04 Disember, 2012

KEMBARA GENG HCOC KE IPOH... SELAMAT DATANG KE PERAK!

GENG HCOC TOURING DI IPOH

Lebih Kurang 20 anggota kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai HCOC Honda City Club  menarik perhatian sekupang bila secara kebetulan sekupang dan anak-anak singgah disalah sebuah Restoran Samudera yang terletak di sebelah Pasaraya GAINT di tambun, melihat gelagat kumpulan ini nampaknya bukan semuanya berasal dari Ipoh atau pun penduduk disini. 

Kebetulan anak teman yang perasankan kehadiran dema bila terlihat susunan atau deretan kereta Honda Civic yang diletakan dikawasan pakir bersebelahan Restoran yang sekupang dan anak-anak singgah makan, Sekupang secara kebetulan ke Gaint untuk membeli Antena TV atas saranan seorang sahabat yang mengatakan harganya murah kalau dibandingkan di tempat lain

Salah seorang dari mereka yang kehulu dan kehilir ke tempat pakir kesemua kereta Geng HCOC dengan H- Set yang tak lekang dari telinga, rupanya dia menunggu dan me mastikan rakan yang lain masih lagi belum muncul. Suadara Is rupanya orang ipoh dan dia dipertanggungjawabkan untuk menyusun aktiviti dibeberapa tempat untuk dilawati serta memastikan kesemua geng HCOC selesa dari segi penginapan (homestay) selain menjadi juru pandu arah untuk HCOC yang ikut dalam program mereka kali ini

Saudara Is dideretan kereta geng HCOC...
Agak kecoh jugak teman tengok bila mereka nie bukan main riuh rendah bergurau dan bersembang sesama mereka, Diantara kalangan mereka yang agak berusia yang juga merupakan chief dalam kumpulan ini yang dikenali dengan panggilan Abang Aziz menjelaskan kumpulan ini sebenarnya turun Ipoh kerana meraikan salah seorang dari ahli (Mohd Syafiq) yang sebenarnya menajadi raja sehari pada sabtu lalu, disamping itu kami datang untuk memenuhi masa terluang atau sekadar aktiviti sosial dimasa lapang, 

Aziz juga berkata HCOC juga dibawa melawat dibeberapa tempat pelancongan disekitar ipoh secara konvoi dan tak lupa juga salah asatu dari aktiviti mereka ialah MAKAN DURIAN yang kebetulan di Perak memang musim durian tengah berlambak disini. Teman pun diajak sama join makan durian dengan dema tu...

Rupanya HCOC bukan semua ahlinya berasal dari Ipoh sebaliknya ada yang datang dari Putrajaya, Lumut, Taiping dan lain-lain tempat. Teman cukup tertarik bila dema ni nampaknya dah jadi macam satu keluarga besar yang cukup akrab, secara kebetulan meja yang teman duduk dengan anak-anak teman bersebelahan jer dengan dema, nampaknya dema punya ikatan ukuwah yang cukup erat, moga dapat dipelihara dan dipanjangkan kepada genarasi yang akan datang,

Teman ditegur oleh anak bongsu teman bila Saudara Is bangun dan berucap untuk semua Ahli HCOC dengan memulakan As Salam dan salam satu Malaysia... Kata anak teman lagi ' AYAH DEMA NIE MESTI SAYANGKAN PERDANA MENTERI DS NAJIB, SIAP BAGI SALAM SATU MALAYSIA LAGI...' Kata teman lagi siapa sahaja yang jadi pemimpin kita kenaler kita hormat, Tanya anak teman lagi... Kenapa ayah tak join dema, boleh jugak adik dapat kembara dan melancong macam dema....' hehehe... jawab teman, dema club keta HONDA ler adik, ayah pakai proton Persona mana sama... Aler ayah buatlah group macam dema tapi yang pakai pesona ler, boleh kan?

Macamana pun teman nak ucap SELAMAT DATANG pada dema ke IPOH, teman kata kat dema... kalau nak tau disinilah dikatakan tentera Bergajah  Tun Perak satu ketika dulu menjadikan laluan mereka dari Kelang dan melaka untuk ke Perak! Diceritakan bahawa Rombongan Tun Perak pernah melalui kawasan tambun ini bila diceritakan mereka melalui jalan yang dikiri dan kanannya gunung (bukit) untuk ke Perak, sempat jugak teman berpesan pada Saudara Is... Miker kena bawak dema ke Pasar Karat (Lam looking)  esok yop ( Ahad) sebelum dema balik kerumah masing-masing 

JANGAN LUPA IKUTI POSTING SELEPAS INI! ... ADA OLE-OLE @ SAGUHATI UNTUK RAKAN SEKUPANG YANG BETTUAH!!! Kena tunggu ler!!! hehehe...next Posting jam 10.30 malam nie... 

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND