ADUH PEDIHNYA! Tah berapa puluh kali banjir lagi yang teman kena hadapi! Rasanya dah tak sanggup lagi teman nak ngadapnya (mengharunginya) Ya Tuhan berilah aku kekuatan utk menghadapinya, pedih rasanya tak dapat nak digambarkan lagi,bila ketika teman tengah buat posting ni... tetiba hujan lebat datang lagi! lantak ler... yang ada pun tak selesai lagi... yang baru pulak datang buat hati teman tak dapat nak kata apa lagi!
Ketika 8 malam tadi ketika teman masih di cycber cafe tengah nak edit dan buat posting cerita Penyerahan Memorendum ke istana tadi, juga tengah berkira-kira nak email kat kawan-kawan blogger bahan utk blog dema... teman dikejutkan oleh anak sedara teman 'Pak Su rumah paksu banjir lagi saya dah angkat karpet, buku,beg sekolah letak diatas' walaupun teman dah sampai tak berapa heran soal banjir tapi bila dengarnya... rasa amat letih dan gelisah benor nak hadapinya, sahabat yang pernah kena banjir kilat macam ni tentu dapat bayangkan letihnya mengemas dan buang air keluar rumah..
Memanglah banjir diseluruh rumah teman setinggi 6 ke 10 inci bila hujan lebat tapi ia tetap meletihkan bila semua perabot, carpet, beg, buku sekolah anak, lap top dan macam-macam lagi yang musnah samada tadi maupun beberapa tahun dulu sehingga tak upaya nak ganti karpet lagi. Sebenarnya yang teman cukup takut bila Sang Belengkor (ular) kerap dijumpa dalam rumah. Takut teman disebabkan kadang-kadang berlaku bila teman tak ada kat rumah. rasanya si bengkor ni dah jumpa 4-5 kali bila setiap kali banjir...
Teman sebelum ini tak pernah nak merunggut walaupun sebelum ini memang setiap kali banjir bantuan mencurah-curah tiba walaupun tak pernah sekali pun teman dapat atau meminta nyer, tak pulak teman kecoh nak minta atau tak dapatnya, belum lagi teman nak kecoh, kali ni rasanya sudah hilang sabar tak ada ker Ketua kampung teringin nak tanya? macamana alkisah puncanya boleh jadi banjir? macamana nak selesaikannya, harammm... apa pun tidak ada penyudah!
Teman juga telah menghubungi YB kak Midah secara sms dan dia sudah maklumkan kepada Penghulu malah Penghulu sendiri telah teman call dan teman tidak menyalahkan beliau sebabnya teman pun tahu sepatutnya Ketua Kampunglah yang sepatutnya datang dan bertanya atau paling tidak talipon teman pun jadilah, tapi biasalah, dah maleh teman dah, tak pa lah, cukuplah, biarlah. sampai berbuih nak diadukan, rasanya tak akan teman maklum lagi, Buat Apa! dah tahu pun tindakannya. nak kata tak maklum tah berapa kali dah maklum sehingga sebelum ni pernah teman drafkan surat diatas tiket JKKK complete dengan gambor sekali kepada Arwah Ustad Ripin ketua kampung yang dulu. tak juga selesai.
Puncanyer... Segala longkang yang baru dibina dibaris belakang rumah teman akan mengalir terus kerumah teman sebab rasanya tak ada saluran utk air jalan keluar. Hanya kawasan lembah didepan halaman rumah teman sebenarnya jadi takongan utk air limpahan dari longkang-longkang baru dibina belakang rumah teman... kini lembah tersebut tak lagi dapat menakung limpahan banjir apabila ada segelintir yang mahu bina tapak kedai haram dengan menutup kelubung atau salur ke lembah tersebut dengan beberapa lori membuang pasir kotor utk tujuan tapak kedai haram yang akan dibina, dema buat sesuka hati bapak dema tanpa merujuk teman dengan alasan itu bukan tanah teman,
Yop komer pakai akai sikit, kalau nak diikutkan temanpun nak buat tapak kedai depan laman rumah teman, sapa yang tak ndak, masaalahnya kalau di timbus lembah tu pakat makin kuat ler banjir rumah teman. Tak Nampak ker mengkomer tambus pasir kotor tu atas apa? habis komer timbuskan Pokok keladi, pisang, kekabu, pandan dan lain-lain yag ditanam oleh Arwah Pak Mertua teman tu sampai tak boleh pikir ker macamana ada tanaman di lembah tu? Apa komer ingat tanaman tu hidup sendiri ker? sesuka kome yang nak cari untung dan tak peduli rumah teman yang dah melampau dapat banjir...disebabkan miker! Pakai akai la sikit, serupa kalau teman buat nyardin jer (selamba) bina gerai depan halaman miker ikut sesuka hati bapak teman, boleh ker komer bagi? Bukan teman tak tahu yang mengkomer kata 'alaaa... ini bukan tapak hak teman, apa teman tak boleh buat kalau kome nak buat juga! DIPERSILAKAN BUAT KALAU ADA BRANI? Tauler Teman ngajornyer (bertindak) dah kalau kome boleh sesuka hati bapak mike nak buat gerai... apa miker sorang jer ater.. teman pun boleh jugak!
Mulai hari ini sudahler... tak akan mengadu lagi pada sesapa aje, buang masa dan terasa macam kena sembah atau sampai anak-anak teman berdepan Binatang-binatang berbisa baru komer nak tanya, baik tak payah.
Apa yang teman agak sedih bila selama hari ni seolah tak pedulikan walaupun hakikinya tak terfkirkah teman adalah salah seorang yang perjuangkan Rakyat terutama BN dalam arena blog setiap kali turun padang bersama kawan-kawan blogger yang lain terhadap Pakatan Ronggeng! tak kira samada sidang dun maupun PRK yang tak pernah teman dan sahabat bloggers runggutkan demi perjuangan memertabat dan memperkasakan agama, bangsa dan negara.
Teman tahu peparitan dan saluran akan dinaik taraf diserap dalam RMK 10 sebagai salah satu projek Utk Rakyat, Tapi tak terfikirkah nak menunggu perlaksanaan sehingga selesai tentunya mengambil masa berapa lama lagi? tak terfikir ke berapa puluh kali lagi sehingga selesai projek tu nanti rumah teman akan banjir lagi. tak kan selagi itu juga teman akan dapat jawapan yang sama!
SUSAH SANGAT KAH KETUA KAMPUNG NAK BERTANYA ATAU TALIPON TEMAN BERTANYA KHABAR?