30 Julai, 2014

LAMAN ISRAEL KENA HACK DENGAN MELAYU MALAYSIA


IDF atau Israel Defence Force di laman nya mengeluarkan kenyataan bahawa ada hacker yg telah menceroboh laman mereka sebagai admin. Kenyataan ini bagi menjawab salah seorang pengikut yahudi yg kecewa dengan jawapan dati persoalan yang dikemukakan. 

Kilyaowa Robert mengajukan mengajukan pandangan supaya umat gaza dapat dihapuskan dengan gandaan serangan sebaliknya admin IDF menjawab dengan mengatakan mereka Gaza @ Hamas begitu kuat sehingga serangan besar-besaran gagal mengugat gaza dan tidak mungkin dapat melenyapkan gaza dalam tempoh singkat. KIlyowa melahirkan kekecewaannya bila menerima jawapan tersebut dan bertindak   keluar dari menjadi pengikut kepada admin

Di penghujung komen IDF (hacker) juga menjawab dengan meyindir kepada Kilyowa dalam bahasa Malaysia... JANGAN TINGGAL DAKUUU..... 

Pendapat teman ianya orang ornag melayu kerana kalau dalam bahasa Cina atau India mungkin ianya bukan orang Malaysia. Lagi pun sejujurnya dua bangsa ini kurang nampak memperlihatkan sokongan menentang serta mengutuk kerja laknat Israel seperti Melayu di sini

Apapun dari satu sudut secara peribadi teman berpendapat berbangga keupayaan hacker tersebut boleh mengodam laman IDF dan percaya banyak lagi yg berkeupayaan seperti hacker tersebut. Lagi elok kalau serangan terhadap negara pembunuh ini dihack sevanyak mungkin dengan lebih effektif dan terancang bagi melumpuhkan media mereka supaya rakyat seluruh dunia boleh bersama mengutuk dan menyekat segala usaha Yahudi membunuh umat yg tidak berdosa dan dihukum atas apa sahaja yg telah mereka lakukan.

Dari satu sudut pula kita juga kena berhati-hati dan bukan berbangga dengan usaha hacker ini. Banyak pekara yg boleh menjadi persoalan... antaranya adakah admin IDF sengaja berbuat begitu kerana mahu melahirkan perasaan benci pengikut yahudi kepada rakyat Malaysia yg cukup jelas dimata dunia paling lantang menentang Israel. Malaysia juga dikala ini  menjadi tumpuaan kerana peristiwa hitam #MH17 dan apa sahaja pergerakannya menjadi tumpuan...


18 Julai, 2014

ALFATIHAH... GAMBAR-GAMBAR #MH17 TERHEMPAS AKIBAT DITEMBAK

Gambar-gambar di kejadian Boeng 777-200 #MH17 yg terhempas akibat ditembak oleh peluru perpandu di kawasan konflik pro Rusia dan Ukerine. Pesawat berlepas dari Amerstedam dikatakan hilang dari bacaan radar si kawasan konflik tersebut

16 Julai, 2014

PUJIAN RAKYAT FRANCE KEBERANIAN MALAYSIA TERHADAP ISRAEL

Teman tertarik dengan apa yg dikatakan oleh sahabat tentang bagaimana Malaysia mendapat pujian luar negara yg begitu berani menentang dan menafikan Negara Israel bukan baru tapi dah memang lama tercatit dalam apa yg ada dalam pasport antara bangsa milik rakyat Malaysia...

Tak dinafikan juga bila ada puak bengap roket yg kononnya mengatakan kononnya Malaysia terutamanya PM dan Menteri Belia dan sukan tidak mengendahkan nasib Rakyat Palastine di  GAZA tidak diendahkan bila ada tontonan perlawanan akhir bola piala dunia didataran merdeka tempohari... modal lapok dan paling bengap memperlihatkan sebenarnya mereka sebenarnya juga merupakan golongan berhati hitam sekutu Roket yg cukup jelas dengan rasis dan beridealogi komunis. Paling ketara kita dapat melihat bagaimana busuknya perut dan hati mereka sehingga sanggup buat fitnah tentang perjuangan kental Malaysia yg cukup perihatin dengan nasib Gaza. 

Bukan dia orang tak tau betapa malam tersebut saja ratusan ribu dikutip sekalipun program yg tiada kaitan pun soal israel. Buta ker mata tak nampak tabung dan mafla di leher PM dan menteri malah pengunjung yg hadir rata-rata membayangkan betapa simpati masih dihati sehingga kini....

Paling menarik tidak pulak mereka mahu memperkatakan betapa dari dulu lagi Malaysia sudah menafikan negara israel laknatulah bila pasport kita cukup terang menafikan negara Israel... semuanya bila teman menerima Whatsapps keluhan sahabat teman yg menyatakan alkisahnya memang kita dari dulu memang tidak sesekali iktiraf negara pembunuh israel jahanam... amin. Memang teman tabik la kat komer...

"Tiada Negara Seberani Negara Malaysia"

Ayat di atas bukan kata aku tetapi kata-kata dari seorang rakan berasal dari Sepanyol. Mengapa dia kata begitu? Ia bermula selepas dia membelek-belek passport aku dan dia terkejut bila dia terbaca,

"Passport ini sah digunakan di semua negara kecuali Israel"

"Eh, saya tak pernah melihat passport seperti ini. Malaysia benar-benar anti Israel. Saya boleh katakan tiada negara yang seberani Malaysia!" katanya.

Bagi rakan-rakan Palestin, kebanyakan mereka sudah tahu mengenai perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru mengetahui hal ini, berpusu-pusu merakam gambar dan kongsikan di Facebook. Menurut mereka, di Palestine, mereka tidak boleh menyebut nama Malaysia sesuka hati. Apatah lagi jika ada askar Israel berhampiran kerana mereka sangat-sangat sensitif dengan nama Malaysia. Namun, kebencian Israel terhadap Malaysia membanggakan warga Palestin.

Salah seorang rakanku dari Jordan mengatakan bahawa tiada satu pun dalam mana-mana passport negara Arab yang berani meletakan pengecualian sebegitu dalam passport. Ini kerana mereka takut dengan Israel. Tetapi Malaysia yang bukannya Arab berani dan kuat daripada negara Arab itu sendiri.

Dan yang paling aku tak boleh bila seorang rakan dari Libya mengatakan sesuatu yang agak keterlaluan bagi aku iaitu,

"Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tetapi dari Malaysia. Sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang Islam dari orang Arab sendiri."

Demi Allah yang memegang urat jantungku, ini semua bukan rekaan semata-mata tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika berada di Turki. Sedangkan orang Turki pun boleh kibarkan bendera Malaysia di kedainya, apatah lagi dengan kenyataan seperti ini?

 

14 Julai, 2014

SELAMAT HARI LAHIR SHAHMI, MARAH BENOR DEMA KAT SEKUPANG DUA WEH....



Marah benor dema dengan sekupang 2 yop... itu bila teman bergurau pada rakan yg meniaga di bazar Ramadhan di bulan posa, rega sekupang dua untuk beli cekelat jer.. Dulu besor nilainya, meawah beb... sekarang nie dah tak laku lagi dah duit sekupang... kekadang merata laman rumah jer boleh jumpa berkeping-keping duit sekupang...

Tapi bezanya dulu nilai sekupan tu besor yop, teman belanja pun dua kupang jer termasuk tambang bas pergi lima duit (5sen) balik lima duit... itu tahun 70an betapa sekupang dua cukup bernilai besar tak macam sekarang. sekupang sudah boleh beli laksa atau Mee dikantin sekolah...

Tingkatan 1 hingga 3 teman dah mula berniaga Ais batu, semalam bila teman tengok anak lelaki teman berniaga menjual kuih raya hasil keluaran keluarga CLASSIC COOKIES KETUK-KETUK RAMADHAN nampak sangat lah betapa mudah tak macam teman sebaya dengan dia sekarang.
letak jer meja dan cookies... lepas tu tunggu jer pembeli..


Zaman teman tak boleh buat macam tu, masa berniaga kena guna suara memujuk orang beli... bukan setakat itu saja, persiapannya  sebulan sebelum puasa sudah mula sedikit demi sedikit dengan kengkawan mula kutip abuk kayu di kilang papan yg berhampiran, kekadang sampai dekat 7 ke 8 guni stok abuk papan atau pun abuk kayu dah tersimpan

Habuk hasil ketam kayu dikilang ini digunakan untuk tujuan dilumurkan ke ais supaya ais dapat bertahan, Ais pulak datang dalam blog besar dan dikerat sehingga sekecil 2 biji batu bata saiznya, harganya pun cuma 20 sen satu, ais yang diambil dari kilang diambil guna basikal jer, ais diikat dibelakang dengan getah tiub basikal... manakala nak memotong pulak kita guna gergaji balak atau pokok manual... hahaha

Apa pun seingat saya akan berbelanja mewah masa raya sebab di tangan sudah ada untung setiap seorang dalam RM 20 ke RM30 dalam poket tak termasuk duit raya lagi tu, zaman tu kalau RM 10 pun kira dah besar gila weh... macam orang kaya tu... kalau main pinball kat jublee park pun baru 10 sen jer pun...  heheeee

Ketuk-ketuk Ramadhan Classic Cookies...
Hari ini genaplah umur anak lelaki ku berusia 17 tahun, selamat hari lahir Abang @ Muhammad Shahmi, moga abang berjaya dalam usaha berniaga dalam bulan Puasa dengan jadi Agen penjual Biskut Raya Ketuk-ketuk Ramadhan Classic Cookies, nanti boleh simpan buat cerita untuk anak-anak Abang nanti yer...  
Semalam cukup jam 12 tengah malam dapat hadiah tepung ke muka 

13 Julai, 2014

ALFATIHAH... SERANGAN LANUN DISABAH! ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN?

Terkini berita yg diterima menyedihkan. Ada anggota leselamatan yg dikatakan terkorban angkara Lanun atau pun pengganas dari Philipina seperti peristiwa hitam sebelum ini di lahat datu yg membabitkan pengganas sulu. Apa pun kita tunggu tindakan dan hebahan yang lebih terperinci. Apa pun disini teman butirkan maklumat yg diterima..

Al-fatihah..
Anggota esszone / RH 40

01). Kpl 151279 ab.rajah b. Jamuan ( d tembak )
-32 tahun
-Islam
-Berkhwin
-Isteri - salamah bti amad
-Tempat betugas sblm - ppm kg acheh
- Jwtn k63 skrg - jurumudi kpl rondaan air 1, (6) balai polis pu mabul
- alamat - kg Bubul batu 2 smporna sabah.

02. Konst 176543 zakiah bin aleip 
- 26 tahun
- bajau
-islam
- berakhwin ( 1 anak )
- isteri - sharifah erna bti berson
- tempat betugas sblm - ppm w1 p.pinang
-Jwtn skrg konst radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan ( marin ) balai polis pu mabul.
- alamat kg. Sambah tengilan tamparuli sabah.
Takziah buat anggota yg gugur tadi di semporna..beliau sempat membalas tembakan namun gugur di Medan pertempuran
Innalillahi wainnalillahi rojiun... 

Pada 12/07/2014 jam lkurang 2310hrs Asp Safardi Samad , Pegawai Marin Semporna terima maklumat awal drpd Ketua Botronda RH40 Sjn Jeffridin Bin Harun berlaku serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang ke atas kedai makan dan pejabat reception di Jeti Smart Water Bungalow, Resort, Pulau Mabul, Semporna (.)
Saspek disyaki 8 org yang berpakaian gelap, seluar celoring ,muka bertutup dan bersenjatapi jenis Calibrre 7.62 ( kelongsong peluru yg bertaburan) .

 Maklumat mendapati (2) anggota Polis Marin ESSZONE Nama : (1) Kpl Rajah Bin Jamuan (2) Konst Zakiah Bin Alip pada ketika itu sedang makan di tempat kejadian dimana serang hendap berlaku.Manakala sebuah botronda Polis Marin RH 40 berada dijeti yg berhampiran dgn tempat kejadian juga menjadi sasaran. 2 anggota termasuk Sjn Jeffridin yg berada di botronda RH40 sempat mengambil perlindongan.

Kumpulan saspek di syaki datang daripada arah Filipina yg bergerak secara perlahan dari arah belakang ke lokasi dan mungkin naik kepelantar atau berada diair yg surut dan terus serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang (.) 
Semasa kejadian saspek2 telah melepaskan sekurang2nya (10) das tembakan rambang kearah jeti, botronda RH 40 termasuk kedai makan dan pejabat reception. 

Apabila keadaan reda pemereksaan dibuat olih Sjn Jeffridin yg berada dibot pada waktu kejadian mendapati 2 anggota Polis Marin spt nama diatas telah hilang . Usaha2 mengesan dilaksanakan dan menjumpai mayat Kpl Rajah bin Jamuan berada dibawah jeti tempat kejadian. Manakala seorang lagi hilang samaada di culik atau .....masih dicari.
  
Rumusan.......8 orang suspek2 berlatarbelakangkan komando atau militan tidak bolih dipandang rendah/ringan dan mereka akan senantiasa masuk keperairan juga pulau2 atau daratan untuk membalas dendam kpd penguatkuasa kita atau mencari mangsa untuk mendapatkan wang (ransom)
Kemungkinan terdapat kelemahan kita dan leka atau tidak siapsiaga mendorong pihak musuh mencari kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak bolih dijangkakan.
Saya akan berbincang dengan Pengarah Operasi Esscom dan perkara2 kelemahan akan dikaji dan dijadikan iktibar supaya usaha2 memantapkan lagi penugasan secara total akan dibuat tanpa kompromi.
Urusan keatas mangsa (aruah) akan dibuat dengan penuh penghormatan dan terbaik.
T.kasih dan salam hormat dari CP Sabah.


11 Julai, 2014

BANDAR UTAMA KEBAKARAN SEBENTAR TADI (9 AM)

PETALING JAYA: A fire broke out in 1 Utama Friday morning, causing a traffic crawl along the nearby Damansara-Puchong Expressway (LDP) as curious motorists slowed down to watch the large plume of smoke rising from the shopping centre.A 1 Utama spokesman, when contacted, confirmed that there was a small fire at the Food Republic food court in the new wing of the shopping mall."We can confirm there was a small fire originating from the kitchen of one of the stalls at Food Republic.

The fire did not spread and was extinguished soon after."She said no one was hurt in the incident, and the mall opened for business as usual at 10am."The management is waiting for a report on the cause of the fire and will conduct an inquiry into the matter," she added.

A spokesman from the Damansara Utama Fire and Rescue Department said the fire had already been put out by mall staff when firemen arrived at the scene at 9.30am."The fire could have started because the exhaust fan could not fully absorb the flames from a grill located in the kitchen," he said.

06 Julai, 2014

IKTIBAR : KENAPA SANGGUP PANCUNG / SEMBELIH DENGAN KEJAM TANPA PERI KEMANUSIAAN



SEMBELIH, POTONG KEPALA, CERAIKAN ANGGOTA BADAN DAN BANYAK LAGI... MUHASABAH & AMBIL IKTIBAR : KENAPA MANUSIA SANGGUP PERLAKU DILUAR BATAS NORMAL KEMANUSIAAN DAN MEMBUNUH DENGAN KEJAM?

AWAS : JANGAN TENGOK KALAU ALAH ATAU TAK TAHAN DENGAN AKSI KEJAM DAN NGERI NIE... (VIDEO)

Teman pernah terlibat skuad membongkar beberapa kes BENAR kejadian seperti begini terutamanya di negara di Asia Barat, Afrika dan lain-lain negara yg dalam zone peperangan serta rampasan kuasa...

Dalam siri membongkar memang ada kes kita akan menghantar unit membantu (united nation) yg kebanyakannya dari unit unit khas termasuklah unit komando elit kita kesana. Selain misi pengaman kita juga tak lari dari misi menyelamat...
Pernah menemuduga seorang anggota unit Paskal berpangkat letenan komander (sekitar tahun 2000 lepas) mengambil kesempatan ini juga teman ajukan persoalan ini... 

KENAPA SESAMA BANGSA DAN UGAMA DIANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUNUH DENGAN KEJAM TERMASUK KANAK-KANAK, ORANG TUA SEHINGGA BAYI DIDALAM DUKONGAN IBU TANPA BERPERI KEMANUSIAAN?

BEGINI JAWAPANNYA : Bila antara mereka berbalah dan berpuak sebab pengaruh dua pihak maka kesannya yg membuat nilai peri kemanusiaan itu hilang...
Semuanya bermula bila satu kumpulan yg cuba mengheret negara kekancah peperangan. Mereka yg buat huru hara, berbalah, demonstrasi, menjatuhkan kerajaan yg sedia ada atas haloba pemimpin mereka, berbalah dan bermusuh, perhimpunan haram, melibatkan kuasa asing (US, Rusia DAN LAIN-LAIN) 

Semuanya kerana kepentingan seseorang yg terdesak dan bagi dia boleh membolos dan seterusnya menjadi pemimpin utama negara.
Mereka mengheret negara ke ambang peperangan, kehancuran dan kemusnahan keamanan yg sedia ada... mereka tidak pentingkan nasib rakyat malah menghasut serta memfitnah bagi negara diheret kekancah peperangan dan tentunya mengundang kuasa luar campur tangan.

Pelbagai nasihat dan kesan yg telah diperjelaskan jika negara teibat dalam episod rampasan kuasa... HAKIKATNYA nya... TIADA NEGARA AKAN AMAN DAN MAKMUR JIKA KERAJAAN BARU DIBINA DARI RAMPASAN KUASA...
Mereka ini degil dan tidak memikirkan keamanan serta kemakmuran yg sedia ada...Setiap kali satu demi satu perancangan diadakan utk menumbangkan kerajaan yg ada...
Akhirnya bila negara hancur dan jahanam maka mustahil keamanan dikembalikan. Sebaliknya untuk kembali aman tidak sesekali akan bakal dikecapi... kebuluran, kematian, kehancuran bakal kekal...

Anda silap kalau katakan ia begitu kejam... mungkin ada juga kes lain yg tak sama dengan tujuaan atau sebab seperti kami... kejamkah kalau anda ditempat kami? Tidak ada yg arahkan supaya begitu lakunya...

-Bagaimana pula mereka yg jadi punca negara bergolak?
-Bagaimana dengan kemusnahan rumah kami
-Bagaimana negara kami yg hancur yg pastinya tiada lagi keamanan.
-Bagaimana dengan kampung, masjid, sekolah, hospital dan lain-lain yg kami ada hancur dan musnah
-Bagaimana Orang tua, ibu, Bapa, anak-anak, ternakan malah anak dalam buaian mereka bunuh
-Bagaimana pula mereka yg cacat dan hilang anggota akibat peperangan yg dicipta mereka
-Bagaimana nyawa puluhan ribu yg tak berdosa terbunuh?
-Bagaimana mereka sanggup bersengkongkol tanpa memikirkan negara dan jiwa musnah...

Kerana agenda dan hasrat jahat mereka sebagai pengkhianat agama dan bangsa yg hancur dan musnah kerana mereka....
Negara jangan mimpi lagi akan aman... semuanya kerana mereka... Maka atas inilah juga mereka sebagai pengkhianat dan punca kehancuran... jadi tidak hairanlah mereka sanggup berbuat demikian (pengkhianat) 

WAJAR LAH MEREKA MENERIMA NASIB YG SAMA DAN DIBURU HINGGA KELUBANG CACING...
WALLAHUALAM... SEKADAR RENUNGAN. JANGAN GADAIKAN NEGARA, AGAMA DAN BANGSA... KITA AMBIL SEBAGAI IKHTIBAR... AMIN...

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND