20 Mei, 2021

MEMBANTU BIAR SENYAP BUKAN UTK MENDABIK!


 

BANTU DAN SENYAP : Bantulah Palestin tapi ikutlah Cara sahabat Nabi... senyap sesenyapnya 


Puak Yahudi lama dah secara senyap membantu rangkaiannya diseluruh negara dengan dana dan bermacam lagi secara senyap termasuk dinegara kita pun tidak terkecuali, sehingga sekarang penerimanya pun kunci mulut walaupun kita telah didedahkan bila yahudi sendiri muncul mengaku dan meraikan kejatuhan negara satu ketika dahulu. 


Malah mereka menutup semua liang yg ada sehinggalah terbongkar oleh yahudi sendiri, sebab apa? Sebab mereka kini menuntut segala jasa mereka dengan apa yg telah dibayar oleh mereka selain melebarkan kuasa dan bermegah dgn hasil yg mereka perolehi.

Bezanya mereka mahu melebarkan rangkaian freemansion dan soldadu dajjal sebagai persiapan utk akhir zaman atas kepercayaan mereka, apa lagi dgn kepercayaan kitab mereka dgn kemunculan Bani Ta’min sebagai sasaran kebangkitan. 


Kita juga patut malu bila kita sendiri yg berkokok dan menjahanamkan segala usaha sumbangan Negara Arab utk kita mempertahankan syiar islam dan kini semuanya dihancurkan kita sendiri. Malah mempersendakan dgn kata bagai Arab gila pun tak sanggup buat macam tu. 

Dari zaman nabi lagi islam sudah dah buat. Para sahabat menderma sehingga segala harta yg ada demi utk perjuangan islam. Tak kan cerdik pandai tak tahu cerita dan kisah nabi dizaman Rasullulah Nabi Muhammad saw. 

Lagi pun Ikhlas itu ibarat ‘seekor semut hitam yg berjalan diatas pasir hitam dimalam yg gelap’ tak perlulah nak mendabik dada dan riak dgn hasil yg kita supaya semua tahu termasuk puak Zionis tahu segala perancangan kita demi membantu perjuangan saudara ummat Islam yg sedang dizalami oleh zionis. Bukan utk bermegah-megah dan bangga 


Biarlah yg memberi rasa ikhlas itu tanpa sebarang rasa curiga apatah lagi kita pun tahu dua puak Fatah dan Hammas yg sdg berjuang di palestine tidak merasa kurang dan lebih dipandang atau dihargai. Wang ringgit ni boleh merubah segala hasrat dan niat sebenar tujuan kita 


Lagi pun bila kita hebah byk yg nak konon sukarela tukang kutip, dah pulak timbul soal duit yg tak sampai. Ada yg hebah ada pulak yg senyap sebab tak nak berjawab, bukan kita takda NGO yg dah berbelas tahun turun membantu palestine selama ni. 

Senyap dan pastinya perjuangan Fisabillilah mereka tetap hidup dan berterusan dgn bantuan seluruh ummat islam didunia nyatakan sokongan dan terus membantu perjuangan palestine selagi kita mampu dgn ikhlas. Carilah tempat yg kita dah tau perjalanan sumbangan dari mereka yg megah seolah sebab usaha mereka dan kejayaan kononnya atas usaha mereka. 


Soal kita dgn palestine bukan baru. Sudah 17 tahun kita menyalurkan dana kepada mereka dan atas sebab itulah nama Malaysia disebut oleh pejuang sebagai penghargaan. Berapa banyak? Berapa lama? Apakah jenis sumbangan? Yang penting kita terus membantu dan tak perlulah kita sebarkan jumlah. Utk apa dan utk siapa kita perlu umum? 

 #SafePalestine 

 #BangkitIslam 

#FreePalestine

13 Mei, 2021

AIDIL FITRI : BERDOA DITEPI PAGAR PERKUBURAN DEMI SOP

 


GARAM DAN CUKA DI AIDIL FITRI. 

 ‘Mereka yg berjiwa Ikhlas dan Golongan yg Berjaya adalah mereka yg akui kesilapan dan berusaha membetulkan, manakala Golongan Riak dan takkabur adalah dari Golongan mereka yg katakan mereka yg Betul walaupun berpuluh kali Gagal dan yg lain pula sangat Terkesan’ Kejadian pagi Aidil Fitri pagi ini bagai luka yg terhiris dan disirami Cuka dan Garam... siapa sangka disat usia hampir 60an Allah swt pertontonkan buat aku... 

 Jam 8 pagi : Aku binggung bila kedengaran suara dari Masjid sudah memulakan sholat Aidil Fitri... Ringkas dan pendek. Selesai dalam beberapa puluh minit. 

 Jam 8.20 pagi : Alu melihat lagi di pintu pagar utama Masjid begitu ramai berpusu-pusu sedang menunggu, yg muda dan yg tua tabah menunggu giliran. Baru aku paham kenapa Awal sholat sunat Aidil Fitri diadakan Rupanya sholat Aidil Fitri dilakukan ikut berperingkat. Ikut giliran, difahamkan hanya 50 jemaah sahaja dibenarkan walaupun Masjid berupaya menerima jemaah seramai 500 sekali berjemaah tegas cara mengikut penjarakan dan SOP paling ketat. 

 Dan sebab itulah kenapa pakcik-pakcik yg berdiri diluar pagar kental bertahan menunggu gilir. Jam 

9 pagi : terasa sangat-sangat Pedih bila melihat seorang lelaki bersama anak kecil ditepi luar pagar, Muka dan matanya bertumpu sepasang batu Ninsan didalam pagar tanah perkuburan tersebut. Lebih meruntun jiwa bila dia sedang mengangkat kedua belah tangannya sambil berdoa untuk seseorang yg dikasihinya yg telah dikebumi didalam kawasan pagar kawasan kubur tersebut. 

 Tidak diketahui siapa yg dia cuba buktikan kasih sayang nya terhadap simati? Adakah isteri tercinta bila anak kecil disisinya yg dibawa bersama? Adakah Ayah, Ibu, Anak atau saudara maranya? Wajah kesedihannya sukar buat aku meneka tetapi aku dapat rasakan seperti kehilangan seorang isteri tercinta. 


 Kenapa perlu jadi begini? Kita bukan ada satu tetapi lebih 70 Pak berkuasa yg sepatutnya paling cerdik memimpin dan mentadbir Negara. Tidak kah terfikir apa yg akan terkesan sebelum kita mengubal arahan ketat utk rakyat? Sayunya rasa bila melintas Kawasan Kubur yg sunyi sepi lengang tiada pun manusia yg hidup sedang menziarahi kecuali seorang bapa dan anak ini. Apakah keangkuhan atau kegagalan yg ada terpaksa kejam utk menutup segala sifat yg baru berjinak dijiwa mereka? 

 Buat semua sahabat teman... Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Teman mohon Maaf segala kesalahan dan keburukan yg tidak disenangi sepanjang kita saling mengenali, doakan utk teman supaya tidak terjebak sifat seperti ini. In sha Allah 

Allahuakbar 

Allahuakbar 

Allahuakbar Walilla ilhamd.

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND