah UMNO jugak? agak-agak ler...

SELEPAS INI : SIVAKUMAR PUN SUDAH PANDAI BERBOHONG...
Kupasan teman dengan ceramah beliau semalam.... tunggu!!!

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND