16 April, 2009

SEKUPANGDUA....ANTARA MARUAH DAN PENGORBANAN,


Sekali lagi sekupangdua terharu kerana diantara arus kemodenan dan kerakusan manusia yg haloba dengan kuasa tanpa mengira sempadan atau batasan agama maupun akal pemikiran, pelbagai taksub serta peliknya sifat yang boleh dilihat di bukit gantang...
Sekupangdua merasakan P059 Bukit Gantang menjadi bukti lain padang lain belalang... rupanya tak sama seperti di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, jauh sekali bezanya, Pentas Bukit Gantang menterjemahkan pelbagai irama... semuanya di saksikan sekupangdua dan sebelum tanggal 7hb April 2009 sekupangdua telah isytihar kemenangan yang sebenarnya... Allahuakbar!... ya allah tiada kemenangan yang aku rasa sebegini hebat... terima kasih... ya allah aku amat bersyukur dengan pemberian mu ya Allah! disini sekupang dua di perlihatkan pejuang ANTARA MARUAH DAN PENGORBANAN, Terasa begitu kerdil sekupang dua... mereka datang ke Bukit Gantang berkorban demi maruah bangsa, sungguh tak menyangka kemenangan hati seorang pejuang berlakunya di P059.
Hari ini terbukti para blogger yang datang mungkin berpangkat adinda atau adik tetapi jiwa pejuang mereka amat tinggi, ke P059 dengan mengorbankan cuti kerja, masa bersama keluarga, wang ringgit tanpa menghiraukan tidur dimana dan makan nya apa! percayalah bagi kami yang menjadi abang sebenarnya boleh tersenyum dan lega menyinggah di hati kerana melihat jiwa orang muda yang sayangkan agama, bangsa dan negara dengan rela hati berkorban segalanya demi mempertahankan maruah, tak percaya! tanyalah seangkatan kami... tanyalah abang tuah... tanyalah kekanda MAMAK... sekupangdua percaya akan hati mereka berkata... KINI.. MUNCULNYA PEJUANG YANG MEMPERTAHANKAN KEAMANAN!. Tidak lagi kuat risaunya apabila satu ketika dahulu begitu ramai orang muda jauh terpesong akibat percaya tomahan dan hasutan si lebai yg mengaku membawa kebenaran dengan memulakan agenda penderhakaan.
Kini pejuang muda telah muncul... sebenarnya para bloggers bukan sekadar berjuang di alam maya tetapi mereka juga turun ke medan perang... itulah sebenarnya kemenangan pada sekupangdua, abang tuah dan Mamak yang rasanya sudah mula melihat kelahiran pejuang muda yg lebih bertenaga dan mempunyai kekuatan tersendiri merempuh medan peperangan dengan tiada istilah kegentaran... percayalah abang pasti tersenyum dan bangga terhadap adindanya sebagai seorang pejuang bangsanya.
Sekupangdua ingin meneruskan satu lagi misi menjejaki seorang pendekar bangsa... misi... yg cuma diketahui oleh kengkawan terdekat, insyallah dengan gabungan sekupangdua dengan Abangtuah, kuntakinte dan beberapa sahabat lain, harapan ini insyallah dengan izinnya moga menghasilkan kejayaan, tersenyum sekupangdua dengan misi dulu samada sedar atau tidak sekupangdua rasanya orang yg paling mula melihat semua wajah pejuang para blogger dan sekupangdua telah berjanji pada diri sendiri... tidak akan merakam photo pejuang ini walaupun camera sebagai senjata sentiasa berada disisi.
sekupangdua juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para blogger terutamanya...semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak


Tidak lupa juga jasa mereka yang banyak membantu teman dari Perak ke Kuala Lumpur dan terus ke P059 Bukit Gantang, sekupangdua mengucapkan Jutaan Terima Kasih kerana membantu... Nama-nama seperti...

YB Zainol FadziPaharudin, Tok Yusof Kassim,Abang Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Tn Ali Hanifiah, Sayuti, Ahmad Kamal, Hakim, Kepala Perang, Afden KAMI (dari YDP, Prof, zul Fahmi, sahabat setia seperjuangan Afden, meorblack, acai///, janggut, matsyukur, yoeperak, tapingmali, ayorlemuju,selengkorubatnyamok, sifu, dan semua blogger-blogger di Perak dimana tak tersebut nama mengkomer dan jasa komer, terima kasih semua.. jasa yanga akan sekupangdua kenang sampai bila-bila

Sekupangdua juga mengucapkan Terima Kasih yang teramat kepada AYAHBONDA yang tercinta kerana menyedarkan anakanda erti keamanan dan akan mempertahankannya. pada AYAHANDA INI JANJI ANAKANDA...insyallah akan anakanda akan mewariskan semangat ini kepada cucu mu... ALLAHUAKBAR! MOGA AKAN LAHIRNYA LAPISAN PEJUANG KEAMANAN... amin

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND