12 Julai, 2015

SEKOTAK KURMA IHSAN PERDANA MENTERI...

Raya datang lagi... tak berapa hari lagi. Semuanya macam biasa... inilah masanya selagi boleh beramal dan mengerjakan segala tuntutan serta bonus terutama sunat yg besar gandaan pahalanya di hulan ramadhan...

Setiap tahun aku akan tak kan lupakan satu pekara yg menarik perhatian aku. Ttg sekotak kurma yg diberi disetiap majlis anjuran Pak Menteri mau pun Perdana Menteri... bermacam cara dan bentuk semuanya ada cara tersendiri. Kalau ianya dibuat guna bahan plastik akan bertahan lama lah aku simpan kerana ianya unik dan nostalgia... 

Bukan bermakna kerana unik kotak kurma... sebaliknya dalam majlis jemputan beginilah kegembiraan aku bertemu rakan-rakan seangkatan dari seluruh negara. Jauhnya beratus batu utk kemajlis bukan halangan sebaliknya bukan senang bertemu sahabat satu malaya. Setiap tahun paling tidak 4 atau 5 jemputan aku terima... bermakna banyak itu jugak aku akan bersama sahabat satu saf perang maya

Tahun ini memang pelik... tak da satu pun jemputan... aku memang nantikan jemputan sbb kita ini PM kita teruk dibedal dan difitnah terutama dilaman maya. Kalau dibiarkan bakal parah jika tak dibendung... aku memang harap perbincang bersama rakan terutama bersama rakan troopers yg kategori umur separuh abad... bukan senang nak round table...

Bagaimana pun aku bertanggapan baik... aku anggap mereka yg terpilih memadai ternyata HERO terpilih insya Allah dapat meneuteralkan isu besar dan fitnah terhadap PM dewasa ini. Bukan susah mana kalau HERO datang... macam episode dlm TV. Cemas mana pun Hero lastnya akan menang jugak. Tentunya sudah difikirkan tindakan dan siapa nama mereka yg menjadi tanda tanya...

Cuma aku tertanya-tertanya siapa dikalangan mereka yg kita banggakan. Berapa ramai pulak sahabat aku diantaranya? Itu lebih membanggakan jika ramai diantaranya kalau sahabat aku sekalipun aku terpaksa melupakan koleksi kotak kurma. Masih belum pasti siapa sahabat yg terpilih. Yang boleh nampak dalam merata FB, Installgram dan lelain. Bukan main ceria dan kehebatan dalam itu gambar memang terserlah... itu kena kita akui kehebatan mereka... paling tidak harga jam mereka jer dah boleh samakan rega 20 helai baju kita pakai... hahaha kirang mampu?

Tak apa lah... insya Allah aku doakan mungkin dipertemuan lain akan ada rezeki bertemu sahabat sekalipun aku dah patut lupakan soal koleksi kotak kurma yg muncul setiap kali Ramadhan hadir...

Sepekara lagi mungkin melegakan yg amat-amat sangat. Anggap sahaja isu besar serta fitnah terhadap PM bakal selesai dalam sehari dua. Tak perlu nak berharap dengan troopers ntamuk nie sgt. Sebab banyak bunyi tuh. Lagi pun saf perang maya yg dah ada dah cukup kuat... dengan PMO nyer... UMBnyer... Presiden pun terbaik Ifdel ker apa namanya. Menteri pun tak kurang hensom, tu belum lagi PA. PENGAWAI KHAS. Troopers tersohor. Puteri Russia. Agensi-agensi dan sebagainya tengok gambar berselfie pun gerun amat terserlah dan amat-amat meyakinkan kita. Jangan risau isu negara dan PM sebenarnya mereka mampu selesaikan dalam tempoh 24 jam jer...

Terima kasih ler jasa kalian... 'Sekarang sudah aman' yang troopers usianya lebih separuh abad. Elok lah berehat... sekarang dah ada barisan saf perang maya yg lebih advance... hehehe boleh jugak tukar blog tu dari menjurus kepada politik ke blog jual kek atau baju kasut online... ada gak untungnya... jangan sampai dema tegor komer 'Hoi orang tua tak sedor diri'...

Hehehe... teman macam berminat jer jadikan blog utk jual lemang online... cuma tak jumpa buluh jer lagi... salam Ramadhon dan menyambut aidil fitri... maaf zahir batin... mai la rumah makan kokoi...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND