04 Jun, 2020

YASSIN TERAKHIR


Dalam doa sholatku, aku memohon kepada Allah swt...
'Ya Allah, aku memahami usia Ayahku yg semakin meningkat, kesihatan yg semakin menghilang, Tenaga yang berkurangan, Ramadhan yg mendatang... apa lagi sambutan Aidul Fitri...
Walaupun tak mana jauhnya jarak, tapi aku tetap bimbang kerana...

Ketika ini limpahan kasih sayangnya meresapi jiwa aku, keluarga serta anak-anak yg menjadi cucunya... ketika inilah rasanya saat yg sangat indah bila cucu dgn atuk dan anak dengan seorang ayah.
Kalau boleh biarlah sampai azali saat begini yg buat aku cukup senang dengan Ayahku

Tapi aku faham, tak siapa yg boleh bertahan lama kerana perjanjian sudah tertera, tiada sesaat akan tertunda ... 
Lalu aku lafazkan kepadamu ya Allah.... dlm doa yg begitu tidak adil kepadamu ya Allah... jadi rahsia kenapa aku takut dgn yassin. Lalu aku lafazkan doa

' YA Allah, aku faham ttg usia dan kesihatan Ayahku yg makin berkurangan, seandainya jika kamu mahu ambil dia dari kami, aku bermohon biarlah sehingga aku mampu membawa majlis bacaan yassin... berikanlah aku kekuatan ya Allah... aku faham ya Allah, aku lemah dan jahil.

Setidak-tidaknya ada sedikit kekuatan dan persediaan aku ya Allah sebelum kami kehilangan permata kasih sayang dari seorang Ayah...'

Itulah Doa aku, tetapi aku juga sering mencari helah jika ditempat kerja, dirumah kalau terjebak terpaksa kerana tiada lagi yg ada sehingga aku kena memimpin Yassin, kerana dalam doa aku terhadap ilahi yg sgt aku takuti... setakat mana aku mampu mencari helah dan bertahan, memang aku tak selancar tok imam kendalikan majlis bacaan yasin... tetapi aku juga punya keluarga dan anak-anak serta ditempat kerja. Apa jadi jika terpaksa bawakan yasin sedangkan aku sudah bermohon kpd Allah supaya janganlah ambil ayahku sehingga aku boleh memimpin bacaan yassin....

Tapi setakat mana aku nak lari atau mencari helah?
Ditakdirkan Ayah kena strok ketika memgambil wuduk utk sholat subuh, ayah jatuh kerana ada pendarahan dalam otak, ayah tak sedar dan dimasukan ke ICU...

Aku pulak, terus menanti harapan dan peluang ayah kembali sembuh, dalam menanti hari demi hari minggu demi minggu, negara pula dikejutkan serangan  COVID 19, Masya Allah besar ujian Allah kepada aku, dalam masa PKP dimulakan betapa semuanya terbatas dan terlarang...

Masa melawat sehari hanya sekali, hanya seorang setiap lawatan. emak yg mel6ebihi 60 tahun dilarang, yg ada sakit kronik tidak digalakan, adik beradim yg duduk diluar tidak dibenarkan pegerakan merentas negeri, semuanya bagai disentap segala nikmat yg kita lupa Allah berikan. Dunia Negara yg berdepan dgn soal Covid malah betapa jijiknya sehingga kini masih lagi pemimpim yg tak henti bercerita dan menuntut hak utk jadi Perdana Menteri dan sebagai kerajaan yg ceritanya hanyalah soal nombor yg sudah ada dan betapa dia sepatutnya layak jadi PM! Lansung tidak diambil kisah soal Rakyat yg berjuang mati-matian menentang Covid musibah yg menimpa...

Begitulah sukarnya hikmah yg Allah menduga aku, semuanya secara berseorangan, setiap hari diperiksa suhu badan, sanitas setiap perjalanan sebelum sampai ke Bilik ICU ayah...dengan muka yg bertutup, tangan yg bersarung getah dan ayah yg tetrlantar masih tidak sedar... lebih sebulan lamanya....

Tapi Allah swt tetap adil dan makhbulkan doaku. Aku mohon kepadanya supaya berilah peluang ayah membuka mata dan dapat bersuara,  ya Allah berikanlah keajaiban ini dalam ziarah aku kepada  Ayah... siapa sangka Ayah tetiba buka mata dan memandang aku dan cuba bercakap dengan nada suara yg aku sukar memahami... aku rasa ayah nak bagitau ttg kasihnya pafa kami...

Sempat juga beberapa kali aku bisikan padanya ' Ayah, jangan lupa sebut selalu nama Allah, Allah, Allah... jangan lupa kalimah syahadah, Ashadu alaillahailallah, waashadu anna Muhammadun Rasullulah...
Begitulah lamanya lebih sebulan Ayah didalam ICU dan akhirnya kami bawa Ayah balik dengan segala persiapan yg menghimpun anak cucu Ayah yg ada, dalam musim PKP masya Allah mmg sukar sangat termasuk soal jiran sekampung yg sangat-sangat mahu ziarah ayah yg cukup mesra dgn penduduk kampung.

Apa kan daya kami terpaksa sekat demi kesihatàn ayah yg sgt mudah dijangkit dan keadaan Covid. Tak taulah nak dikatakan denagan keadaan yg ada, ramadhan yg bakal menjelma, Aidul fitri yg bakal menjelma.... dua hari ayah dirumah dan malam itu semua cucu-cucu perempuan yg ada sudah ada dirumah ayah dan memegang senaskah yassin ditangan masing-masing.

'Pak Ngah, pimpinlah kita baca yassin... kita baca yassin utk bagi atuk tenang...'

Allahuakhbar, rasa jantung terhenti, rasanya semua udara bagai hilang utk aku sedut... Masya Allah semua janji dan doa kepada Allah swt tentang Yassin terakhir... selagi mana mahu mengelak dan sesungguhnya Allah swt lebih memahami menentukan segalanya...

Dan aku hanya mampu mebaca baris pertama dan kedua dan selebihnya menangis dan menangis sambil cuba baca dan terus menangis kerana  doa dan permohonan aku kepadanya untuk YASSIN TERAKHIR..

Jam 1. 15 pagi ayah pergi  selama-lamanya...
Inalillahiwainalillahi rojiun...
10 Mei genaplah hari jadi Ayah yg ke 86 tahun...
Ayah, akan aku sentiasa rindukan kasih dam sayangmu...
Al-Fatihah (dibaca) utk ayah

Nantilah kalau bersambung...


ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND