26 November, 2015

KHAS UTK TATAPAN PEJUANG MAYA, SPIN LAGI... KONONNYA PAU KALI NIE TERTUTUP TANPA WARTAWAN?


Naib Presiden merangkap timbalan perdana Menteri hari nie menafikan kononnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini telah ditetapkan akan diadakan secara tertutup tanpa wartawan luar (agen pembangkang). katanya lagi Majlis tertinggi UMNO (MT) belum lagi memaklumkan kepada beliau tentang cadangan ini dan belum pun bersidang (MT) untuk buat keputusan atau tindakan. nampak sangat jenih talibarut komunih yang  sentiasa mendapat laluan mudah masuk keluar dewan ikut suka pak mak dema jer, malah dah lama bloggers menyuarakan kenapa wartawan seperti MK dan sekutu harbik roket boleh mendapat pas MEDIA untuk berada didalam dewan yang bersidang dan urusetia tercari-cari siapa yang memaparkan apa saja yang boleh diburukan dalam dewan untuk dihebahkan, malah kalau tersasul sahaja maka ianya pasti jadi headline dan berita panas untuk dispin diakhbar, majalah harbik, dimaya dan portal setiap kali bersidang PASTI ada keburukan yang akan diadakan untuk pandangan masyarakat luar supaya ianya memualkan rakyat.

Tengku Adnan juga secara jelas perkatakan sebenarnya apa yang telah berlaku semasa ditemuramah yang disiarkan diberita TV3 jam 8 tadi, cukup jelas dia katakan MT belum pun buat keputusan dan media sudah mengatakan akan dilaksanakan. nampaknya cukup jelas kita tau wartawan jenis spesis tembolok roket nie dah mula spin walaupun PAU belum bermula. atau harbik roket nie merasakan peluang kali ini agak tipis untuk mereka jadi syaiton setiap kali dalam PAU mungkin terlepas...



Sedang  teman tercari-cari gambar yang pernah teman paparkan merupakan Tag Media yg teman buat guna kertas A4 satu ketiaka dahulu, seorang sahabat yang juga diantara menjadi melagut luar dewan bersama teman memaparkan dalam laman FB beliau, jadi teman pinjam ler gambor nie dari Dwan Junid RMF (KLIK). dia juga bersama teman ketika ini bila kami sebagai bloggers bebas yang jadi ahli UMNO, mengundi BN dan UMNO pun kena duduk diluar dewan kerana tidak ada tag MEDIA yang membolehkan kami masuk dewan utk tujuan mencari bahan atau cerita untuk diposting dalam blog kami (ketika itu FB tak popular seperti sekarang) Cuba bayangkan wartawan portal yg kuat memfitnah dan spin apa sahaja menjadi burok bagi pandangan masyarakat boleh keluar masuk ikut suka mereka kerana TAG MEDIA dan keistimewaan sebagai wartawan yang dilayan dengan istimewa oleh pihak urusetia sendiri... bukan sahaja TAG, Jaket Media malah bilik yg berhawa dingin disediakan untuk tujuan siaran fitnah mereka.

Gambar (TAG MEDIA) ini sebenarnya ada cerita disebaliknya, sebenarnya teman dan rakan bloggers yang lain terutama perak cyber Troopers (PCT) memang nekad akan pakai TAG MEDIA yg kami buat nie bagi memperjuangakan nasib bloggers seperti kami yang sudah tentunya berdarah UMNO yang dilupakan dan dinafikan hak perjuangkan kami. tag ini sebenarnya sebagai sindiran kepada urusetia yang lansung tak ambik kisah tentang kami yg tak sapa pun bayar...

Seorang bloggers otai sdr Azri akhirnya memaklumkan kepada kami bahawa disaat akhir hampir ke hari perhmpunan PAU 2014 terkial-kial menyiapkan sebuah bilik dari plywood untuk menempatkan bloggers bebas sperti kami dalam masa yang suntuk. akhirnya perancangan untuk memakai TAG MEDIA nie tidak diteruskan walaupun aku dan Dwan Junid masih tidak dapat tag media yang kononnya disediakan untuk bloggers, peristiwa PAU 2014 nie sehingga sekarang masih lagi dalam ingatan, dan aku masih lagi menyimpan TAG yang aku lakarkan ini kerana nekad akan pakai balik jika urusetia masih pekakkan telinga dan rabunkan mata ataupun memang jenis bongap dan lembab. bagi aku dan Dwan sudah boleh terima sekali pun kami tak dapat masuk tetapi ada bloggers lain yang dapat masuk kedalam dewan sebagai petugas MEDIA atau wartawan blog atau portal masing-masing... ianya boleh di Ampunkan   

Agak mengejutkan jugak bagi kami keraan bila masuk kedalam bilik tersebut lansung tak kenal kebanyakan bloggers yang ada terutama yang tersohor atau yang otai dalam berblogging. banyak yang tak peronah nampak muka pun sebelum nie, mungkin yang otai dah hilang selera nak harap mimpi yang dah tak larat nak mimpi. apa pun tak kisah bagi kami kerana ianya dilihat sebagai kejayaan sebagai hak bloggers tidak dinafikan...



Isu ini dah lama teman bangkitkan... setiap kali PAU akan bermula maka setiap kali itu teman akan menulis pekara yang sama seolah bersembang dengan orang pekak, tunjuk gambar pada si rabun... bermula tahun 2011 lagi teman dah menulis tentang isu nie, setiap kali juga akan dapat dilihat dikaca TV bagaimana wartawan diberi taklimat dan ditunjukan semua kemudahan yang disediakan seperti bilik berhawa dingin, tag media, jaket media yang berwarna merah biru, kemudahan WIFI, makan minum, tenaga elektrik untuk  kemudahan pengunaan caj laptop atau kamera dan bamyak lagi. sementara pejuang maya yang cukup jelas memperjuangkan UMNO  sekadar melopong dan nadi yang sepantas 400kn sejam melihat layanan istimewa yang ditayangkan disiaran tv termasuk lah yang bakal dikecapi mereka yang melapokan fitnah, spin apa saja yang boleh malah cukup jelas menjadi agen kepada roket yang sekarang secara terang berhasrat menjatuhkan pimpinan tertinggi serta mengapankan parti UMNO itu sendiri...

Beberapa posting atau artikel yang pernah dipaparkan sekitar 2011 yang pernah teman posting disini (KLIK SINI) dan (SINI). bukan sahaj teman malah rakan seangkatan juga berbuat begini demi melahirkan kerisauan kerana ketirisan dan kesilapan urusetia yang berterusn, teman dan rakan-rakan bloggers perak (PCT) juga nekad aka teruskan perjuangan ini demi maruah bloggers yang menjadi pejuang maya walau dimana sekali pun. malah resolusi kami juga berharap kenapa tidak wakil bloggers bebsa tidak diberikan besuara kalau tidak dalam dewan diluar dewan dipentas ceramah bebas yang diadakan... 

tak kan korang tak ingat mana perginya sicantik manis yang kononnya kehebatan beliau diangkat dan disanjung dan diberi bersuara dalam dewan keramat perihal bloggers, tak paham apakah kerana dia sebagai bloggers yang seriang diserang dari segi mental dan fizikal serta tindakan turun naik makamah kerana memperjuangakan kebenaran yang diangkat sebegitu tinggi dan diberikan keistimewaanbegitu sekali... duit tiket atau tambang kapal terbang dari luar negara untuk ke tanah air serta elaun dan sebagainya lebih dari cukup menampung makanan ringan dan air minuman kosong untuk semua bloggers yang menumpang bilik rakan-rakan macam sardin dan bertonggok ditepi bucu dinding dan ruang legar jalanan hanya kerana mahu dapat cerita untuk disiarkan dalam blog masing-masing secara marhain...hanya sayangkan UMNO dan sebagai saf perjuangan maya.

persoalannya apakah kesannya bloggers dari russia dah berbakti kepada parti yang diagungkan? sepatah haram aku tak paham bahasa russia yg dia banggakan...

24 November, 2015

MUKA AGEN YAHUDI YG GUSARKAN RAKYAT MALAYSIA SEMASA PWRHIMPUNAN ASEAN

KUALA LUMPUR - Sewaktu ramai yang mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di atas kehadiran Barack Obama ke Malaysia, mungkin ada antara kita yang tidak tahu mengenai perjumpaan khusus antara Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan 10 wakil pertubuhan sivil yang diadakan pada 27 April 2014 lalu.

Antara pertubuhan yang terpilih adalah  Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters In Islam (SIS) hadir bersama-sama wakil Bersih 2.0, Empower dan Tenaganita. Datuk Ambiga Sreenevasan juga turut hadir pada ketika ini mewakili HAKAM.Selain itu, turut diundang dalam perjumpaan khusus itu ialah dua wakil Kristian, Tan Sri Murphy Pakiam dan seorang lagi dari Majlis Gereja Malaysia (CCM), manakala dua pertubuhan lain yang turut hadir ialah Suhakam dan Majlis Peguam.SIS, Empower dan Tenaganita merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini.

CCM pula ialah pertubuhan yang dinaungi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang turut merupakan ahli gabungan Comango.Ketua Comango, Honey Tan turut hadir malam itu, selain penganjur Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Untuk yang tidak tahu, Bersih 2.0 sememangnya menerima dana dari AS.Ambiga mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI).

Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS.Badan-badan ini memang menerima dana khas daripada Amerika seperti, IRF, SUARAM, Malaysiakini, Lawyers for Liberty dan ahli-ahli dalam COMANGO.Demi melaksanakan hasrat AS menjadi sebuah kuasa imperial, maka Amerika Syarikat telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) Freedom House, Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai, melatih, membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka.

Tahun ini. Obama sekali lagi membuat perjumpaan tertutup bersama wakil-wakil pertubuhan sivil ini, dan seperti biasa yang hadir ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Ambiga selaku wakil Negaraku, Cynthia Gabriel, Nisha Ayub, Justice for Sisters Group, juga kelihatan, Premesh CEO Malaysiakini. Mereka-mereka ini jika kita ingat berada juga dalam koalisi COMANGO dan juga BERSIH.

Ini belum kira wakil Malaysia lain yang turut hadir seperti Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru, Pengerusi IDEAS Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, dan Pengarah Eksekutif Good Shepherd Teresa Symons.Pegawai AS yang hadir pula ialah Penasihat Keselamatan Susan Rice, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Benjamin J. Rhodes, Duta Amerika Syarikat Joseph Yun, dan Daniel Russel Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Timur dan Pasifik.

Nama-nama yang hadir pada tahun ini adalah nama yang tidak asing. Bila dilihat kembali, pertubuhan-pertubuhan inilah yang paling terkehadapan mahu meruntuhkan institusi Islam. Tolak hukum hudud lah, tolak negara Islam lah, iktiraf hak LGBT lah, kutuk khutbah Jumaat lah.

Dan macam-macam lagi.Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bijak, saya ingin mengajak anda semua berfikir, supaya tidak dicaturkan dalam permainan politik dunia hari ini.Apa salahnya duduk sebentar, kenal dulu siapa rakan-rakan politik anda ini. Bayangkan jika Obama sendiri tanpa ragu, boleh bersemuka menghadap mereka. Sudah tentulah mereka bukan musuh.Bahasa lebih tepat, mereka adalah proksi Amerika Syarikat dalam menjalankan agenda imperialisme mereka ke Malaysia.

Namun kita masih lagi hanyut dimomokkan kononnya Najiblah yang menjadi dalang kehancuran negara, sedangkan hakikatnya bukan begitu.Mereka dah menyerang kita dari segenap sudut.
Tak kan kita masih tak perasan lagi?

Sumber : http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/19-semasa/8502-proksi-sebenar-amerika-akhirnya-diketahui.html

17 November, 2015

MANA JAKIM? DAH TAKDA AKAI KA BEER HALAL UTK ORANG ISLAM?


Aparah nie... ? Kebulor sangat ker nak merasa Bir? Dah takda nama lain ker nak kaitan dengan bir? Kalau dah produk tu baik tak payah lah nak bagi kenyataan macam org Islam kebulor sangat mentedarah bir... 

Samalah macam vape yg kononnya merupakan sama atau boleh memulakan merokok. Korang mrlompat tak tentu pasal. Nie lagi teruk yg dah terang nas dan hadis haramkan arak... yg beriya benor nak buat arak halal apa hal pulak...

Lepas nie apa pulak? 
Judi yang halal?
Rasa babi yg halal?
Aparah....
 Jakim dah bagi kenyataan tak sokong atau iktiraf produk nie.acamana pulak badan yg lain utk sekat terus. kita kena tunggu jakim ambil tindakan lebih berat terhadap isu nie... jangan bagi ruang. Kita pulak sokong sebelum diambil kesempatan oleh mereka yg memang nak sesangat spin dan viral

secara peribadi teman tak gemor dan tak setuju tentang publisti yg dikeluarkan oleh dema tentang produk dari iran nie, apa kejadahnya nak menyebut pasal kaitan rasa dengan bir yg telah pun diharamkan. sedarkah dia negara nie sejak azali orang Islam dah menolak arak kerana hukumnya. Apa lagi yg dia banggakan malah nak bagi sangat rasa bir tu urk orang islam ker? Takda sapa kebulor lah...

Ater mana dema tau rasa yg sama dengan bir kalau tak merasa? Dah takda lagi ker rasa yg boleh disamakan dan dihalalkan selain rasa arak? Tak sapa sior lah togok arak. Apa alasan guna perasa arak? Atau nak bagitau sapa Yg nak berenti minum arak boleh guna kaedah atau air nie. Apa ka banggangnya arak tu bukan pasal rasalah tapi part mabuk tu yg buat ramai minumnya....

nampaknya jika tak dibendung ianya juga merupakan punca yg membolehkan umat islam kearah meminum arak... mana tidaknya bila dah biasa dan tau rasa bir dah boleh lah cuba yg bir ori, lagi punacam dia orang kata halal sebab tak mabuk, jadi kalau togok bir ori pun kalau tak mabuk pun kira halal ker jugak?

Jangan tambah kemarahan umat Islam dinegara nie dan dunia. Jakim kena bertindak dan jangan bior semata-mata utk strategi marketing dengan publisiti begini yg memguntungkam dema. Dah tentu ada spesis roket yg menunggu utk spin isu sebegini utk diviralkan atau lebih tepat lagi bullet utk perpecahan umat islam. Jika dibiarkan alpa buat noheng macam tak kisah amenda tak selesai. Sebaliknya berkoyon-koyon lagi bergunung menambah marah yg dihalakan kepada kerajaan dan negara. Dema buat taik kita pulak kena menanggung... sudah-sudahlah buat rakyat menambah benci dengan perlakuan segelintir jenih nie yg pentingkan tembolok dema jer... ada dema kesah rosaknya akidah umah... tak kira la sapa dibelakangnya... besor mana pangkat dia... bagi teman ini kerja haram jadah...

tah apa lagi lepas? Makanan perasa babi yg halal?

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND