07 Mei, 2013

TETAP PULANG MENGUNDI SEBAGAI TANGGUNG JAWAB : SHEILA RUSLY & JINGGO




Mungkin ramai yang tak tahu sebaliknya dah jadi kebiasaan pulak pada orang kampung Kuala Pari Hilir bila setiap kalai musim mengundi bukan calon jer yang dinantikan sebaliknya dua nama besar dalam bidang drama dan filem iaitu Jinggo ( Azman Yahya ) dan isteri beliau Sheila Rusly akan pulang mengundi... Bagi penduduk kampung disini dah jadi kebiasaan dengan mereka sebaliknya pengundi yang datang dari kampung lain akan menjadikan pertemuan mereka dengan artis kesayangan mereka sebagai kenangan

Mengundi di daerah menguni 011 kuala pari hilir yang menjadi salah satu dari daerah mengundi di N32 Menglembu, bagi mereka bukan soal kalah atau menang sebaliknya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat itu penting katanya... Menurut Jinggo lagi, ' selesai saja pengambaran KETUK-KETUK RAMADHAN di Shah Alam kami terus bergegas kesini ( IPOH)  untuk tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi' ditanya apakah beliau juga akan terus mengundi dimasa akan datang?  Sehingga kini saya tetap pulang mengundi, dan ini bukan kali pertama pun.

Kedua-dua mereka sebagai suami isteri juga tidak ketinggalan menziarahi bilik PDM disini berjumpa dengan orang kampung dan rakan-rakan disini, bagi petugas dan orang kampung kehadiran mereka tidaklah janggal dan mereka sebenarnya sudah biasa dengan Sheila dan Jinggo yang cukup ramah dengan orang kampung.

Sekupang teringat jugak kenapa kerajaan negeri tidak membawa mereka turun untuk turut berkempen? Rasanya di PRU 14 nanti sudah sepatutnya mereka juga boleh mewarnai kempen  kerajaan terhadap pengundi ataupun dalam usaha kita menyedarkan bangsa bagaimana perlunya penyatuan dan seterusnya menjadi rakyat yang bersyukur atas nikmat yang ada, sekupang melihat mereka berkorban demi tanggungjawab untuk turun mengundi pun melihatkan betapa kuat semangat patrotik sayangkan negara, nilai inilah yang sepatutnya diterapkan untuk golongan muda disini...

Hahaha... Kecoh yop! Ater dema jer ingat ustazah segera yang ada, kita pun ada berlambak Artis yop! Lagi terBAEK bukan meroyan macam dia... Ishhh ishhh ustazah 20k A B C...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND