19 Mei, 2009

BUBAR DUN! JOM JOIN... ADA BERANI KA?

Peluang pada semua... bagi sebab dan kenapa DUN kena BUBAR! balun jer, belasah jer point yang menjadikan sebab kenapa perlu bubar DUN!

Teman bagi chan (peluang) pada semua supaya bagi sebab atau point kenapa MESTI bubar DUN negeri PERAK! sebab apa bila kawan teman yang kerja bank kata tak nak bagi peluang penjelasan! kata dia lagi, komer tak tau.. tak adil ler! JADI UTK ADIL SPT APA YG DIA MINTAK.. jadi teman bagi chan lerr supaya dia dan geng termasuk tuan-tuan boleh bersuara! termasuk pada yg ingat tak mesti bubar dun pun boleh bersuara... tapi bagi point juga apa sebabnya yg tak boleh

Memandangkan kesian jugak pada dema, betoi jugak dema pun nak berucap jugak! bukan apa teman terpikior jugak, bila terjadi peristiwa di kampung teman simamat ni kena sound dgn taukeh edai kopi, komer ni labun (sembang) jer! apa ler tak abih-abih sembang macam wakil rakyat! sembangler kat sidang dun, ini tak! komer bersidang kat kedai kopi jerrr? orang kalau jemu atau meluat... aku meniaga, habih kastemer pelanggan) aku lari! ini kdai kopi wah, bukan tempat sidang negeri!

apapun teman anggap kalau tak ada yg bersuara, maka semua tak setuju sidang dun dI BUBAR, jadi lantak komer ler dah cakap apa pun dgn tajuk 'DUN PERLU BUBAR' ign sembang di kedai kopi! teman akan siarkan apa yg miker nak kata tapi biorler ada isi atau point nyer jangan labun jer, itu opah aku pun boleh...

SILA LAH... DENGAN INI RASMI NYER SIDANG BALUN BERMULA! MOH BALUN!

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND