31 Januari, 2021

NEGARA PERLUKAN DOA


 

Salahkah usaha dakwah ketika kita rakyat sdg tertekan, dunawi pula jadi rebutan, segala usaha utk syiar islam dilupai malah diguna pakai utk kepentingan diri, usaha membantu dijadikan bahan fitnah, kegagalan ditunding salah kpd yg lain, 


Bukalah pintu masjid seluasnya, mereka yg hadir adalah yg taat kpd Suruhan Allah swt dan ingatan Nabi Junjungan Muhammad Rasulullah, mereka juga amat akur kepada pemerintah. Mereka juga ke Masjid kerana Mahu Mati dalam memenuhi tuntutan dalam Agama. Taat kepada Allah serta Nabi Muhammad saw. 


Adil lah kpd Ummah, ketika ini sepatutnya berpusu kita kuatkan Amal, Beriman dan mengenal diri saat diuji, di rumah Allah inilah sepatutnya kita redho dan mendapat segala panduan ilmu serta berkongsi dgn ummah apa yg perlu kita buat mengatasinya. MASYA ALLAH... NEGARA KETIKA INI PERLUKAN DOA.... Doa dan kesedihan yg perlu utk kembalikan negara Aman semula... 


Dimana rukun iman kamu? Sudah lusuhkah kamu tentang kepercayaan kamu keatas Tuhan yg maha melakukan? Bukankah Allah turunkan musibah sebagai pengajaran, maka Doa Rakyat perlu disampaikan kepada Allah, sholat Hajat, berjemaah menandakan umat akur dgn dugaan dan mohon pertimbangan Allah swt supaya Allah dapat perkenan spt yg dia minta supaya kita berdoa dan memohon kepadanya 


Tolonglah, Jangan diberi alasan bagaikan rumah Allah ini tempat berkumpul penjenayah. Berilah Apa sahaja peraturan dan sop duniawi, In sha Allah pasti kami turuti, kupakah anda dimasjid ini juga kami hadir kerana Taat dgn perintah Allah swt... apalah sukarnya perintah dunia demi kebaikan. Pekara baik juga wajib dipatuhi sebagaimana Tuntutan Islam... 


Tidak kah kamu dapat bandingkan harga Islam itu dari kepentingan kuasa politik? Tidakah kamu terasa hari ini jauh sangat bezanya negara kita dgn masjid seluruh dunia. Apakah jemaah ini penjenayah Melihat Polis dan Tentera didalam Masjid dgn bersenjata menjalan tugas buat jiwa kita merintih kesedihan... kami datang buat Amal dan mengerjakan tuntutan Allah swt. Kami bukan dtg menghabiskan masa berpoya di shopping mall yg tentera dan Polis ditegah ganggu....


Tidakkah kamu nampak Masjid-masjid di Madinah Munawarah, Makkah Mukaramoh dan Tanah Haram sekali pun, tidak ada tentera atau polis yg bukan islam, tiada sebarang senjata yg dibawa masuk kedalam Masjid. Kalau mereka hadir hanyalah utk bersama memenuhi tuntutan agama atau bertugas. Dimanakah mata dan hati kamu? Apakah hanya nampak Kuasa, Harta dan kesinambungan kesenangan duniawi kamu sahaja yg perlu diteruskan.  


Cukup-cukuplah soal dunia yg menghampiri Akhir zaman, jangan jadikan Fitnah, kekayaan, kuasa, kezaliman sebagai rukun Iman kamu, terimalah kegagalan, bukalah hati cari keikhlasan, bertaubatlah seperti dituntut kerana ianya membersihkan hati, kembalilah kepangkal jalam jika jauh tersesat dan terimahlah Musibah dan belajarlah kesilapan sudah serta ambil sebagai pengajaran.... dunia hanya sementara. 


Kalau kita lemah, carilah keupayaan kalau kita Gagal carilah jalan penyelesaian. Kerana segala kemusnahan jangan dibiarkan berterusan. Jangan tambah soalan dan hukuman bila kita sudah kealam Barzah. 


 Perlu ingat disitu juga kita akan menagih Doa... persoalannya adakah kita sudah tinggalkan rukun iman dan jadikan anak kita sebagai Anak yg soleh? atau kita tinggalkan harta, kuasa politik dan segala sifat buruk kita didunia utk mereka. Apakah kita menunggu dan berharap kehadiran doa seorang anak yg solih... Wallahualam...


Terima kasih Mualaf, peliharalah jiwa, akidah serta iman kamu supaya ianya tidak sehitam mereka yg hanya mengaku islam utk dunia . Sesungguhnya kami bersyukur dgn hidayah keatas mu... bersabarlah, berdoalah.... In sha Allah pintu masjid akan terbuka luas utk kita bersama dalam satu saf.... doakan Takbirrr

21 Januari, 2021

SIDANG PARLIMEN DARURAT?

 



SIDANG PARLIMEN DARURAT? Dalam dunia yg lebih canggih dan Kementerian yg ada, Bukan Mustahil. Berbeza pendapat dan pemikiran malah yg menjadi kusut bila ada yg fikir utk memutar belitkan fakta dan ayat apa sahaja info yg dituntut rakyat ketika ini.

Dua perkara yg amat berbeza. Darurat adalah sekatan pemerintah dan Sidang Parlimen adalah tempat perbahasan utk hal rakyat dan negara. Rakyat nak tau apa hal yg sebenar bukan dari sumber pemutar belit fakta si ‘Penjilat’ yg kita katakan tadi 

Bukan kah kita ada SKMM? Tak kan tanggung jawab mereka hanya memantau? Kalau lebih efisen dah boleh saja dgn kerjasama dgn lain buat siaran lansung dan secara online ( sidang video) tanpa perlu pun ke parlimen atau berhimpun ramai. Tak kan tak sedar ‘ mat bangla pun dah pandai buat sidang video antara mereka dlm musim covid’ lagi pun MP kalau tak aktif pun setiap bulan ratus juta jugak digajikan. 


Bagi rakyat tau secara live fakta dan maklumat sidang, kalau nak hadkan pun buatlah... aturlah dgn baik dan rancang dgn teliti dan ambil la masa lama mana pun. Tak kan nak buat macam tu pun samapai berbulan sdgkan blh je rakyat buat. Dlm sehari dua je! 


Elok juga pun kalau sidang macam nie banyak benda dan gangguan boleh diatasi, contoh macam jelutung yg selalu melalak tak tebtu pasal dan tak tentu masa. Dah tentu tak ada gangguan semak macam ni lagi, dgn sayu sentuhan dah boleh mutekan apa yg dia lalakan. Secara peribadi teman setuju jika sidang parlimen diadakan dgn harapan fakta dan maklumat tepat akan kita perolehi, dan disinilah semua MP berbahas tentang keperitan dan masalah rakyat ketika ini. Elok mereka berbahas kenapa perlu disekat dan idea yg boleh membantu tangani dan hapuskan covid supaya Darurat boleh di tarik balik 


Kenapa tidak? Pertama jgn jadi golongan ketiga yg teman katakan tadi. Sebaik apa sahaja cadangan baik akan diputar belitkan. Sesungguhnya ini yg terjadi. Ketika rakyat mahukan info terkini dan tepat mereka sebagai soldadu penjilat akan putar belitkan apa sahaja. Bukan susah mana pun cuma semua fakta dikaitan dgn kemarahan rakyat, jadi berpusu-pusulah yg akan menjawab dan tak kurang juga terlalu marah akan maki hamun dgn sikap mereka. 


Apa sahaja ketika ini semuanya soal parliemn atau darurat atau kegagalan tindakan akan pastinya pergi ke soal Makamah, Najib dan Zahid. Pusing tang mana pun dema konar kesitu. Muntahlah yop kalau berbalik kesitu. 

Sehingga sekarang pun masih belum ada kes makamah yg gugur. Dan siapa pula yg sdg berebut kuasa? Apakah strategi sebaliknya? Adakah mahu guna pakai cara yahudi? Memghukum seseorang dan create hukuman atau rancang kejadian supaya dilihat aib dan bersalah?


 Tanyalah sapa pun, adakah manusia kat Malaysia ni yg nak Darurat sebab Covid selamanya, tentunya tidak. Kalau boleh dalam seminggu dua covid ni terhapus terus lagi baik dan darurat pun boleh ditarik balik. Yang peliknya gooingan meracau ni nak Darurat sampai bila, satu dua atau sepuluh tahun? 

 Inilah keburukan yg merekalah puncanya, jangan dilihat kecil ttg segala perlakuan mereka kerana dalam keadaan negara dilanda wabak Covid pelbagai kerosakan boleh melarat dan tercetus. Lebih membimbangkan lagi bila tukang sekat juga dari golongan mereka.


Kesan nya muhibbah akan hilang dan sifat buruk seperti rasis dan fitnah memfitnah akan menyerap dijiwa san minda rakyat secara pelan-pelan. Tak caya? Cer komer tengok Drama petang-petang asik tunjuk cerita macamana jahatnya dema buat fitnah buat rancangan jahat, inaya orang, upah fitnah, bunuh la memacam lagi... kesannya tengoklah kan dah jadi betui sekarang dah macam contoh pulak kat drama bukan bagi pengajaran... 


Rumusannya secara peribadi ‘ Teman sokong kalau ada sidang Parlimen secara online yg bahaskan tentang terkini dan salurkan fakta benar dan perjuangkan nasib rakyat dan Negara... On jer... tapi jangan tanya kerajaan dan majoriti sebab aku tak boleh jawab. Takda fakta yg betui beb. Haaa masukkkk... berhemah yer, kawan teman semua berakai kan...

20 Januari, 2021

DARURAT OH DARURAT, SIAPA SUKA ANGKAT TANGAN!

 


Kekadang kalau pikior elok jugak Darurat macam dulu-dulu. Tak kira sapa, menteri ka, pegawai besor ka, rakyat ka duduk romah... 

Keluor jugak amaran nk kena tembak cuba lah... Tentera berkawal ketat kecuali yg jadi frontliner.... 

 Sama je komunis dan Covid cuma bezanya nampak dgn tak nampak! Komunis pun hilang tak berani menyelusup masuk kampung sbb dah kena keypiu... kalau berani cubalah kalau nak merasa berdesus mark 4 atau stengun cubalah... Keypiu dulu makan masa berbulan dan sampai bertahun, tapi berkesan rasanya yop, mgkin dulu susah makan tak macam skrg 24 jam kalau teringin nak makan burger pukul 4 pagi pun blh dapat lagi... 

Mungkin bezanya dulu semangat negaranya satu Malaya setia dan sanggup berjuang, demi Agama kedaulatan Raja Bangsa dan Negara.semua satu hati. Yang itu mungkin kita Kalah atau kurang dengan keadaan sekarang. Tengoklah sendiri... komunis pulak dema banggakan, siap ada upacara tabur abu bangkai ketua pengganas malah ada majlis lagi dibuat. Siap ada yg mengaku dema dari asal komunis, mintak diangkat sebagai pejuang lagi, berani sungguh sbb semua diam dah kenapa tah? 


Itu belum kehal porak peranda dan tak amik kisah, tanyalah orang tua-tua yg tahu pasai DARURAT. Punya ngetor bukan main lagi. Soal makan paling penting, almakumlah lauk disungai dan sayur depan rumah pun takut sebab amaran tembak dan satu lagi pasai nekad memerangi Komunis. Yg bertani takpa lah boleh nyimpan beras, yg kena beli pulak itu satu-satunya bahan ruji yg utama kena beli, yg lain tak kisah ler... apa ader heiii lauk pucuk ubi dgn ikan masin... janji lawan komunis jahanam! 


Tapi pak tani pulak jadi mangsa komunis, habis disamun selagi ada, siap siksa dan bunuh lagi, beras disapu licin... siap dapat hadiah buntut senapang, itu nasib baik belum lagi kena tembak atau lebih keji merogol... Haram jadah kan... 

 Soal samun ni jadi ketegasan tentera, kalau tak dapat nasib ko la kalau tak selagi megezin tak kosong dibalas, komunis ni memang penyamun wehhh... Beras tu besor nilainya tapi tak samalah komunis moden yg samun Harta negara bila dapat kuasa... tak sama kalau dulu dapatlah 2.6 punya besi berdas-das... tapi sekarang ni kalau kaut satu Malaya pun siapa berani dakwa? Siap ramai lagi penyokong tegar dema... tah kayer manalah berupahnya sampai sanggup jadi buang macam cerita dalam P Romlee... 


 Soal semangat semua berpaksi pada kaya dan senang. Sebut pasal Darurat memacam cerita keluor nunjukan dema tgh kerojer keras kot supaya upah lebih. Tah mana sangkutnya pasal Makamah la pulak, kononnya berebut kuasa orang lain kehai dema sendiri yg sebenornya. Tah bula pulak dah gugur tuduhan makamah dan bila pulak yang tak mandang kuasa tamak kuasa? Ater dema rasa dema kat dunia lagi handei dari tuhan kot. Kot terasa ajer benor le tu... 


Itu bezanya Darurat, orang dulu mintak segeralah selesai pasai Komunis supaya rakyat dapat jalankan kehidupan aman balik dan Darurat ditarik balik... secepat yg boleh sebab Rakyat memang terlalu lama menderita, bukan macam sekarang boleh dapat bantuan nasihat bank, nasihat KWSP, itu ini, semuanya tak lah macam dulu kalau susah tangung sendiri, iyer ke idak tak tau la teman... sbb KWSP pun tak mandang keh keh keh... 


 Lagi pelik yoep ada jugak yg nak Darurat selama mana yg boleh? Dah apakehai jenih ni? Orang sebolehnya nak cepat selesai pasai Covid dan hapuskan darurat, gamaknya jenih kominis jugak kot... lagi lama lagi senang dema nyakat, ngusik, tipu itu, tipu ini... lama besor longgok laba kerja dgn upah dema... 

Kalau benorlah Covid ni boleh putus rangkaiannya dalam tempoh 14 hari, lantaknya sebulan pun tak pa iyor lantaknya... jangan peduli lagi, bior keypiu macam orang dulu. Yang penting sapa pun tak boleh keluor tak kira sapa. Cukup dua minggu atau sebulan rasanya semua selesai... in sha Allah... terputus ler Covid kot ada saki baki kes terpencil... 


Tak sapa pun boleh kata apa, nak fitnah, nak ngasut, nak main politik, nak melompat sana sini dah tak boleh. Apa pun teman sentiasa berdoa negara kita kembali bangkit dari usaha menghapuskan Covid, Pemimpin gila kuasa dan tukang batu api dan penghasut yg ada yg lebih bahaya dari Covid sebenarnya... 


Palestin, Batuimuqadis... sehingga sekarang tidak aman bukan mereka lemah dan takut berjuang tetapi kerana ada pengkhianat bangsa sendiri... Agama juga ingatkan kita jangan jatuh ke lubang yang sama buat kali kedua, Bangkitlah wahai Pejuang sebenar supaya kita jangan siulang kali termakan hasutan, belajarlah dari peristiwa serta nas dan hadis...


Kita tekad hapuskan Covid sesegera yg boleh, kembalikan keamanan dan Darurat ditarik balik. In sha Allah... Saja nyembang nak legakan sikit tension pasal Covid 19. Kongsi Idea kot la dema nak pakai... Ater jangan komer samakan teman dgn Hang Nadim, tak pasai jer bagi akai elok bebalik dia pulak kena hukum... payah weh sekarang kalau elok pun belum tentu orang cerodik yg paham! 

14 Januari, 2021

YG MELIHAT, YG MERASA DAN YG MENGATA



Seorang budak Pemotong rumput dan bekerja kampung mencari rezeki dimerata kampung dgn apa shj yg disuruh bekerja dan upah sebagai sara diri dan keluarga 

 Di pejabat KWSP : ‘ Kita bukan tak sokong tapi ramai yg dtg entah ler... sekejap je duit akan habis’ 

Kenapa puan? Maksud puan golongan penagih ker? Ha’ah kalau betul takpa la, tapi kalau golongan mcm ni takda sudahnya, rugi jer... 

Terfikir pulak aku, kalau 10 tahun lagi dia menagih tetap sama juga, apa lagi dgn logokan besar wang yg dia dapat... tapi kita tak tahu mgkin dgn dpt peluang begini mana tau dia ada rancangan atau takdir yg merubah... jadi aku jawab balik... 

‘Susah la kita puan’ Kenapa? tanya dia lagi... Mana taknya merata jalan ler dema terbang... Kenapa? Tanya sama lagi... Kalau dah kepala high hati gumbira senang kat atas jalan, dia dgn motor dia pun blh terbang... Gelak kecil kami berakhir disitu.... 


Kembali budak potong rumput. Dgn pakaian lusuh, motosikal cabuk, kehulu kehilir... dulunya tak sapa nk ambik tau tapi berbeza skrg, sejak tahu dia aply KWSP 10k dah macam parlimen berbahas tak habis setiap hari psl org kena tuduh dimakamah yg mereka sendiri yg tuduh... 

Blm apa lagi dah bersalah. Bkn main lagi sbb dema pemerintah dan dema kebal dituduh apa lagi jgn mimpi dlm senarai pun mustahil. Seolah kuasa dunia mereka yg jadi tuhan yg menakdirkan. 

Terfikir juga bila pulak sampai teori dan rancangan ala israel dan mosad bila yg baik akan dilimpahkan segala aib dan keji kemudian dituduh, malah bkn kita tak tau lebih dari itu diakhiri dgn kemalangan yg dirancang lagi... biar dia mati dgn aib. Itu israel dibumi Amerika. Tak kisahlah sapa yg nk jadi Mr Presiden kena fikitkan kesannya... 

Semua yg menghalang akan dilesap dan dihapuskan. Kita kena akur dan daham inilah tentera Dajjal diakhir zaman, nauzubbilah himinzalik. 


Abang, tolong belikan saya tel baru sambil serahkan cash, saya tak pandai.. Jgn membazir ingat saya kat dia... bkn selalu dpt jimat dan buat bekalan masa depan. Dia tunduk dan gelak... saya faham, tapi saya dah lama nak buktikan saya mampu satu hari nnti kat keluarga. Lagi pun mgkin sampai bila pun sya tak kan dapat, apa lagi kalau nak harap org bagi talipon. Macam ni pun anak sedara yg dah tak pakai bagi... sambil dia tunjukan tel lusuh kat aku 

Betul juga kata hati aku.., dia ni mat rock sampai skrg pakai baju t shirt takda jahit tepi walaupun bundle atau t shirt lelong merata supermaket di borong nya. Rasanya kuat jati diri dan teguh pendirian dia dlm pakai hariannya. Walaupun hanya cara itu yg dia mampu...

Melihat pada talipon dia pun yg berwarna biru awan pun aku dah gelak dalam hati... giller betul la... mat rock pakai tel sama cucu sedara aku umor 10 tahun tuh... 


Abang... 

Tersentak aku bila dia celah aku yg tgh ngrlamun dlm otak, lagi satu abg tolong tunjukan cara macamana nak pakai tel tu nanti yer, sya nk try mcm abg cakap belajar buat kerja kat youtube tu... tel baru nnti laju sikit tak macam ni batt cepat habis dan slow sgt. Kadang-kadang lansung tak jalan... 

Apa pun aku tetap percaya dia ada peluang berubah dan maju dgn peluang kali ini. Setidaknya dia merintis jalan baru yg blm tahu berjaya atau tidak. Aku akan sokong dia memajukan dirinya dan tak akan sengkongkol dgn yg lain yg mula membahan dia dan semua ayat dari mulut mereka nyata doa awal spya melingkup... 

- Rentikan ler, tak lama mana habis la duit tu... 

- Takat kamu ni jangan mimpi lah... 

- Tak payah lah berangan nk meniaga. Pakat lingkup la nanti 

- Macam kamu nak beli mesin potong? Mimpilah 

 Kringgggg... tetiba mencelah... Hallo, tak pa, tak payah tunggu pakcik makanlah dulu... agak jelas aku dengar riuh suara bebudak dlm talipon dia lau alu tanya, Sapa tuh? 

Nyerongeng dia... anak buah saya, sajalah saya payung makan elok sikit, KFC je pun, bukan apa selalu tgk dema kesian ada pak sedara tak macam org lain. Ada peluang ni bagi dema seronok sikit hehehe... 

Oklah abg saya balik dulu yer... cepat nak ngumbas (balik) nyer? Bukan apa esok nak motong, ada kerja, lagi pun takut balik lewat sbb dah khabor kita PKPB ni... 


Esoklah jumpa... yer saya ni Alhamdulillah lah ada juga peluang macam ni tgh susah, kerja kurang pastu income takda, Alhamdulillah la tuhan tolong tgh macam ni, terima kasihlah Najib... ingat dia juga dia susahnya rakyat... kalau dia doakan rakyat, kita pun kena doakan dia. Sifat mulia tu bang... macam Nabi... tgh nazak pun dia doakan utk umat... 


 Assalamualikum... hilang dalam gelap si Pemotong Rumput dgn motor cabuknya... moga peluang kali ini merubah hidupnya In sha Allah

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND