27 September, 2010

REUNION BUDAK-BUDAK BUS STAND KE 4, SATU LAGI KELUARGA BESAR!

Siapa sangka PROGRAM yangg dijayakan oleh mereka yang satu ketika dulu digelar KUTU BAS STAND cukupmeriah bila hampir 500 orang yang hadir terdiri dari umur semuda berapa bulan hingga ke peringkat yang boleh dipanggil atuk! Sekupang merasakan ukuwah pertemuan ini sejernih-jernihnya, tanpa ada halangan dari segi pendapat, politik, persefahaman dan sebagainya,
Pertemuan kali ke 4 bagi budak-budak bas stand ni yang rata-rata menjangakau usia separuh abad bukan berkisar pada mereka sahaja malah keluarga turut ikut sama, isteri, anak-anak, cucu serta menantu turut hadir, hujan yang renyai-renyai bukan penghalang untuk sampai keakhir acara majlis, tiada siapa bertelagah dan bermasam muka... memang terbukti kerana ramai yang mengetahui arah perjuangan sekupangdua dan lansung tiada membangkitkan perihal marah dengan artikel sekupangdua yang kadang kala PEDAS... apalagi kalau cukup kenal dengan penulisnya, sekupang rasa cukup berbangga dengan warna kemesraan dimalam itu, bukan sekupan tak kenal denan beberapa sahabat yang tidak searah dengan sekupang tetapi mereka menepikan persoalan pendapat terutama PARTI yang sentiasa di bibir mulut bila berbicara,

Tiada sebarang rasa rendah diri ataupun siapa hebat dari mula perancangan seingat teman sebanyak lima kali bermesyuarat selepas terawih dalam bulan ramadhan yang berakhir hingga ke 3-4 pagi sentiasa berbincang menjayakan yang jadi fokus perjumpaan, di hari majlis yang akhirnya menemukan hampir semua yang telah berpisah sehingga ada yang mencecah 30 tahun berpisah sungguh mengharukan...  setiap pertemuan tidak didahului dengan salam tetapi pelukan sebagai seorang sahabat yang kita juga tahu ianya sunnah sebagai mana Rasulllah lakukan dengan para sahabat! Bayangkan mereka-mereka yg satu ketika dulu di gelar kutu bas stand memang dianggap ganas dan tiada arah tuju kini dipertemukan semula didalam satu pelukan yg penuh rasa keinsafan dan kesyukuran atas nikmat tuhan yang mengizinkan dapat bertemu semula,

Apapun sekupang tabik tentang hamba Allah yang bernama Garry ni, berkerja sendiri... tetapi setiap tahun di bulan ramadhan confirm akan telefon teman utk menjayakan Malam REUNION yg seolah bagi nya kemestian setiap kali menjelang syawal, soal duit langsung tak di timbulkan. apa yang teman kalah dengan semangat nya ialah bila dia kerap berbincang perihal sahabat-sahabat yg jauh terpisah, berjiwa besar terhadap kawan-kawan, berkira tentang nasib kawan-kawan yang susah, mencari cara membantu... pernah dia cuba merancang mencari penaung supaya setiap kali menjelma ramadhan bersama kawan-kawan menjejak sahabat-sahabat lain yang lebih susah untuk di bantu! Agar raya mereka sama dirasa... Buat kali pertama juga sekupang akan mencabar setiap pemimpin yang sekarang duduk diatas! APAKAH KALIAN TIDAK MAHU MEMBERI GOLONGAN SEPERTI INI MENERUSKAN USAHA MURNI? dan rasanya bukan pekara besar bagi YB-serta pemimpin yang ada menjadikan mereka sebagai salah satu kerja amal demi untuk sahabat mereka yang serba kekurangan yang juga namanya RAKYAT! lagi pun bukan susah sangat untuk berikan kuota utk fakir miskin kepada sahabat mereka yang memerlukan, walaupun buruk pandangan satu ketika dulu sebagai kutu bas stand tetapi mereka lebih telus tanpa persoalkan fahaman parti duduk satu meja dan mesra sebagai sahabat dari yang menggangur sehingga yang berkerjaya besar, rasanya susah untuk dicari keadaan seperti ini. ukuwah pertemuan sebagai seorang sahabat yang saling memahami, Apalagi yang hadir tidak lansung terfikir kedudukan mereka... Mus, Yus, Man dan abu dari kumpulan May... Tajul ftg, Ucop syj/angel heart, Zuel, Nasir, Bombay, Yed Teja, Zack, Man & Lie kembor, jinggo, Yain dan kumpulan Ikrar, hidayu, Sekala, Driyadh, Affan. Li afro, Nuar besi, Shah, Bud, Kanda Aman, Nan, Jie, Hanif, Razak, Din chuk Norris, Ali, Garry, Peacock, Din kasut, Jeff, Nan urut, Dijan, Adam  dan banyak lagi group Rock yang sekarang ni berstatus PAPA ROCK yang hadir pada malam itu. Sememangnya mereka hadir bukan kerana berjaya untuk di banggakan tetapi bagai saudara yang terpisah merindukan keluarga yang besar! TERIMA KASIH SEMUA!

Buat saudara Garry ini janji Sekupang dua selagi teman masih upaya selagi itulah teman akan bantu miker... dan teman amat terharu bila semua pertemuan kita simulakan dengan umul kitab dan berakhir dengan wal as' apa yang dapat teman katakan memang jiwa teman rebah bila kita bersedekah Al fatihah untuk sahabat kita yang mendahului kita, insyallah anak-anak mereka adalah anak-anak kita juga. sekupang juga merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa hamba Allah yang sudi menjayakan department yang teman jaga iaitu CABUTAN BERTUAH dan sumbangan untuk anak-anak arwah sahabat yang telah mendahului kami, terima kasih atas bantuan sekalian, cuma teman berharap dan berdoa sepertimana saudara Garry dan sahabat-sahabat yang lain pernah suarakan kepada teman... berhasrat menjemput YB Dato' Zainol Padzi Paharuddin sebagai penaung dan meresmikan majlis insyallah akan tercapai di REUNION akan Datang, kalau boleh biar bersama kami membantu sahabat-sahabat yang memerlukan sebagai satu aktiviti tahunan Insyallah!

Buat semua yang mendahului kami... Radhi, White, Benjo, Duat, Ujang dan yang lain... kami doakan kalian tenang disisi Alllah... Amin! ALFATIHAH!  


19 September, 2010

REUNION BUDAK-BUDAK BAS STAND IPOH & HEAD BANGERS.. THE 80'S

 
ATAS PERMINTAAN SAHABAT-SAHABAT TEMAN THE 80'S GROUP YANG AKAN BUAT REUNION PADA 25 HB SEPTEMBER 2010 (SABTU ). 9MALAM DI KANTIN DBI (DEWAN BANDARAYA IPOH), (PADANG IPOH ATAU PADANG DI HADAPAN SEK ST MICHALE IPOH, TEMAN PANJANGKAN DISI UTK SEMUA JEMPUTAN.... HEHEHE BAKAL MENYAKSIKAN OTAI-OTAI TERUTAMA ROCKERS FROM IPOH... INSYALLAH TEMAN  AKAN HADIR, PANJANG-PANJANGKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEMUA

UNTUK BUTIRAN LANJUT... BOLEH KE FACE BOOK MEREKA (KLIK SINI) 

ALFATIHAH... BUAT RADHI SAHABAT KU (ANGEL HEART) 


14 September, 2010

RUPANYA TAK SEKUAT DAN SEHEBAT MANA SEKUPANG DUA!!!... BESARNYA ERTI TAKBIR!

Teman masih teringat bila masa kecilnya memerhati datuk atau teman panggil TOK KI yg akan duduk dipangkin halaman Rumah setiap kali hari terakhir ramadhan yng bakal diraikan Aidil fitri keesokannya. setiap tahun juga semasa arwah ada sebagai seorang cucu kesayangan akan bertanya soalan yg sama... Tok ki kenapa Tok ki menangis?Tok ki.... betul ker kita ni berdarah raja dari seberang? jawapan yg sama setiap kali pertanyaan ku akan dijawab dengan jawaban yg sama, 'kalau kita ada Darah Raja tak ler kita miskin, Raja mana ada miskin.... mac am kitajawab Tok ki teman sepekara yg teman tertanya kenapa Tok ki menangis... sekarang baru teman paham!

Seperti biasa sebagaimana Tok ki teman...  kini teman pun nampaknya jadi benda yg sama, Rebah dan tumbang dimalam terakhir ramdhan, sungguh besar pengertian Takbir, memang teman tak upaya menahan airmata bila saja terdengar TAKBIR raya disetiap penghujung bulan Ramadhan, Perkataan Allahuakbar mendahului laungan Takbir Raya itu sudah cukup buat teman sebak, begitu besar pengertiannya, teman cukup hiba meninggalkan ramadhan kali ini... siapa tahu mungkin tahun ini dapat bersama keluarga... bersama abang, adik, osteri, keluarga, ibu dan juga ayah teman yg memanjat usia, tuhan maha besar... Allahuakbar! sebak bila berakhir ramadhan kali ini apa pulak di tahun akan datang dapat kah semua bersama lagi menyambut aidil fitri?
Betapa BESAR ertinya laungan TAKBIR! Bermacam pengertian didalam nya, dan atas sebab ini juga aku memang cukup terpanggil bila tidak lansung menghormati pengertian perkataan ALLAHUAKBAR yg dipergunakan terutama Parti Ajaran Sesat bagi menarik penyokong dengan pergunakan Allahuakbar! tahk heran dah sekarang ni, dalam ceramah, Apa tah lagi sekarang kita tahu kafir dijemput memberi ucapan dalam ceramah malah cukup berani menghrai hadis dan menafsirkan orang islam yg lain, UMNO sesuka hati dituduhnya sebagai kafir oleh ustaz kafir ini, lebih berat disambut dengan TAKBIR oleh peyokong Parti Ajaran Sesat nie, masyaallah tidak kah meeka sedar pengunaan perkataan Allahukbar dem kepentingan Politik sempit tanpa rasa bersalah prgunakan laungan takbir, jauh terpesong masyallah.semasa 11 bulan perak dinerakakan launga talbir dijerit semasa lepas habis saja sebaik doa sembahyang Jumaat, adakah ikhlas seikhlasnya atau pun demi menunjuk kan betapa bongkaknya mere kini memerintah! bukan itu saja... ada beberapa perhimpunan termasuk yg teman ingat di tokong terbesar cina di jalan kampar, bila Nik Aziz salah satu ketika turun bersama, laungan takbir juga terdengar di dalam tokong yg yg kita cukup tahu tempat kafir.

Sekupang berharap sebagai seorang Islam, jaga lah akidah dan tauhid kita, jangan demi kepentingan parti sampai kita sanggup pergunakan Nama Allah...tiada dalam kitab, maupun sejarah kebangkitan dalam islam tertera sesapa yg masuk PAS ada jaminan masuk ke syurga! angkatan perang Rasulullah pun tidak pernah pertikaikan pembalasan dan menuntut jadi ahli syurga! hayati dan hormati pengertian laungan Allahuakabar 

Salam Aidil Fitri, teman menyusun sepuluh jari memohon maaf Abg Tuah, Kekanda Mamak, Panglima, Apai, Long sham, Taiping Ctrl, Kamunting ctrl, Aizat, Paktam, Awekz, Meor black, DDin bunga, Mat perakkemas, Sukahatibapak aku, Gomo, Bro Jinggo, Minaq Jinggo, Budak benteng, Chief, anak bukit gantang, pejuang bangsa, Belantan, Ore oyabun, Pak tam, Kinta dan semua sahabat terutama dialam Blogger yg teman tidak sempat menctatkan disini...  dari teman, keluarga teman, sahabat-sahabat terutama sahabat blogger-blogger PERAK, Maaf Zahir Batin... kita doakan agar semua masih bersama di ramadhan akan datang! ALLAHUAKHBAR... ALLAHUAKHBAR.... ALLAHUAKHBAR... WALIL LAHILHAM!

01 September, 2010

JANGAN TERTIPU DENGAN AMIL PAKATAN RAKYAT! RESIT ZAKAT PALSU!

Tahun lepas tEMAN tertipu dengan amil yg pungut zakat dan bagi resit sendiri, Mana taknya? kononnya nak dapat sunat akhir bila bayar Zakat saat akhir (malam Akhir posa), bukan teman sorang banyak lagi kengkawan teman yg ada ketika tu ternganga jugak bila resit di beri rupanya resit sendiri... alah yg boleh beli kat kedai-kedai buku tu... nak buat camna ... tawakal jer! tapi sampai sekarang janjinya nak bagi resit ORI tapi sampai sekarang muka dia nak bagi sorry ler
Ini lah masaalahnya timbul bila ramai benor yg dilantik sebagai amil kebanyakan orang pakatan rakyat! orang kampung teman mestilah teman tau, Hamba Allah ni juga yg bertanding ketua kampung pakatan rakyat semasa 11bulan neraka di PERAK yg di perintah Pakatan Rakyat ketika itu, beriya-iya  nak menang sampai siang malam berkerja keras, 
Yang syoknya si Amil yg bertanding ni di henyak oleh lawan nya dengan mengungkit isu dia yang telah guna duit Surau untuk kegunaan sendiri, malah rupanya daj bertahun lamanya ... dek sebabkan Jawatankuasa di kampung tu teman memang tabik spring! tak ngesahkan apa yg terjadi masih boleh tolerate bertolak ansur... demi menjaga nama si Amil ni dema tak riuhkan pekara ni... akhirnya disebabkan nak bertanding ketua kampung dia bayor ler jugak duit khairat kematian Surau kampung dan demi nak menang dia photostat resit dan edarkan kepada semua penduduk kampung... akhirnya berjaya juga dia menang sebagai Ketua Kampung teman yang mendapat undi lesu penduduk kampung!  

Bila Perak dikembalikan semula kepada BN... sepekara yg teman respek benor penduduk kampung masih boleh terima bila dia dilantik sebagai AMIL, tapi pada mula teman tak percaya bila desas desus mengatakan pakatan rakyat buat kutipan zakat mereka sendiri... lepas tu dema yg agihkan sendiri... bukan teman tak pecaya tapi terkejut bila resit yg teman dan kawan-kawan lain yg dapat boleh beli kat kedai mamak! malam akhir esok dah nak raya... nak tak nak teman dengan beberapa rakan yg bayar utk sekeluarga mengelang kepala sebab maklum sangat dengan perangai si amil ni!
Tahun ni nama nya Naik Lagi Orang kampung tak kisah juga... tapi sebagai tanggungjawab teman terhadap Rukun Dalam Islam teman dah wawarkan, dema tak nak bayar kalau resit sendiri yg dia guna lagi! 

PADA JAIP SUDAH-SUDAH LER BERMACAM PEKARA DAH JADI, KENAPA NAK DI SELAMATKAN ORANG-ORANG SEPERTI NI, BUKAN KAH SUDAH ADA GOLONGAN YANG MENODAI PERUNDANGAN HAL EHWAL ISLAM DAN KAMU TIDAK MENANGANI NYA, APAKAH SEBAB KAMU BERSEKUTU DENGAN PAKATAN RAKYAT? KALAU YA BERTAUBAT LAH, JGN ADA KECOH LAGI KALAU MASIH ADA IMAM YG TAK TERIMA ELAUN, RESIT ZAKAT BOLEH GUNA SENDIRI OLEH AMIL DAN LAIN-LAIN... TAK KAN ITU PUN SALAH KERAJAAN DAN SULTAN PERAK?   

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND