14 Disember, 2009

WASIAT SEKUPANG DUA, AKU UNDUR DIRI



Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.


Apalah yang nak saya gambarkan… Sekupangdua mohon Mengundur diri, sebesar mana budi kawan-kawan seperjuangan yang mengampuh sehingga boleh berlari malah kini berperang dimedan peperangan di Alam maya tentunya tidak terbalas seumur hidup. Alhamdulillah… semenjak dua ini dilihat muncul kebangkitan bloger-bloger baru yang menyarung pakaian perang bagi bersama-sama duduk dalam angkatan di barisan saf hadapan. Juga sejuk hati bila dilihat penyatuan angkatan perang ini bila begitu ramai yang tampil setuju bersama berjuang.

Sekupangdua undur untuk menyelesai perkara yang lama telah tertunggak, bukan kerana lain, bukan kerana telagah pendapat, bukan kerana tak dihargai, bukan kerana tak dapat pingat, bukan kerana amaran atau ugutan pembangkang, buka kerana terhutang budi, bukan kerana tiada tempat bersuara dan bukan sama sekali andaian yang terfikir oleh kalian, bukan dan bukan

Tiada sangkutnya seperti yang kalian sangkakan, sekupangdua tiada kaitan yang bukan-bukan dan terus menyerah diri, insyallah sehingga akhir hayat akan terus perjuangkan sehingga anak-anak teman pun sudah di pesan bagi menyambung warisan perjuangan ayahnya, Mereka juga tahu dan bangga ayahnya berjuang demi agama, bangsa dan Negara. Mereka tahu ayahanda mereka tidak dibayar, tidak dijamin dapat pingat, tidak dijanjikan konsesi balak, tidak di anugerah pangkat dan gaji mewah.


Pada teman yang paling akrab, Abang Tuah, Kunta Kinte dan Apai Ngelai… walaupun kita di pisahkan oleh negeri yang berbeza malah sudah banyak kali kita duduk semeja tinggal serumah bila datangnya pilihanraya kecil, antara jarak semenanjung dan serawak bukan pekara pelik lagi buat kita bertemu, kalian lah sahabat sejati buat Sekupangdua.


Buat Panglima cycber dan semua Blogger Pembela Negara, tahniah tentang usaha kalian moga ia akan berkembang besar lagi sebagai sebuah Empayar gergasi menangkis tomahan dan sekali gus sebagai Satu Kuasa Besar di peperangan Alam Maya


Buat kekanda Mamak … rindu sangat bertentang muka dan duduk semeja bersama berborak. Usia kita mungkin tak berapa jarak, pimpinlah dan tegurlah adik-adik kita


Buat Topan Alam, sekupangdua wasiatkan miker bertanggung jawab keatas perkebumian seandainya tak lagi kembali. Engkau satu-satunya yang amat mengetahui perjuangan teman dan kita saling berdiri bersebelahan di medan tempur, kita tetap hadir walaupun ramai yang mengatakan fitnah kita dibayar, percayalah Allah yang jadi saksi pertama.


Buat Ayah Raqie, sekupangdua kagum dengan perjuangan ayah, bukan habuan sebab utama perjuangan, sekupangdua jadi saksi perjuangan telus ayah, tolonglah jangan berundur mempertahan dan memertabatkan Bangsa Melayu dibumi kita.


Buat Promelayu kamu bertanggungjawab mewariskan blog sekupangdua kepada anak-anak teman, ajarkanlah mereka menggunakan senjata perang di alam cycber. Nasihat sekupangdua jangan melatah kuat kerana adakalanya kawan-kawan terlupa dan mungkin ghairah untuk berjuang, satu pekara yang perlu di ingat sekupangdua cukup bosan bila ada perbedaan aku orang KJ dan aku Orang Mukriz, maaf kalau kalian bersikap begini, sekupangdua tak nampak kalian boleh memimpin atau menyatukan melayu, sebenarnya ini lah kebosanan yang begitu lama merebak sehingga sekarang adakah kalian terfikir buruknya


Buat adinda Awekz Bukit Gantang, perhatikan abang-abang lain, tegurlah jika mereka sonsang, percayalah... teguran dari hawa dapat menyejukan, abang selalunya akan bagi perhatian lebih bila adik perempuannya menegur


Buat semua rakan-rakan seperjuangan…

GOMO, BRO JINGGO, MINAQ JINGGO PROMELAYU, TOPANALAM, CHAK OWN, CHIEF N, PARPU, KANJENG, AWEKZ BKT GANTANG, TAIPING MALI, PISAU, BOB, FREDO BAGGINS, GAP, ROHSIATIKA, PEJUANG BANGSA, PEMUDA PARIT, YEOP PERAK BUAYA MERAH, GOTAH LANTUN, BELANTAN, ANGIN PERUBAHAN, SENJA LIZA, BERANIKAN HATI, PEMIMPIN HADAPAN, TUN FAISAL.....SERTA YANG TERSEBUT, KALIAN SEMEMANGNYA TERBUKTI KALIANLAH PEJUANG BANGSA

Sekarang bukan masanya untuk kita mengira untung, berkira upah, mendabik dada sebagai otai, merebut jawatan dan mencari tempat kemahsyuran, sekarang juga bukan lagi masa angkuh, berpuak-puak sesama sendiri, mengira pengikut KJ dan Mukris, mengira junior dan senior, mengira punya pengikut teramai, mengira kebolehan, mengira jasa yang perlu dibalas, mengira untung digaji, mengira nama yang tersohor di alam maya... bukan... bukan... dan bukan masanya. Sifat ini semua nya adalah antara sebab panglima Perang tumbang tanpa didokong atau diganti. Jika kalian tersasar kembali ke pagkal jalan, jika bersalah carilah penyudah, jika terpincang bawalah berbincang,


UNTUK SEMUA BLOGGER PEJUANG NEGARA…. Sekupangdua akan merindui kalian, insyallah doa kalian akan sekupang doakan penyatuan melayu. Kalau ini lah jalan penyudahnya, sekupang rela menjadi taruhan, Ya Allah sesunguhnya aku reda dan terima segala nya, demi agama dan bangsa biarlah aku akhiri sebagai pejuang…. AMIN YA RABULALAMIN!


SELAMAT TINGGAL ALAM BLOGGER!

14 ulasan:

KJ is Anwar's Buddy berkata...

Kesian bebudak KJ ni kan, asal tak sokong KJ je korang kata budak Mukhriz, eleh apa sangat pun jasa bebudak Kj ni?

Mereka asyik membodek KJ je siang malam, takkan frust kot sebab KJ tak jadi menteri, lek la brader, jgn emo

PEJUANG CYBER berkata...

Jasamu tetap ku kenang Sahabat....
Hidup Melayu!
Hidup Melayu!
Hidup Melayu!

Doa saya semoga sahabat diberi kesihatan yang baik, ada rezeki kita jumpa lagi... KITA GEMPUR lagi!!! Kita Robek lagi!!! Kita GEGAR PAKATAN PEMBANGKANG!!!! Sehingga kita bertemu lagi sahabat...

Salam Perjuangan...

Pejuang Cyber

Tanpa Nama berkata...

cibai mulut ko kata sekupang2 orang KJ, memang kau pengampu mukriz, jangan berlindung dengan sikap ko yang memang babi, demi allah lingkuplah ko dengan mulut babi ko, sehidup aku aku sebut dengan nama allah tidak ada walau sepuluh sen pun DUIT kj maupun mukriz yang jadi darah daging sekupangdua. aku cukup kenal dengan dia, tapi kalau ko aku percaya memang makan duit degan mukriz dan ko lah patut ditikam sampai mati pengkhianat melayu. pegi mampus lah tak habids-habis dengan mukriz atau KJ, lu orang sapa? lu orang ka yang duduk didepan SUK pertahankan maruah melayu, aku sendiri tau dimana sekupangdua masa tu, betul kata sekupang dua memang korang HARAM JADAH!

KEMBALIKAN SEKUPANG DUA!

AbgTuah berkata...

ASSALAMUALAIKUM WAHAI SAHABAT JUGA SAUDARA KU SEKUPANG DUA.

TERHARU KAWAN MEMDAPAT TAHU NIAT SAHABAT UNTUK BERUNDUR DARI PERJUANGAN CYBER.

KALAU BOLEH DITAHAN MAU SEKALI TANGAN INI MENAHAN NIAT SAHABAT.

TAPI PADA FIKIRAN KAWAN TENTU ADA ALASAN DAN SEBAB MAU PUN URUSAN SENDIRI LAGI PERIBADI DAN PENTING YANG PERLU SAHABAT SELESAIKAN DULU.

TAPI WALAU PUN BEGITU..DIHATI KAWAN YANG AMAT KENAL DENGAN KEKUATAN SERTA KEKENTALAN SEMANGAT JUANG SAHABAT PASTINYA KAWAN KIRA SAHABAT AKAN TERUSKAN JUA PERJUANGAN INI DENGAN CARA LAIN YANG TERSENDIRI.

YA SAHABAT KU..SELESAIKANLAH URUSAN YANG MASIH BELUM SELESAI TERSEBUT..TERUSKAN JUA PERJUANGAN DILUAR ALAM CYBER.

BAGI KAMI..KAMI TETAP AKAN MERASA KEHILANGAN..MERASA KERINDUAN..DENGAN KEHILANGAN SEORANG PERJUANG CYBER YANG TULIN DAN LAGI HEBAT SEPERTI SAHABAT.

KAMI AKAN TETAP DISINI..DAN SEKIRANYA SAHABAT MENUKAR FIKIRAN ATAU PUN TERINGAT UNTUK KEMBALI BERJUANG DI KEMUDIAN HARI MAKA CARILAH KAMI..PERCAYALAH KAMI AMAT BERBANGGA BERPELUANG BERKENALAN DAN BERSAMA-SAMA BERJUANG DENGAN SEORANG PERJUANG MELAYU YANG HEBAT..LAGI BERANI DENGAN SEMANGAT JUANG YANG TULEN LAGI TINGGI.

WASSALAM..SEHINGGA BERJUMPA LAGI..

YANG BENAR

abangtuah.

Tanpa Nama berkata...

HAHAHA HATRI INI MENJADI KEMENANGAN KAMI, BILA HILANG TERUS PUN TAK APA, HAHAHA

ADI JAGAT PUTRA berkata...

ASSALAMUALAIKUM///

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA SEKUPANG DUA.ATAS PENGLIBTAN DI DUNIA MAYA INI.WALAUPUN KITA TAK SEMPAT BERSUA TETAPI,SYA HARGAI SUMBANGAN SAUDARA DIDALAM MEMPERTAHANKAN TANAH AIR DIALAM MAYA INI.PERJUANGAN MU AKAN DITERUSKAN OLEH SAHABAT2 BLOGGER YANG LAIN...

PAPA GOMO berkata...

salam bro..sayu gua baca pilu hati ni bro...tapi gua tak puas hati pasal lu nak undur diri dalam blogger ni. banyak benda yang kita perlu berkerjasama untuk PERAK.

Tapi gua setuju sangat bila lu sentuh BAB DUIT, PANGKAT, KUASA, PRO KJ dan MUKHRIZ.

macam gua cakap dengan lu hari tu di PWTC bersama panglima. Pemilihan dah habis. kita berjuang untuk apa? untuk individu umno hentam umno ka?

kita untuk MELAYU bro..perjuangan kita untuk UMNO. untuk Melayu. dalam masa yang sama pertahankan ISLAM dengan keras.

apa pun gua call lu lagi senang..he he he

lu orang kuat Perak bro. lu lama dah....cayo lu...

CELAKA PUNYA NIZAR BABI.

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

Sedih jg bila membaca surat dari sekupang dua yg telah meninggalkan alam maya ini .

kita semua anggota BPN dan blogger Pro kerajaan menghormati keputusan Sekupang dua.

walaupun PB tidak mengenali bloggger sekupang dua , kita harap pewarisnya nanti juga turut sama2 mewarisi perjuangan ayahnya yang menulis untuk membela agama ,bangsa dan negara.

salam perjuangan

Pejuang Bangsa

Panglima Perang Cyber berkata...

Salam brother sekupangdua dan sahabat yang lain..

Membaca surat wasiat tuan menjadikan hati saya tidak keruan. Kerana ia menandakan ada keretakan telah berlaku sehingga menjadikan api perjuangan yang marak ini telah bergoyang...

Perjuangan alam siber atau alam realiti perlu dielak dari dijadikan medan untuk mengangkat mana mana individu atau menenggelamkan mana mana individu.

Kita jangan terperangkap dengan permainan yang ingin menaik atau menjatuhkan seseorang. Kerana ia menggambarkan kerendahan mentaliti kita yang tidak dapat membezakan antara personaliti dengan nasib bangsa kita yang teruk diasak dengan serangan dari pelampau cina dan india.

Ia bermula apabila ada tuduh menuduh sesama blogger. Kerana sikap sesetengah blogger yang suka menggunakan taktik provokasi...Sikap melabelkan blogger pro KJ atau Mukhriz tentu sekali tidak dibenarkan oleh pimpinan tertinggi kita. Kerana ia mewujudkan sikap berpuak-puak dalam 'bahtera' perjuangan kita.

ia hanya akan mencetuskan perbalahan dan tidak akan membawa keberuntungan kepada negara ataupun bangsa atau agama kita.

Mari kita singkirkan siapa sahaja yang terus memainkan isu pro KJ atau Mukhriz dari menjadi rakan perjuangan alam siber.

Mereka ini tidak memahami apakah yang patut dibuat di saat kita sedang diasak dari arah kanan dan kiri atas dan bawah dan hanya mementingkan amarah dan dendam peribadi sahaja.

Untuk permulaan apa kata kita beri AMARAN kepada blogger yang memainkan isu perkauman antara blogger Melayu ini agar disingkirkan dari senarai blog di tempat masing masing.

Siapa sahaja perlu berhenti bermula sekarang dari terus mencetuskan huru hara sesama blogger dan sesiapa sahaja yang menjadi blogger dan mendapat imbuhan individu tertentu dan bersungguh menaikkan 'tauke' mereka jangan keterlaluan dalam soal ini.

Perbalahan dalam blog atau facebook perlu dihentikan dan mari kita rapatkan perpaduan sesama kita agar matlamat menyedarkan rakyat tentang bahaya PEMBANGKANG yang giat menyentuh hak hak istimewa Melayu dan Agama Islam akan berjaya.

Kita harus berusaha keras dan mengelakkan gangguan ini dari menghalang perjalanan kita atau kita akan menyesal kerana menghabiskan masa kepada perkara yang sia-sia.

Ayuh sahabatku samada pro KJ atau Mukhriz atau sesiapa sahaja agar mari kita bergandingan tangan dan terus melangkah gagah ke hadapan untuk membela bukan diri atau pemimpin kita tetapi membela nasib agama bangsa dan tanah air.

Dengan lafaz Bismillah dan dengan tawakkal kepada Allah mari kita susun kembali pasukan blogger kita agar tidak dihasut oleh syaitan yang sentiasa mahukan kita agar terus bertelingkah dan bergaduh sesama sendiri.

Semoga perjuangan kita akan dirahmmati dan mendapat pertolongan dari ALLAH TAALA.


Yang benar,

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Selasa, 15 Disember 20009

Mohammad Roslan berkata...

Assalamualaikum Sahabat yang dihormati,

Lama kita berada di alam cyber bersama Abg Tuah, Kuntakinte dan Apai Ngelai...satu persamaan diantara kita ialah perjuangan UMNO sejati kita ingin kembalikan. Sekupangduas satu ketika pernah sakit tenat kami selalu berdoakan selepas solat walau kita itu kita bersua muka lagi. Walaupun kita tak bersua selama ini diri sekupangduas sentiasa di jiwa kami. Sehingga kini mamak tidak tahu nama sebenar tuan hamba tapi rasa mcm saudara sedekat dihati mamk sentiasa. Mamak pasti suatu hari nanti sekupangduas kembali jua ke alam cyber bersama kami. Jangan lupa email mamak sekiranya ada yang mamak boleh tolong. Tapi pasti mamak doakan untuk sekupangduas dan keluarga. Wassalam.

mohd.roslan99@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Ja, sennilega svo pad er

Alhamdulillah berkata...

Salam semua sahabat Blogger,

Saya rasa saya masih baru dalam alam Blogger. Walaubagai mana pun saya telah mengikuti blog dari era zaman Tun Mahathir lagi.Waktu itu blog penyokong kerajaan boleh dibikang dengan jari. Saya pun ingin mengenali semua blogger secara dekat tetapi mungkin lokasi kita agak jauh dan antara blogger yang pernah saya jumpa adalah parpukari,Taiping Mali, Husin Lempoyang, Kickdefella, papa Gomo, Badut Rakyat, Pisau.net, gelombang rakyat.Kalau boleh saya juga ingin bertemu dengan kesemua blogger penyokong kerajaan .bila pertama kali saya jumpa blogger ini saya memang respek habis usaha anda yang tidak erti penat lelah bergerak ke ceruk rantau meninggal anak dan isteri semata-mata untuk mencari isu hanya bagi menyokong kerajaan. Walau siapa pun yang kita sokong dalam Umno atau BN kita tetap penyokong kerajaan. Saya mengikuti semua blog-blog penyokong kerajaan bermula dari zaman Tun Mahathir lagi. Apa yang saya lihat ada perbezaan antara blog pembangkang dan blog penyokong kerajaan biar saya huraikan satu persatu:

1. Penyokong Pembangkang tidak pernah bertelagah sesama mereka jika mereka tidak bersetuju satu-satu pendapat itu mereka hanya diam berbanding dengan blogger kita

3. Mereka juga menjalinkan usahasama sesama mereka walau pun mereka tidak mengenali antara mereka contohnya jika satu-satu isu diposkan oleh salah seorang blogger mereka, mereka akan copy & paste bagi menguatkan isu tersebut.

3. Mereka juga bijak menstabilkan isu yang boleh merosakkan Pakatan rakyat walaupun isu berkenaan Islam

3. Sebagai blogger kita memainkan peranan bagi menstabilkan isu yang dilemparkan oleh pembangkang, jika sesama kita asyik bertelagah agak sukar kita nak bekerjasama apa lagi bertemu muka

3. Saya faham ada sesetengah blogger perlu ada funder bagi menjalankan ativiti blogger mereka tetapi janganlah pula kita 'membunuh' sesama kita demi menjaga 'tuan' kita

4. Saya agak teruja bila tengok blogger pro-kerajaan begitu tekun memberikan ulasan, pendapat, cadangan dan malah mencari isu untuk memenangi satu-satu pilihanraya contohnya PRK DUN Galas, antara peratus terbesar kemenangan adalah kesungguhan blogger mencari isu.

Oleh itu saya berharap sangat Sekupang Dua berfikir semula untuk mengundurkan diri kerana anda telah mempunyai skil yang agak hebat diantara blog yang pernah saya kunjungi dan anda juga sudah ada pengikut tersendiri. Saya hanya memberi pendapat peribadi sahaja. Nasihat saya kepada blogger pro-kerajaan agar berbaik sangka sesama kita kerana jika ini terjalin kita akan mempunyai kekuatan yang kukuh dan sukar digugat oleh mana-mana blog pembangkang.

Wallahualam

Sungai Rapat Online

Tanpa Nama berkata...

laaaaa.....awat la hang nihh....

hehehe...aku rasa ni baru 1st time aku dtg sini kutt...

entah , aku pun tak ingatt....

aku baru nak berkenalan dgn ko, ko dah nak mengendurr....

apa2 pon smlm mlm aku tgk ko kat TV3 fullamak, jantan sehhh...hahaha

mcm ni la yg kita mauu...80% di alam siber, tapi skali skala turun padang kasi ludah muka nga ko mingg...hehehehe...

tahniah bro...wa caya sama lu...

dulu thn 98 aku antara pengomen tegar di mahazalim, dll blog penjilat jubo nuarr...

lepas tu ke rpk dll....u name it la...tapi thn 2004 aku dah mula dpt hidayah....slow2 aku beralih angin...

ye le masa tu kita ingat nuar tu malaikat...hahaha

ropa2nya antu jubo....muahahaha...

lpas tu thn 2008 aku pengomen paling byk di angin perubahan.... 2009-awal 2011 di the unspinners...

skrg aku lepak di GAP....tapi blog org lain seme aku baca, skali skala je aku komen blog org lain..

bukan apa bro... aku ni keje di GLC, modem kat rumah aku dah berapa kali kong, laptop satu, PC satu, dua2 tak bleh pakai....

aku suspek nuar jubo dan kuncunya punya keje laaa,...

kalo aku dok komen kat blog yg aku tak brapa kenal...tu la padah nya...

sama2 kita berjuang bro, kita dibarisan hadapan kita lanyak nuar jubo sampai dia tergolek dog....

semoga usaha kecil kita ni di berkati oleh Allah SWT ....aminn.

Tanpa Nama berkata...

Ulasan Yg baik dari Sungai Rapat Online. Semoga menjadi renungan pada Kita semua

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND