09 April, 2010

INSAN YANG MENEBUS DOSA!

Seketika Perak nampaknya tenang selepas Sidang Dun baru-baru ini. jelas nampaknya segala kecoh dan huru hara ada penyebab dan sebab. Disebabkan sekelumit golongan yang berkelakuan Kurang Ajar dan Samseng yang lansung tidak pernah terfikir bersuara demi RAKYAT diSidang Dun, jelas tampak hasrat haloba demi kepentingan diri dan sepanjang rentetan kemelut politik ciptaan mereka tidak lansung memperjuangkan hak Rakyat selain di sidang dun tersebut hak yang dipertikaikan adalah kenapa mereka diperiksa oleh anggota polis sebelum masuk kesidang DUN? Kenapa tiada wartawan menunggu di pintu masuk untuk mereka mendapat publisiti seolah memperlihatkan kejamnya BN terhadap mereka? Kenapa Menteri Besar Ds Dr Zambry Abdul Kadir yang menjai peneraju perjuangan Rakyat sebenar walau sebenarnya mereka menunjukan penderhakaan kepada DYMM Sultan Perak yang merestuinya? dan menjadi kera didalam Zoo berebut pisang sebagai tontonan kebanggaan kepada rakyat.

Jika kita lihat dalam perjuangan menentang Penderhaka dan Pengkhianat Bangsa... terselit satu golongan yang memperjuangkan kebenaran Negeri Perak tanpa memerlukan publisiti! Teman gelarkan mereka -mereka ini hamba Allah yang MENEBUS DOSA! Mana tidaknya cuba kita lihat samada sidang DUN atau kemelut Politik yang ada kalanya senyap sekejap tapi tidak bagi mereka, pernah teman berfikir apabila selesai sidang DUN yang amat meletihkan selain otak yang berfikir BALIK RUMAH dan TIDUR, tanpa teman sangka bila menalipon hamba Allah ini dia berada di Taiping pula denga saudara Ezam. (klik) Perrrghhh... Kopi tongkat Ali jenis apa yang diminum sampai larat lagi ke Taiping pulak dimasa sama otak teman tengah terbayang katil dan kipas angin yang berputar laju.
Maka kalau lah teman merasakan sebagai Blogger yang cukup kuat Bekerja menyokong BN demi Rakyat Negeri perak apa pula kalau dibandingkan mereka ini yang berterusan kerja tanpa ada niat keuntungan, lihat saja golongan ini yang meninggalkan kehidupan selesa dengan pendapatan lebih tinggi, masa lapang yang banyak, habiskan wang ringgit sendiri, tomahan Pakatan Reput yang tentunya memfitnah dan melebelkan sebagai musuh dan pelbagai-bagai lagi sengsara yang akan mendatang. Jadi sesuailah dalam pikiran Teman mereka-mereka ini teman gelarkan Si Penebus Dosa, apa tidaknya dengan rasa berdosa dan menebus kembali adalah SEBAB MEREKA BEKERJA MENGEMBALIKAN HAK RAKYAT DARI PEMBANGKANG yang menjadikan 11 bulan NERAKA di Perak, Teman harap janganlah dilupakan SIPENEBUS DOSA ini jika kita terasa Aman dan Makmur dibumi berdaulat ini... PERAK DARUL RIDZUAN...AMIN!

5 ulasan:

Lintau Perak berkata...

dalam buku Sejarah Melayu ada tercatat:

...dan segala anak Melayu itu,
bagaimanapun dosanya..jangan kamu bunuh,
melainkan dosanya derhaka.
kerana segala anak Melayu itu,
adalah darah dan tanahmu.

marilah bersama...utk menjaga darah dan tanah kita.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah yeop, coretan sdr sedikit sebanyak membuka mata dan hati termasuk saya sendiri tentang mereka yang 'MENEBUS DOSA' kita harapakan akan lebih ramai lagi yang akan tampil untuk meneruskan perjuangan menjunjung kedaulatan bumi Perak Yang tercinta.

Walaubagaimanapun saudara sedar atau tidak... yoep juga salah seorang darinya. yang mana satu diantara wajah-wajah ini sebenarnya saudara?

Tanpa Nama berkata...

Salam SD,
Ajer benor yup,

tak tepikio teman pulak yang yup cerite ni, cayaler buat teman terpikio macamana otak yup bolih pikio menda yang orang lain lansung tak teringat.

Kepada yang penebus dosa Terima Kasih berjuang demi kebenaran.

rayz berkata...

saudara2 seperjuangan di Perak,
ikhlaslah berjuang sehingga ketitisan darah yg terakhir..
pertahankanlah agama dan bangsa kita!!!
jgn biarkan Anwar ibrahim, Nizar derhaka dan kuncu2 komunisnya(DAP) memperbodohkan kita!!!

-pemuda UMNO pasir mas,kelantan

Tanpa Nama berkata...

CAYOLAH SEKUPANG... KENAPA GAMBAR HAMDAN TAHO TAK ADO PULAK, MAKAN DUIT KA APO?

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND