29 Disember, 2010

MALAYSIA MAHU MELAKARKAN SATU LAGI SEJARAH 2010! ... Bertemu Ultraman dgn LASER!

Sesapa yang di Ipoh, MOH BERAMAI kita menyaksikan perlawanan Akhir Malaysia lwn INDONESIA  di Pekarangan Stadium INDERA MULIA (Skrin Gergasi) sebagai Sokongan terhadap pasukan kita dalam MEREBUT PIALA SUZUKI yang berlansung di Stadium Bung Karno Indonesia, Malam ini merupakan peluang akhir untuk tahun 2010 melakarkan satu lagi SEJARAH sebagai penutup tahun ini.

Moh ler sama-sama kita support Malaysia, Datang ler beramai-ramai tak kira kecik, besor, Tua, Muda kaya atau miskin. Kehadiran lebih melihat kepada PENGHARGAAN sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan Negara kita dan lebih tepat lagi 'BANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA' yang Aman dan Makmur, tapi jangan lupa pulak kalau boleh pakai ler baju warna Kuning atau Biru, ajak ler seramai yang boleh. Tahniah juga dengarnya Pemuda Ipoh Barat berhempas pulas nak jadikan malam nie... Drastik tuuu, tapi yang penting keroje yang macam ni ler yang patutnya diSELALUkan, rasanya memang Rakyat terutama orang-orang Muda di sini memang nak sangat dan tertunggu-tunggu untuk memeriahkan lagi Program serta memperlihatkan betapa menjadi kebanggaan sebagai rakyat di bumi bertuah ini
Apa yang teman dimaklumkan, ada juga kaunter Daftar Pemilih sebagai Pengundi yang akan dibuka malam ni, jadi sambil-sambil berhibur, kepada yang belum mendaftar juga boleh mendaftar terus malam ini. Ada juga berguarau yang kata kat teman 'Kalau Komer nak jumpa Atroman kenaler datang malam ini', he he he... malah ada juga yang bergurau kata semua Atroman dan Raksasa di dunia telah pun berhimpun di Jakarta dan menjadikan malam ini FREE WAR dan lebih Fokus akan menggunakan Cahaya Laser semasa perlawanan malam ini dalam ertikata sebenar artoman dan raksasa akan memperlihat dan bertanding PANCARAN LASER SAPA LEBIH HEBAT! hehehe

MOGA MALAYSIA AKAN MELAKAR SEJARAH DAN BERJAYA SEBAGAI CHAMP PIALA SUZUKI 2010! 2-1 ramalan teman hehehe, HIDUP MALAYSIA! insyallah! 

23 Disember, 2010

PNGHARAMAN 1 MALAYSIA, RAKYAT BASAH KUYUP KENA KENCING LAGI!!!

PENGHARAMAN 1 MALAYSIA di Selangor oleh Parti Kencing Rakyat memang bukan Agenda atau Manifesto PR menyimpang dari Tujuan asal PR, lalu diharamkan di selangor oleh Sang Gagap nie yang hilang gagap semasa Rampas harta rakyat dan berkerja Kuat menyamun selagi boleh menyamun. 1 Malaysia amatlah tidak seperti mana perjuangan malah tersasar jauh dari Perjuanganm PR sehingga kini memperjuangkan MATA LEBAM dan bukan memperjuangkan Hak Rakyat yang boleh dikatakan 'PEGI MAMPOS LER RAKYAT!'
Yang pelik nya si JUBRI dan si GAGAP ni tang mana sakitnya bila kerajaan Malaysia melancarkan konsep 1 Malaysia yang mengutamakan Nasib Rakyat bila menyebut Rakyat didahulukan, Apa yg si Jubri dan si Gagap ni sakit hati, mungkin juga sakitnya ditempat lain yang menjadi tanda tanya RAKYAT tang mana sakitnya dua ekor Beruk nie? tang hidungnya ker? tang telinga nyer ker? tang pungkoknya ker? atau tang kemaluannya ker?
Kalau dah tau dan tak setuju dengan apa yang Kerajaan buat sekarang, buat lah konsep sendiri, suka hati bapak dia ler nak buat, lantak lah kalau nak buat 2 malaysia ker? 33 malaysia ker? 1 yahudi ker? (ini mungkin serasi ... sebab memang tokey nya yahudi) buat lah apa yang sijubrri dan gagap suka. Kalau nak buat 1 Jubri pun kita tak halang,
Tapi bila orang buat demi rakyat dia yang paling kuat melompat, apasal bro? bukan pakai duit lu pun! bila tang 1 malaysia, bukan main kecoh lagi dua ekor berok, tapi tang Putrajaya pulak dua ekor berok ni sampai mengigau malam sambil tersenyum berangan dapat duduk Putrajaya, teman cukup kesian penyokong nya yang sekarang ni basah KUTUP disebabkan si jubri dan gagap ni, tah berapa kali kena kencing nya tah! 16 September Tawan Putrajaya, Dalang sebenar APCO tapi tuduh orang lain, Tipu hidup-hidup rakyat satu ketika dulu konon nya dia dan RPK ada salinan surat pemeriksaan doktor terhadap kes sedap dia meLIWAT tetapi aleh-aleh dia pulak minta makamah kebenaran salinan surat tersebut, jadinya surat dulu tu sendiri bikin la!
memang sesuai pemilihan lambang Mata Satu yang maklum kita tahu mata satu ni lambang setan  (setan mata satu) dan di gunakan juga oleh beberapa pertubuhan terutamanya Yahudi, macam la rakyat ni bodoh sangat sehingga kini 'habuk pun tarak' apa lagi nak memperjuangkan HAK RAKYAT yang memang lansung tak pernah buat selain sekarang ni menyamun ada ler! Nampaknya agenda perjuangan PR memang Rakyat Maklum setakat ini makin kuat... bukan KUAT KERJA tetapi makin KUAT KENCINGnya si jubri dan si gagap ni! Takbir!

20 Disember, 2010

BILA DAH MUAFAKAT! SEKAMPUNG BAGAI KELUARGA BESAR!

Tertarik dengan jemputan solat hajat disebuah kampung yang rupa-rupanya anak kelahiran kampung yang banyak berjasa dikampung sehingga kini, yg di maksudkan ialah Sdr Jinggo (pengarah Drama) Isteri beliau Pn Sheila Rusly yang agak lama diseret memanjang belarutnya sampai sekarang perihal kisah Kes Makamah Berkenaan Restoran Nasi Dagang dengan rakan kongsi sehingga kini masih belum selesai, kini dikatakan rabu akan datang (23-24 hb) bakal mengetahui penyudahnya, 
Penduduk Kampung juga sepakat membaca yasin dan mengerjakan solat hajat bagi menyatakan RASA yang mereka juga adalah sebahagian dan berkongsi dengan apa yg telah terjadi kepada Jinggo dan Sheila Rusly , sekupang juga berharap semua akan terungkai dan berakhir denga segera, insyallah...

BUKAN PELIK, KEKADANG ADA YANG NAK AMBIK KESEMPATAN GUNA NAMA NI BANYAK, KALAU ISTILAH MELAYUNYA ORANG JANGUNG TAPI KALAU BENGGALI PUTIH KATA PULAK CONMAN HEHEHEHE! ADAKAH ANDA JUGA DIANTARANYA... buat-buat ler bertobat yop! 

16 Disember, 2010

SELAMAT DATANG BLOGGERS PEMBELA NEGARA (BPN)

Assalamualaikum Semua!
Kami mengalu-alukan kehadiran AMT BPN yang akan turun ke ipoh esok, kehadiran kalian amat di nantikan. Rasanya tak sabor gak untuk kita duduk semeja pekena TEH TARIK! mungkin selepas program kita boleh bercerita panjang dari pelbagai aspek BPN sendiri , bagi bloggers Perak yang akan turut sama diharap dapat membantu bersama dengan kehadiran Sahabat-sahabat kita. 
Nampaknya penghormatan besar terhadap Bloggers Perak yang akan di kunjungi AMT BPN yang akan turun dari merata negeri termasuk Sarawak, Kedah, Johor, Selangor, Pahang dan negeri-negeri yang lain, suka teman nyatakan kehadiran kalian sememang nya dinantikan dan berharap ini bukan yang pertama. sebelum itu teman dan warga Bloggers Perak memohon maaf jika terdapat kekurangan yang berlaku esok. Rasanya yang penting ialah Perjumpaan esok dapat membincangkan lebih lanjut serta persediaan BPN sendiri untuk hala tuju tahun 2011.

Kepada yang belum atau kami terlepas pandang sila hubungi teman di laman FACEBOOK teman, tolong hantar pesanan kepada teman di FACEBOOK sekupangdua anak pak ya. insyallah saya dan warga bloggers lain akan maklum dan bagi tahu info pada kalian... insyallah!

SELAMAT DATANG SEMUA. berhati-hati dijalan raya, pandu cermat, ingatlah kami yang menunggu anda!

10 Disember, 2010

BLOGGERS PERAK, SILA, SILA, SILA LAH... NGAMOK!

Alhamdulillah! Sahabat seperjuangan yang amat teman sayangi, akhirnya kita dah boleh sepakat, nampaknya kalian semua memang sebenar perjuangan,semakin senyap di arena berblogging tetapi semakin akrab kita bersama, seperti kata mengkomer sekalian yang ikut menyepi perihal berita PERAK, akhirnya terjawab? akhirnya kita punya banyak masa duduk semeja dan bercerita perihal perjuangan, penderhakaan sesama MELAYU, Keuntungan yg diambil kesempatan dan yang paling teman terharu Erti Ukuwah sesama kita. berehat sebentar nampaknya memberikan kita banyak masa bersama dan kini RASA adik beradik tidak boleh dinafikan lagi. Rupa nya semua yang telah berlaku dalam PROTES memberikan kita cukup JELAS dengan PERJUANGAN sesama kita, bagi bahu kiri disentuh yang kanan juga tetap merasa, RASA yang ada dalam hati teman rupanya sama dengan RASA di hati mengkomer, yang penting sesama kita sudah cukup menahan PERIT nyer!

Faham... dengan penjelasan kalian tentang wujudnya penderhaka BANGSA yang kini semakin bermaharajalela pergunakan bloggers serta milage dari kalian,
Faham... sudah hati kalian yang begitu bersemangat tetapi hormat kerana terRASA ikatan saudara sesama kita
Faham... dengan berdarahnya hati mengkomer melihat sesuka dema yang kenyang dengan makan HARAM
Faham... dengan 'Menyirap darah' tengok sesuka hati dema jadi haram jadah!
Faham... sesangat komer yang mintak teman bersama susah senang, biar tetap bersama
Faham... dengan RASA mengkomer yang tak boleh tahan tengok bukan main laagi HARAM JADAHnya dema.

MAKA sekupang...
nak ucap tahniah pada mengkomer,
nak ucap terima kasih kerana menjaga persaudaraan,
nak bagitau pada MENGKOMER...

DENGAN LAFAS BISMILLAH SEKUPANG DUA DENGAN INI MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEGALA KONTROVESI YANG MENYEBABKAN BLOGGERS KENGKAWAN TURUT MEMBISU PERIHAL TANAH TEMPAT TERTANAM URI KITA SENDIRI DAN AMAT-AMAT TERIMA KASIH DENGAN RASA KEPERCAYAAN PERSAUDARAAN SESAMA KITA YANG KALIAN PERLIHATKAN MARI KITA TERUSKAN PERJUANGAN... PERAK DARUL RIDZUAN AKAN KITA PERTAHANKAN DARI SEMUA YANG MELAGAKAN SESAMA BANGSA, UNTUNG DENGAN MENJUAL BANGSA, PENDERHAKA KEPADA PEMIMPIN DAN KEDAULATAN INSTITUSI KESULTANAN DAN RAJA-RAJA MELAYU, MARI KITA PERTAHANKAN.

SILA, SILA, SILA ler... JOM KITA AMOK pada SEMUA HARAM JADAH NI!
DAULAT TUANKU!N HIDUP MELAYU!

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND