GARAM DAN CUKA DI AIDIL FITRI.
‘Mereka yg berjiwa Ikhlas dan Golongan yg Berjaya adalah mereka yg akui kesilapan dan berusaha membetulkan, manakala Golongan Riak dan takkabur adalah dari Golongan mereka yg katakan mereka yg Betul walaupun berpuluh kali Gagal dan yg lain pula sangat Terkesan’ Kejadian pagi Aidil Fitri pagi ini bagai luka yg terhiris dan disirami Cuka dan Garam... siapa sangka disat usia hampir 60an Allah swt pertontonkan buat aku...
Jam 8 pagi : Aku binggung bila kedengaran suara dari Masjid sudah memulakan sholat Aidil Fitri... Ringkas dan pendek. Selesai dalam beberapa puluh minit.
Jam 8.20 pagi : Alu melihat lagi di pintu pagar utama Masjid begitu ramai berpusu-pusu sedang menunggu, yg muda dan yg tua tabah menunggu giliran. Baru aku paham kenapa Awal sholat sunat Aidil Fitri diadakan Rupanya sholat Aidil Fitri dilakukan ikut berperingkat. Ikut giliran, difahamkan hanya 50 jemaah sahaja dibenarkan walaupun Masjid berupaya menerima jemaah seramai 500 sekali berjemaah tegas cara mengikut penjarakan dan SOP paling ketat.
Dan sebab itulah kenapa pakcik-pakcik yg berdiri diluar pagar kental bertahan menunggu gilir. Jam
9 pagi : terasa sangat-sangat Pedih bila melihat seorang lelaki bersama anak kecil ditepi luar pagar, Muka dan matanya bertumpu sepasang batu Ninsan didalam pagar tanah perkuburan tersebut. Lebih meruntun jiwa bila dia sedang mengangkat kedua belah tangannya sambil berdoa untuk seseorang yg dikasihinya yg telah dikebumi didalam kawasan pagar kawasan kubur tersebut.
Tidak diketahui siapa yg dia cuba buktikan kasih sayang nya terhadap simati? Adakah isteri tercinta bila anak kecil disisinya yg dibawa bersama? Adakah Ayah, Ibu, Anak atau saudara maranya? Wajah kesedihannya sukar buat aku meneka tetapi aku dapat rasakan seperti kehilangan seorang isteri tercinta.
Kenapa perlu jadi begini? Kita bukan ada satu tetapi lebih 70 Pak berkuasa yg sepatutnya paling cerdik memimpin dan mentadbir Negara. Tidak kah terfikir apa yg akan terkesan sebelum kita mengubal arahan ketat utk rakyat? Sayunya rasa bila melintas Kawasan Kubur yg sunyi sepi lengang tiada pun manusia yg hidup sedang menziarahi kecuali seorang bapa dan anak ini. Apakah keangkuhan atau kegagalan yg ada terpaksa kejam utk menutup segala sifat yg baru berjinak dijiwa mereka?
Buat semua sahabat teman... Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Teman mohon Maaf segala kesalahan dan keburukan yg tidak disenangi sepanjang kita saling mengenali, doakan utk teman supaya tidak terjebak sifat seperti ini. In sha Allah
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar Walilla ilhamd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan