28 Jun, 2013

TELAN IKAN HIDUP SEMBUHKAN PENYAKIT ASMA



HYDERABAD - Anda ada asma? Pelik tapi BENAR... Tahukah anda bila penyakit ini juga menggunakan ikan hidup yang ditelan hidup-hidup mengikut kepercayaan mereka dapat menyembuhkan penyakit ASMA yang dihadapi...

Beribu-ribu pesakit asma dari seluruh negeri Andhra Pradesh dan beberapa negeri lain di India beratur untuk mendapatkan rawatan ikan hidup, lapor laman berita ZeeNews.

Mereka percaya rawatan kontroversi itu melibatkan pesakit menelan sejenis ikan sardin hidup itu dapat menyembuhkan penyakit tersebut.

Rawatan ikan itu dikendalikan oleh Keluarga Goud Bathini di 32 kaunter di Dataran Pameran di sini.
Mereka mula mengagihkan ikan sardin hidup itu selepas satu upacara pada waktu tengah hari kelmarin dan berterusan sehingga tengah hari semalam







Ubat tersebut merangkumi pes herba berwarna kuning yang ditelan bersama seekor ikan hidup.
Keluarga Goud memberitahu, ubat itu hanya berkesan jika ditelan bersama ikan hidup untuk menyembuhkan asma jika dilakukan selama tiga tahun.

Walaupun dianggap kontroversi, rawatan tersebut menarik kehadiran beribu-ribu sakit.

"Saya datang ke sini untuk kali kedua. Penyakit asma saya berkurangan selepas mengambil ubat tersebut. Saya berharap saya akan sembuh," kata seorang pesakit dari bandar Kurnool, Ramakrishna Reddy.

Menurut beberapa pegawai Jabatan Perikanan, mereka membekalkan sejumlah 50,000 ekor ikan untuk acara rawatan tahunan itu.
Keluarga Goud mendakwa formula rahsia untuk ubat herba itu diberikan kepada moyang mereka oleh seorang keramat selepas moyang mereka bersumpah untuk mengagihkannya secara percuma. - Agensi

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum,

Tambah pengunjung ke blog atau lama web anda dengan bertukar laman web di

Produk Muslim Ads Network

Daftar segera ia percuma

Terima kasih

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND