MENYELUSURI ALMUBARUK, MENGERTI RAMADHAN MENGHAYATI SYAWAL
Teman kali nie nak cerita apa yg telah teman rancang sepanjang Ramadhan dan laksanakan semasa Syawal. Mungkin kita boleh berkongsi dengan sedikit pengorbanan bagi kita menghayati syawal. komer boleh cuba rasainya dan ternyata kita akan rasa bagaimana kesusahan dan nikmat syawal seperti mana mereka yg susah dan miskin menyambutnya setiap tahun.
Apa yg teman boleh buat selain ikut berpuasa menahan lapar dan dahaga serta menjaga iman menambahkan ibadah sepanjang ramadhan AlMubaruk. teman terfikir dimana setiap tahun contohnya MB Perak contohnya DR Zambry Abd Kadir akan merancang pelbagai aktiviti keagamaan serta kaitan dalam bentuk membantu atau sumbangan kepada fakir miskin dan yg amat memerlukan supaya tidak dilupakan.
Kediaman MB semakin meriah setiap kali datangnya Ramadhan. Setiap hari ada sahaja aktiviti berbuka puasa, menyerah bantuan Raya, Sholat Tarawih sehingga bersahur termasuk mengadakan kiamulai dan Tazkirah utk memenuhi setiap ruang masa dalam bulan Ramadhan. Kehebatan ini yg teman banggakan. Itu belum masuk aktiviti diluar kediaman, di merata kampung dan masjid kegiatan ini terus dilaksanakan. Alhamdulillah tak boleh dinafikan apa yg beliau laksanakan tak semua yg mampu terfikir dan adakan.
Teman pula sebagai KEPALA DESA juga punya sekumpulan rakyat yg jauh kecil angkanya. Tetapi tak bermakna tidak boleh melakukan yg sama. Cuma dananya terhad dan baktinya hanya yg mampu selagi boleh dilaksanakan di DESA tercinta teman. Alhamduillah tahun ini berganda juga kebaktian yg dapat disempurnakan bersama team JKKK yg juga merupakan renjer atau komando teman di kampung.
Bagaimanapun kepuasan pengertian sepanjang Ramadhan ini teman rasakan masih lagi ada kelopongan. berbagai cara teman terfikir apakah yg boleh teman lakukan selain berpuasa menahan lapar dan dahaga. Agak buntu sehinggalah timbul seorang hamba Allah yg datang terus bertanyakan kepada teman semasa sholat tarawih di surau kampung..
Tok Sidang... maafkan saya kalau bertanya... saya nie segan nak cakap tapi terpaksa katakan jugak kat tok sidang... teman tanya kenapa... cakaplah saya blh mendengar. in sha Allah...
Saya nie ada orang sedekahkan baju dan seluar...
saya tengok saiznya sedang elok utk tok sidang...
tu yg saya tanya nak ker tok sidang baju sedekah yg terpakai nie... boleh la pakai untuk kerja-kerja luar atau berkebun. kalau tak nak boleh buat kain lap kaki atau buang jer. jgn marah saya tanya jer... kalau tak mahu saya cari orang lain. sebab saya tengok saiz rasanya sesuai dgn tok sidanglah jadi saya tanya tok sidang dulu...
Terima Kasih Allah... disebabkan peristiwa ini maka tercetuslah satu lagi cara yg teman boleh cuba. terus teman terfikir... kenapa teman tak cuba? Cuba menjadi mereka yg tak berkemampuan, yg miskin dan hidup susah... bagaimana mereka menyambut lebaran dalam keadaan sederhana, tanpa baju baru, Tanpa segala kelebihan seperti kita setiap kali bila datangnya syawal, Baju baru, kasut baru, rumah baru, kereta baru bak kata orang kita bila raya semuanya baru...
Jadi teman nekad tahun nie teman tak akan beli baju baru atau baju raya... tak kiralah songkok, kasut, sampin, rambut dan apa sahaja lah yg selalunya kita akan beli atau buat utk menyambut setiap kali Syawal akan tiba. Bagaimana rasanya kalau kita hilang sedikit dari syarat rekaan kita sendiri yg menjadi wajib setiap kali Hari Raya bakal disambut.
Memang banyak juga halangannya utk dilaksanakan. kebiasaannya sebelum dapatkan baju raya pekara pertama yg jadi soal ialah tema warna baju raya tahun ini. Nyaris kantoi jugak bila teman diajukan oleh family teman.
Sekarang nie kan dah jadi trend sedondon dan warna yg sama setiap kali nak beli atau tempah baju raya. Tapi yg teman tengok tujuan utamanya boleh berselfie dan utk upload di FB nak tunjuk Baju Raya baru yg sedondon... aduhh macamana nie? Tahun nie kita nak tema warna apa utk baju raya? tanya isteri kesayagan dan anak-anak teman...
'TAKDA TEMA' kata teman. Boaring jer asik satu kaler. tahun nie kita pakai kaler ikut suka masing-masing ler... isteriku mmg perasan kenapa teman tak mau baju baru. tapi bila dia tanya ulangkali aku jawab. 'warna apa pun kalau ada tema rasanya baju melayu saya mesti ada sama kaler dgn pilihan awak' berapa banyak setiap tahun beli baju melayu...
Nampak kecik hei kata orang perak tapi sebenarnya tidak kepada sesetengah kita. Bukan senang malah sebelum puasa lagi dah ada yg tempah baju raya. kali nie tidak pada teman. Apa sahaja tentang raya yg baru teman tak akan beli atau tempah... hanya kerana mahu merasa bagaimana mereka yg tak mampu beraya dgn pakaian yg ada...
Apa pun sebagai ayah ada tanggungjawab terhadap keluarga. Bagi keluarga teman tetap akan pakai baju raya yg baru. Cuma teman jer tak mahu dema kecik hati dan ikut apa yg teman buat. Alhamdulillah...
Next Raya komer cubalah kalau mahu... betapa kita merasa nikmat berhari raya selama ini mewah dengan pelbagai pekara yg baru. Cuba rasa bagaimana pula jika nikmat yg amat sedikit ini ditarik dari kita. Ramadhan dan kedatangan Syawal bukan sahaja difinasinya hanya menahan lapar dan dahaga.... selain menambahkan amal ibadah kita juga patut rasa bagaimana mereka beraya...
Bukan sahaja dibulan Ramadhan kita menghulurkan segala bantuan dan sumbangan tetapi dihari raya kita lupa sudah segala kesusahan mereka merayakan Aidilfitri... lupa semua dan kita bergaya dengan baju baru serta mewah dengan makan minum serta duit raya....
Nak tahu nikmatnya? kenalah cuba... hehehe... terima kasih lah hamba Allah yg sedekahkan teman baju dan seluar terpakai walaupun ada lubang koyak kecil di kolar baju tersebut mungkin kerana rokok kot... apa pun teman pakai utk sembahyang raya baju yg teman beli masa di PRK besut yg lalu... lama dah tu. dah itu yg terjumpa dipagi raya selepas sholat subuh...
Allahuakhbar... Allahuakhbar, Walillailham.
Terima Kasih kerana membaca panjang lebar posting teman
kita kan #gengPCT