05 Januari, 2012

TU DIA... MEREMANG BULU ROMA BILA BACA NI...

Bila terbaca dalam blog kengkawan pasal SOKONGAN TERBUKA DAN SAMAN BALAS memang buat teman tambah semangat, bedasar pengalaman nya sebagai penilai malah merujuk dengan TATA CARA PEROLEHAN TENDER yang dia bentangkan nampaknya menarik perhatian teman malah mungkin ramai yang menjadi peminat (Anak Bukit Gantang) sendiri. Terima Kasih ABG, teman nampaknya banyak belajor dengan miker
Semenjak sehari dua ni, teman sibuk ngesahkan macam-macam hal yang bersangkutan hal nie, camanapun nampaknya banyak benor dipermudahkan, terima kasih Allah... Aalhamdulillah. apa-apa pun teman rasa esok je ler teman mula posting teratur kot hehehe, lantak ler dema nak kata apa, bongkar tetap bongkar! itu hak rakyat! 

Menarik kupasan dan sokongan bloggers Anak Bukit gantang, kalau komer nak menyinggah tengok KLIK SINI macamana pun pada yang maleh nak menyinggah teman pastekan pandangan beliau, Macamana pun terima kasih ABG....

sokongan terbuka saman balas oleh blogger sekupang dua

Saya dengan ini menyatakan sokongan terbuka kepada blogger sekupang dua.

Hari ini saya dimaklumkan beliau MENYAMAN BALIK  plaintif Nga Kor Meng dengan saman berjumlah RM 80 juta.

Saya tak mahu menyentuh kes yang bakal dibicarakan tapi sebagai seorang yang pernah menjadi Panel Penilai Tender saya yakin tindakan Sekupang Dua menyaman balik Nga Kor Meng mempunyai asas yang kukuh.

Cukuplah saya merujuk kepada TATACARA PEROLEHAN-TENDER yang anda boleh download dari portal Perbendaharaan Malaysia/Kementerian Kewangan 

Carta Alir Pengurusan Tender Kementerian Kewangan 

Penilaian Tender akan melihat kepada 2 spesikasi penting iaitu spesifikasi teknikal dan spesifikasi kewangan 

Spesifikasi teknikal selalunya melibatkan PENGALAMAN (syarikat yang terpilih selalunya WAJIB mempunyai pengalaman SEKURANG KURANGNYA 3 TAHUN dalam bidang tersebut)

Bagaimanapon jika  syarikat terbukti punyai  PENGKHUKUSAN atau PENGALAMAN KHAS DALAM INDUSTRI maka syarikat boleh ditawarkan ditawarkan  tender tertutup- ini bermaksud syarikat  perlu mempunyai KEPAKARAN YANG TIDAK DIPUNYAI oleh Syarikat lain di negara ini.

PANEL PENILAI TENDER PERLU NEUTRAL dan TIDAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN PERIBADI (atau dilihat melalui surat diarahkan oleh orang lain)

Bagi spesifikasi kewangan pula syarikat yang mengambil bahagian dalam tender PERLU MENGEMUKAKAN SEKURANG KURANGNYA 3 BULAN PENYATA BANK TERKINI dan PENYATA KEWANGAN SYARIKAT 2 tahun sebelumnya.

Berdasarkan Tatacara Penilaian Tender yang perlu dipatuhi agensi Kerajaan Pusat, Negeri atau Majlis Perbandaran SOALAN UTAMA- bagaimana syarikat yang baru ditubuhkan 20 hari mendapat tawaran tender????

p/s tentang 80 juta saman balik tu, teman open kat komer menilai pulak, amacam ada cadangan... lagi pun komer tu rakyat... berhak bersuara... hehehehe... tankiu... tankiu.... yop & yong! 


5 ulasan:

Anakbukitgantang berkata...

terima kaseh-pandangan saya berdasarkan pengalaman sebagai anggota penilai tender di sebuah PBT lain di Lembah Klang yg sama prosedur dengan Majlis Bandaraya Ipoh

Tanpa Nama berkata...

salam balik dia Ringgit Malaysia 100 juta kerana dia menhalang sdr dari menentang rasuah dan salah guna kuasa

Tanpa Nama berkata...

YANG AKU TAK PAHAM KENAPA DIA YANG BEGITU TAKUT DAN SAMAN AWAK

SEDANGKAN KES INI ADALAH ISTERI DIA

Tanpa Nama berkata...

SUDAH TERBUKTI

SAMAN SEMULA 350 JUTA ATAU NILAI 100 BANGLO RM 35 JUTA

Tanpa Nama berkata...

Buat laporan kepada SPRM. Biar kes ni jadi kes SPRM.

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND