30 Julai, 2015

MOGA MALAYSIA JUGA MELAHIRKAN NEGARAWAN DAN PEJUANG NEGARA SEPERTI ABDUL KALAM

Inalillahiwainalillahirojiun... INDIA kehilangan seorang Negarawan, Saintis tersohor, seorang guru atau pendidik yg hebat dan seorang pejuang negara.

Abdul Kalam menghembuskan nafas terakhir semalam (Rabu @ 29.7.2015) dan dikebumikan hari ini. Jasa beliau tidak pernah diminta dinilaikan apatah lagi meminta dikenang atau imbuhan. Beliau pasti tidak terlepas perkataan 'sayang dan cintailah kepada negara kamu' bila setiap kali ucapannnya.

Pernah ditanya kenapa dia tidak berkahwin dan sanggup hidup membujang? Jawapannya ia takut tidak adil utk menumpukan kasih sayang isteri dan anak dengan kasih dan cinta nya kepada negara.

Tidak kaya dan riak sebaliknya cukup merendah diri. Cukup bersyukur dengan yang ada. Semua gajinya diseeahkan utk kebajikan dan yg memerlukan... tinggal dirumah sepertimana rakyat lain sekalipun merupakan saintis yg tersohor di india malah didunia terutama kuasa besar Amerika Russia dan negara-negara besar

Negara Amerika pernah menawarkan dia sehingga trillion USD utk bersama mereka. Tetapi demi negara sesekali tidak akan dia akur dan haloba dengan kekayaan. Pencetus revolusi dan pencipta kuasa Nuklear bagi negeri india ini merupakan orang yg amat disenangi rakyat pemimpin tak kira apa juga bangsa di Negara india

Berasal dari keluarga yg amat daif dan miskin tetapi tidak pernah salahkan sesiapa ttg nasib beliau. Lebih suka berikhtiar dari meminta dan menjaja nasib utk keuntungan. Tak pernah berbangga dengan kelebihan apa tah lagi jawatan dan pangkat sebagai balasan

Semasa kecil belajar ikut kemampuan. Rumah keluarganya tiada bekalan elektrik, membaca diluar rumah atau menumpang cahaya dari lampu masjid surau dan kuil berdekatan. Malah tak pernah mampu utk makan besar cukup sekadar kuih atau makanan di tempat ibadah tanpa sebarang runggutan.

6 jam sebelum Amerika cuba mengesan melalui radar dan teknologi terkini nuklear india berakhir dengan kehampaan disebabkan Abdul Kalam mengagalkan usaha dan niat jahat mereka digagalkan bila lansung tidak bileh dikesan apabila beliau mengunakan kepakarannya utk hilangkan dari dikesan radar...

Hari ini semua rakyat India samada di negara mereka dan juga dinegara kita tanpa mengira apa ugama mereka amat merasai kehilangannya. Adakah kita juga bakal melahirkan seorang pejuang dan negaraqab seperti Allayarham abd kalam yg tidak sesekali mahu menilai jasa serta kasih sayangnya demi negara dengan habuan, kekayaan yg tidak pernah cukup dan pangkat atau jawatan? 

Moga beliau dipermudahkan dan ditempatkan bersama kesayangan Allah swt. Moga kita dipertunjukan seorang lagi Abdul Kalam di Malaysia... amin.

Alfatihah





NAJIB TAHU DAN SEDAR AKIBATNYA, HANYA SATU ALASAN YG DIA BERANI LAKUKAN



Semenjak dua nie maleh aku nak menulis, memerhati lebih baik, sebabnya akan kita lihat sekumpulan masih selesa dengan habuan kroni, yg lain pulak macam tak kisah kalau nak mencaci dan memfitnah dalam keluarga mereka sendiri... Apa dah jadi? Paling baghal manusia tidak pulak menilai apa kesudahan terhadap parti dan ukuwah. Bukan mereka tak tau kesudahan nya...

Semuanya atas alasan dan sedap mulut korang nak bercakap, sehingga kini tak ada pulak repot bersama bukti utk tindakan. Boleh kah kita menilai dengan persepsi yg diadakan. Memang tak pernah belajar dan tidak mengulangi kesilapan... Lupa dah seperti sebelum ini, kita diWAJIBkan percaya sekeping gambar yg diedit dan percaya bulat PM sebagai pembunuh sebaliknya video yg menayang pelbagai aksi ala kamasutra dinafikan kerana sebab besi tak boleh jadi bahan bukti? 

Kita disuruh percaya isu TH sehingga menafikan hak pencarum untuk mengerjakan rukun Islam sekali pun tak pulak ianya merugikan malah menguntangkan, yahudi pun tak berani menidakan umat menjalani rukun, ini siap suruh keluar caruman dan lupakan rukun yg dituntut. Sebalik WAJIB percaya dari mulut keramat semuanya benar bila wang disorokan utk sendiri, lupakah kita apa pulak tindakan  bila tim dia melarikan jumlah besar sehingga terpaksa menghapuskan note RM1000. Apa tindakan terhadap pelakunya?

Apa yg Najib tak buat... Wawasan 2020 terus disambung... Dan hari ini dia ikut apa yg kononnya dilakukan, dah lakukan spin pulak isu lain, semuanya nyata soal ukuwah tidak pernah dipertimbangkan. Tak nak bongkar soal putrajaya, jambatan pulau pinang, lebuh raya dan projek mega yg 100% tiada unsur rasuah dan kroni? 

Aku tak pernah salahkan pemimpin yg terlibat tetapi semuanya bermula dengan pemakan palet yg suka pak mak depa buat aib dan fitnah, lihatlah kesudahannya perangai haram jadah spt mereka nie... Ada kah mereka memikirkan tentang kesudahannya yg menghancurkan perjuangan, hari ini juga banyak troopers marhain dilupakan, bukan mereka tak mengikuti tetapi tutup buku adalah lebih baik... Kerana perjuangan mereka bukan kerana kroni dan merasa kebal dan hebat. Jadi hari ini memang susah kita boleh melihat dan mendengar suara keramat mereka supaya semuanya ambal kembali... Aku bersimpati dan masih yakin amukan mereka bila tiba masanya nanti... Jaga pungkok hampa

Najib buktikan dia berani dan tidak gentar... Dia memecat dan tahu akibatnya semasa parti bersidang dan memilih tunggak peneraju, dia tahu semua itu... Dia tahu risikonya... Tapi apakah alasan dan sebab kukuh yg boleh dia lakukan, kalau kalian sendiri ada berani? Apakah sebab yg jadi anda berani bertindak...? 
Bagi aku... Kalau aku tahu kebenarannya aku tau siapa sebenarnya yg khianat aku tau aku tak salah... Apa ada masalah... Aku jugak sanggup buat bagaimana najib buat, malah lebih dari itu... Peduli apa aku, yg salah tetap salah dan dihukum.... Tentang menang atau kalah itu kerja yg maha kuasa... Dia maha mengetahui... Apa yg aku laksanakan sebagai tuntutan utk keadilan dan kebenaran...

So jangan sibuk nak cerita come back dan flashback kebaikan kononnya betapa besar jasanya terhadap bangsa, ini soal jawatan apa yg besar sangat, tak boleh kah diganti dengan yg lebih baik demi utk rakyat... 

Jangan nak jadi hakim dan menghukum, macamlah hukuman ditali gantung yg tiada penghujung. Apa ada masalah... Buktikanlah semasa pemilihan nanti, buktikan pada semua yg ko paling banyak berjasa pada alif ba ta...buktikan korang boleh capai dengan kemenagan besar... 

Tak payah lah keruhkan keadaan buat rakyat,bangsa dan soal agama akan menjadi keliru... Tak payah nak gertak dan aibkan semua ummah... Tak payahlah jadikan ugutan mimpi ngeri... Najib dah lakukan tindakan yg dia berani dan bersebab. Dia juga tahu dia akan berhadapan dengan sekelumit pengkhianat yg akan aib dan memfitnahnya... Dia sudah bersedia... Dia lakukan kerana satu alasan yg kita tahu... Iaitu dia dipihak yg benar, peduli apa dgn ugutan dan fitnah, dah memang itu sikap macai bin penyamun...

Tentunya najib dah bersedia kerana ia tahu ianya percaturan yg amat pedih. Tetapi satu alasan iaitu KEBENARAN maka semua itu berbaloi dilakukan kerana Allah jua yg maha mengetahui... Sudah-sudah lah tu, jangan hancurkan lagi... Biarlah ianya dibuktikan oleh kuasa rakyat yg menentukan... Kan elok kalau boikot loyat tu kita perbesarkan satu malaya...

So jangan sibuk tunjuk jasa yg patut dihargai dan jawatan sepatutnya dipikul sampai mati, turun tak boleh naik mesti... Apa korang jer ker ahli UMNO dan rakyat yg boleh mengubah segalanya. Silap ler beb... Lansung tak da tapi status macai dan barua... Itu tepat sekali.... Tapi for sure aku tidak... Selamat hari raya. Maaf zahir batin...

12 Julai, 2015

SEKOTAK KURMA IHSAN PERDANA MENTERI...

Raya datang lagi... tak berapa hari lagi. Semuanya macam biasa... inilah masanya selagi boleh beramal dan mengerjakan segala tuntutan serta bonus terutama sunat yg besar gandaan pahalanya di hulan ramadhan...

Setiap tahun aku akan tak kan lupakan satu pekara yg menarik perhatian aku. Ttg sekotak kurma yg diberi disetiap majlis anjuran Pak Menteri mau pun Perdana Menteri... bermacam cara dan bentuk semuanya ada cara tersendiri. Kalau ianya dibuat guna bahan plastik akan bertahan lama lah aku simpan kerana ianya unik dan nostalgia... 

Bukan bermakna kerana unik kotak kurma... sebaliknya dalam majlis jemputan beginilah kegembiraan aku bertemu rakan-rakan seangkatan dari seluruh negara. Jauhnya beratus batu utk kemajlis bukan halangan sebaliknya bukan senang bertemu sahabat satu malaya. Setiap tahun paling tidak 4 atau 5 jemputan aku terima... bermakna banyak itu jugak aku akan bersama sahabat satu saf perang maya

Tahun ini memang pelik... tak da satu pun jemputan... aku memang nantikan jemputan sbb kita ini PM kita teruk dibedal dan difitnah terutama dilaman maya. Kalau dibiarkan bakal parah jika tak dibendung... aku memang harap perbincang bersama rakan terutama bersama rakan troopers yg kategori umur separuh abad... bukan senang nak round table...

Bagaimana pun aku bertanggapan baik... aku anggap mereka yg terpilih memadai ternyata HERO terpilih insya Allah dapat meneuteralkan isu besar dan fitnah terhadap PM dewasa ini. Bukan susah mana kalau HERO datang... macam episode dlm TV. Cemas mana pun Hero lastnya akan menang jugak. Tentunya sudah difikirkan tindakan dan siapa nama mereka yg menjadi tanda tanya...

Cuma aku tertanya-tertanya siapa dikalangan mereka yg kita banggakan. Berapa ramai pulak sahabat aku diantaranya? Itu lebih membanggakan jika ramai diantaranya kalau sahabat aku sekalipun aku terpaksa melupakan koleksi kotak kurma. Masih belum pasti siapa sahabat yg terpilih. Yang boleh nampak dalam merata FB, Installgram dan lelain. Bukan main ceria dan kehebatan dalam itu gambar memang terserlah... itu kena kita akui kehebatan mereka... paling tidak harga jam mereka jer dah boleh samakan rega 20 helai baju kita pakai... hahaha kirang mampu?

Tak apa lah... insya Allah aku doakan mungkin dipertemuan lain akan ada rezeki bertemu sahabat sekalipun aku dah patut lupakan soal koleksi kotak kurma yg muncul setiap kali Ramadhan hadir...

Sepekara lagi mungkin melegakan yg amat-amat sangat. Anggap sahaja isu besar serta fitnah terhadap PM bakal selesai dalam sehari dua. Tak perlu nak berharap dengan troopers ntamuk nie sgt. Sebab banyak bunyi tuh. Lagi pun saf perang maya yg dah ada dah cukup kuat... dengan PMO nyer... UMBnyer... Presiden pun terbaik Ifdel ker apa namanya. Menteri pun tak kurang hensom, tu belum lagi PA. PENGAWAI KHAS. Troopers tersohor. Puteri Russia. Agensi-agensi dan sebagainya tengok gambar berselfie pun gerun amat terserlah dan amat-amat meyakinkan kita. Jangan risau isu negara dan PM sebenarnya mereka mampu selesaikan dalam tempoh 24 jam jer...

Terima kasih ler jasa kalian... 'Sekarang sudah aman' yang troopers usianya lebih separuh abad. Elok lah berehat... sekarang dah ada barisan saf perang maya yg lebih advance... hehehe boleh jugak tukar blog tu dari menjurus kepada politik ke blog jual kek atau baju kasut online... ada gak untungnya... jangan sampai dema tegor komer 'Hoi orang tua tak sedor diri'...

Hehehe... teman macam berminat jer jadikan blog utk jual lemang online... cuma tak jumpa buluh jer lagi... salam Ramadhon dan menyambut aidil fitri... maaf zahir batin... mai la rumah makan kokoi...

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND