05 Jun, 2013

NURUL MEROYAN PULAK MINTA MUSA AMAN MOHON MAAF PADA DIA, NUAR ISU LAHATDATU MACAMANA PULAK?

L

Nurul Izzah: Musa Aman harus minta maaf

KUALA LUMPUR:  Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mahu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman memohon maaf dan memberikan penjelasan sepenuhnya kepada beliau berhubung halangan kemasukannya ke negeri itu Khamis minggu lalu.

Nurul juga mahukan penjelasan mengapa halangan yang dikenakan itu kemudiannya ditarik balik.

Katanya, dia benar-benar terkejut bahawa perkara-perkara berkaitan keselamatan dipandang ringan oleh pihak berkuasa negeri itu.

"Bagaimana mereka boleh membuat tuduhan terhadap saya dan beberapa hari kemudian mengubah fikiran mereka?

“Saya ingin Ketua Menteri Sabah atau pejabatnya meminta maaf kepada saya kerana arahan untuk melarang saya daripada memasuki Sabah datang dari pejabat Ketua Menteri.

“Saya tidak melihat perkara seperti ini akan berakhir sekiranya kuasa disalahgunakan dan aspek keselamatan dipolitikkan,” beliau memberitahu Astro AWANI.

Nurul Izzah turut menggesa pejabat Ketua Menteri Sabah menerangkan isi kandungan sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen Sabah.

Surat itu antara lain menyenaraikan nama beberapa individu lain yang dilarang memasuki Sabah selain beliau.

Antaranya termasuk:

- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Lim Kit Siang
- Mohd. Rafifi (sic) Ramli
- Datuk Ambiga Sreenevasan
- Mohd. Sabu
- Syed Ibrahim Syed Noor
- Wong Chin Huat
- Mary Chin Abdullah (sic)
- Ong Boon Kiang
- Hishamuddin Rais

Khamis lalu, Nurul dihalang memasuki Sabah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Dia berkata kunjungannya ke negeri itu adalah bagi meraikan sambutan Pesta Kaamatan.

Sehari kemudian Jabatan Imigresen Sabah mengeluarkan kenyataan berkata Nurul telah dihalang masuk ke Sabah kerana dikatakan memberikan ancaman kepada keamanan dan stabiliti negeri itu.


Musa dalam reaksinya pada Sabtu berkata bertentangan dengan apa yang disebar menerusi media sosial, larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tidak bermotifkan politik.

sumber : Astro Awani

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND