06 Mei, 2013

DAP MUSNAHKAN MCA DAN GERAKAN DALAM BARISAN NASIONAL

Keputusan pilihanraya semalam nampaknya nyata memperlihatkan bagaimana tsunami orang cina yang tidak menyokong kepada Barisan Nasional, mereka lebih berpura-pura menyokong dan nampak sebagai setia tetapi sebaliknya merupakan duri dalam daging bagi BN terutamanya MCA dan Gerakan.

UMNO akhirnya dilihat semakin mantap bila kali ini tidak bersandarkan kepada kaum Cina masih mampu mempertahankan BN, disesetengah tempat atau negeri kelihatan cukup jelas bagaimana UMNO boleh bertahan dan bangkit semula walaupun diakui ada sesetengah pemimpin UMNO kali ini kecundang. MCA kini tidak lagi dilihat kegagahannya sebalik berada distatus tidak boleh diharapkan untuk kemenangan atau membantu BN mencari atau mempertahankan kerusi BN itu sendiri.

Senario ini juga memperlihatkan bahawa MCA dan Gerakan sudah semestinya mesti melkukan sesuatu bermula sekarang kalau mahu diharapkan sebagai rakan yang digeruni di PRU 14 nanti. Ahli juga perlu dinilaikan kesetiaan mereka, kerana menyimpan musuh dalam barisan pejuang mereka sebenarnya punca sebenar bagaimana perti mereka akan musnah dan tinggal sejarah politik di malaysia

Peneraju BN iaitu UMNO pun kini nampaknya sudah bersedia dan mencari resolusi dan pendekatan terbaik kerana pengajaran 2008 masih berparut dalam sejarah tsunami politik kerana sebab utama ialah pengkhianatan dalam parti, kesetiaan yang kosong akhirnya membawa perubahan suasana politik yang menyonsang dari yang dijangka

Kalau dilihat seperti negeri Perak sendiri nampaknya tsunami mengajar dan memberi amaran untuk UMNO lebih bersedia dan kalau kita dapat lihat hari nie di PRU 13 kali ini UMNO memenuhi semua 30 kerusi disamping 1 dipertahankan oleh Dr Mah Han Soon yang kita kena akui bahawa beliau memang disenangi oleh semua kaum dengannya yang terbukti beliau memenuhi ciri pemimpin untuk semua bangsa. Beliau juga bekerja keras dan tidak mengenal kaum atau bangsa dalam berkhidmat yang menjadikan beliau cukup disenangi. Adakah Perak sebenarnya telah bersedia dengan keputusan dan mengakui bahawa kaum cina tidak boleh diletakan sebagai harapan?

Bagi teman berpendapat MCA, Gerakan, MIC dan lain- lain perti yang berasaskan perjuangkan untuk kaum mereka sudah tiba masanya bekerja keras dan bukan berharap lagi dengan tuah, bagi kaum cina yang bersama BN perlu menyedari yang mereka sedang dipergunakan malah megkhianati sebangsa mereka supaya kepercayaan BN kepada mereka semakin longgar, DAP juga akan terus bersama kepada dua dua rakannya yang di pergunakan demi menambah keselamatan mereka ataupun boleh dilihat tidak rasiss sekalipun sejarah membuktikan mereka juga adalah pencetus 13 Mei 1969.

Bagi PAS pula nampaknya masih belum nampak siapamyanh dipergunakan, kalau diikutkan kemenagan mereka hanyalah sebab bermusuh dengan UMNO, DAP bukan memberikan mereka kemenagan dan disenangi sebagai satu parti yang perjuangkan Islam atau bangsa melayu, setakat ini DAP hanya memberikan kepuasan kepada rakannya untuk memarakkan api permusuhan terutamanya dengan UMNO, menyebelahi dan berharap PAS dapat mengalahkan Calon UMNO sebenarnya membakar api permusuhan diantara Dua Parti yang ada kesamaan di segi Agama dan bangsa yang membolehkan penyatuan akan menghancurkan DAP sendiri

Bukan setakat itu, selagi dua parti ini bermusuhan maka selagi itulah jaminannya kepada DAP tentang kesetiaan PAS dan PKR terhadap nya, apa yang perlu dilakukan ialah mengapikan atau memarakan api permusuhan sekalipun agama dipersendakan PAS menunjukan kesetiaannya kepada DAP dan sebenarnya itulah KPI atau penanda aras bagaimana PAS setia kepadanya, itu sebab nya kalau dia melihat apa sekali pun isu yang berkaitan agama sekali pun DAP tidak perlu kelam kabut kerana tau tahap mana kesetiaan mereka malah dengan apa yang kita lihat sekarang OAS tak perlu diuji malah mereka sendiri membuktikan bagaimana kuatnya permusuhan dengan pelbagai Isu terutama tentang ugama yang PAS bertegang urat dengan UMNO dan DAP pastinya bukan sekadar melihat tetapi itulah sebagai KPI atau meter tahap kesetiaan PAS terhadap DAP

DAP tak perlu ambil tahu atau bekerja keras memastikan PAS atau DAP menang alam PRU 13, yang penting memarakan permusuhan mereka antara PAS dan UMNO, menyokong dan membakar lagi permusuhan dua parti yang punyai dua kesamaan iaitu islam dan melayu. PAS juga melihat betapa baik dan sauranya DAP bila menyokong PAS dalam perbalahan. Sebenarnya mereka lupa yang dia hanya membuat api permusuhan dan bukan manjadikan PAS lebih berkuasa atau berkembang dengan lebih besar keseluruh Malaysia. Membiarkan mereka meneruskan permusuhan dan lupa apa sebenarnya sasaran PAS ialah diperkembangkan atau didekati oelh pemgundi

PKR juga jelas tidak nampak kesinambungan dalam perjuangannya, Bagi DAP mengekalkan mereka sebagai rakan adalah sebagai jaminan atau mengimbangi kaum-kaum lain, selagi PKR ada selagi itu juga DAP tak perlu risau Perdana Menteri bukan milik atau impian PAS yang boleh mengugat mereka kerana impian ini sebenarnya memerlukan 2 pekara utama iaitu Islam Dan Melayu. Jadi kekangan paling penting ialah PKR yang sedikit carca merba tetapi menjadi satu lagi parti diantara pakatan Trio yang perlu dikekalkan momentumnya.

Nampaknya lima tahun tak lama mana, kompenan dalam BN nampaknya kena kerja kerja keras untuk pulihkan parti mereka dan bukan hanya ikut serta dalam program, sebaliknya menjadikan program parti sendiri yang mendapat sambutan dari kaum mereka . Apa saja kearah pemulihan sebenarnya yang penting membuktikan parti telah pulih... Kena ingat ini bukan hanya berharap pada keadaan sebaliknya selagi ada cara untuk pemulihan kena bermula sekarang...



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apabila cina swing undi mereka kepada pakatan dengan harapan pakatan berjaya menawan pusat pentadbiran Persekutuan dan Pakatan pula gagal menawan pentadbiran pusat seperti diwawarkan, cina telah silap langkah dan membuka tembelang mereka akan siapa mereka sebenarnya kepada orang melayu apabila terlalu overconfident Pakatan akan menang dan habuan yang mereka akan dapat dan justeru itu bolehlah mereka "ransom" Dato Seri Anwar. Jadi siapa yang akhirnya tertipu? Melayukah?

PM akan tubuhkan Kabinet seperti dikehendaki oleh Perlembagaan. Tidak akan DAP diberikan apa-apa jawatan diKementerian - itu sudah pasti dan itulah logikahnya. MCA dapatlah sedikit kerana mereka "gagal" dan dahpun ikrar tidak mahu jawatankalau gagal. begitu juga MIC dapatlah lebih dari sedikit berbanding cina MCA. Maka siapa kini kena tipu? siapa juaranya?

kasualti yang ketara dalam masa terdekat ini adalah Nik Aziz sendiri, Mat Sabu, Haron Din dan PAS keseluruhannya. Hilang Kedah. jangka masa panjang, UMNO akan menjadi lebih kental perpaduannya.

Tun Mahathir dah "turun", Nik Aziz pun dah "turun". Kit Siang dan Guan Eng dan karpal bila lagi? masing-masing pun dah ada anak masing-masing sebagai ganti. nak apa lagi?

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND