26 Julai, 2010

MENGENALI PARTI POLITIK DAP.


Parti DAP atau Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party) adalah parti politik serpihan dari Parti Tindakan Rakyat atau nama singkatan PAP (People Action Party) di Singapura, diasaskan pada,Oktober 1965 dan didaftarkan di Malaysia pada 18 Mac 1966. Parti Politik ini berfahaman sosialis dan Parti ini adalah ahli yang berdaftar dengan Badan Sosialis Antara Bangsa. Orang kuat atau no.1 dalam Parti DAP YB Lim Kit Siang pernah menjadi Pembantu ahli Politik bagi LKY dan Devan Nairbekas Presiden Singapura. Walau pun Parti ini adalah sebuah parti berbilang kaum tetapi didominasikan oleh etnik Cina di negara ini.

Orang Melayu tidak berminat pada perjuangan DAP kerana Dasarnya "Malaysian Malaysia" adalah perjuangan yang bertunjangkan "hak sama-rataan", di antara kaum majoriti dan minoriti di negara ini. DAP ini ingin mencerobohi sempadan Hak kaum majoriti yang dibina sejak kemerdekaan dan termetrai dalam Perlembagaan Negara ia itu " Hak keistimewaan Melayu". DAP sebenarnya ingin memecah tembok "hegemoni kuasa Politik Melayu" tanpa memikirkan "Hegemoni Kuasa ekonomi" berada pada tangan etnik Cina negara ini pada sekian lama di negara ini. Di mana-mana negara di dunia kaum majoriti secara lazimnya adalah mengawal dan menguasai ekonomi negara dan kuasa politik tetapi di negara ini keadaan ini telah terabai sekian lama bagi kaum majoriti Melayu. Tidak menghormati hak majoriti dan ingin merobohkan sempadan ini yang telah terbina sejak kemerdekaan negara; cuma mengundang konflik etnik tidak kesudahan yang akan menghancurkan negara ini. Sempadan hak majoriti dan kaum minoriti ini perlu sentiasa saling dihormati dalam konteks negara pelbagai kaum.

Orang Melayu walau pun marah dengan DAP ini tetapi banyak UMNO kena belajar dari Parti ini dari segi Politik. Ahli DAP adalah ahli yang paling aktif dalam politik negara ini. Berkesanan parti berkenaan dalam menggerakan para aktivisnya dengan gigih dan sikap tidak pernah undur walau pun berkali-kali kalah dalam pilihanraya memberi kejayaan yang dicapai parti berkenaan inilah puncanya. Misalnya kejayaan DAP menawan Pualu Pinang menjadi titik marah besar kepada UMNO. Kemenangan DAP di Pulau Pinang perlu kita semua bimbangi. Bukan mengambil sikap marah. Pemimpin DAP tidak pernah putus asa untuk mendapatkan sebuah kerajaan negeri selepas 40 tahun berusaha mendaptkanya. Sebenarnya inilah perjuangan dalam politik sebenar. UMNO perlu ikuti semangat dan cara bekerja DAP untuk merampas ke empat negeri yang terlepas kepada pembangkang pada PR 2008.

DAP memang sebuah Parti Chaunis kerana orang Cina adalah kaum chaunis yang kuat pegang kepada identiti mereka. Sekiranya kita bimbang kepada kemaraan DAP dan Ideologi Sosialis demokrat yang diubah sesuai dari fahaman komunis masa kini ini mula meresap ke dalam kelompok orang Melayu terutama golongan PAS, orang Melayu perlu cepat sedar dan cepat bertindak. Gerak kerja seperti mana dijalankan oleh DAP perlu ditiru. Perkara Paling penting ialah UMNO perlu kena jaga intergeriti pemimpin-pemimpin bersih dari rasuah, tidak tamak jawatan dan harta, dan perlu belajar hidup sederhana. Pendekatan yang diambil oleh Lim Guan Eng, ketua Menteri Pulau Pinang yang meniru jejak langkah Khalifah Umar Abdul Aziz sepatutnya dirampas dan dipraktikan oleh semua pemimpin parti UMNO.

Kadangkala Marah akan membuatkan musuh akan menjadi lebih kuat dan kita pulak akan lakukan kesilapan yang mengikut sifat amarah tanpa menggunakan akal yang sempurna. DAP ini semakin menjadi kebal kerana dilindungi oleh batang-batang tubuh dari Parti Melayu Islam yang boleh bertahan sebarang pukulan ribut dari UMNO. Walau pun tubuh- tubuh Melayu ini yang dilindungi DAP ini awal-awal lagi tahu cara politik DAP adalah berkaitan dengan penentangan terhadap perbedzaan hak asasi, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan negara, dasar ekonomi baru dengan matlamat menjadikan setiap kaum adalah sama dan tidak ada perbedzaan taraf. Perjuangan DAP adalah perjuangan menidakan sejarah negara ini. Kenapa tubuh-tubuh Melayu ini sanggup menjadi perisai untuk DAP?. Gilakan Kuasa Politik (real politic) adalah jawapannya. Mereka ini terlalu ingin berkuasa menjadikan ini alpa tentang kepentingan bangsanya sendiri. DAP perlukan sokongan Melayu kerana DAP dibenci oleh orang Melayu. Parti Politik Islam yang mengelarkan diri mereka pejuang Islam pula inginkan sokongan bukan Islam untuk berkuasa. Maka jadilah sebuah Pakatan yang terjerumus kepada menghancurkan bangsa Melayu itu sendiri di tanah air yang dicintai.

6 ulasan:

sekupangdua berkata...

Salam abang Haji,
Dah lama tak kena artikel dari abg haji sekupang harap abg sihat sekeluarga disamping di penuhi segara roma perjuangan.

betul kata Abg Hajitak semua memahami segala pecaturan sesebuah Parti dan asas perjuangan mereka, sikap terikut-ikut sebanarnya boleh kita nampak sesangat terutama PAS parti ajaran sesat ni sudah begitu jauh tersonsang kerana mereka sendiri tidak mengetahui asas perjuangan mereka sendiri, sikap ikut rakan dengan beberapa putaran kata untuk meyakinkan mereka sudah cukup baik

cuba bayangkan asas arah Parti itu pun kita lihat berbeza-beza tanggapan yang lansung tidak nampak jenis perjuangan Parti bagai kata wak main hentam kromo berbeza dgn DAp yg cukup matang dan tahu apa tujuan serta arus apakah permainan politik mereka,

Kalau kita lihat PAS yang sebenarnya berlandaskan asas perjuangan apa? sosailis (anarkie) pun tidak sepenuh.... konservertif pun tak, Demokrasi lansung jauh yang amat tak kira segala demokrasi berpelembagaan, beraja dan sebagainya, kominis memang ada pada akhir-akhir nie nampaknya pengaruh DAP semakin menular bila ada kala diliohat Abselute Monaki semacam perjuangan islam kemudian di campur kominis dan adakalanya berubah maonakie syura. iskkk kalau nak dikiutkan sebaik PKR masuk dan DAP turut berlumba maka dah jadi carca merba arah tujuan PAS dewasa ini
jadi awas sebelum kamu turut di sonsangkan!

Tanpa Nama berkata...

Baru baru ini saya ada pulang ke kampung halaman berdekatan dgn kg binjai, pergi la ke kedai kopi dok minum sama sama puak sehati sekepala, mmg susah la nak selamatkan penang kembali ke tangan UMNO/BN. "Depa" tu kuat bersatu tak mcm org melayu, susah nak cerita panjang, ada puak PKR/PAS pemuda goyang gerudi ja, membantu tak, bila pemimpin depa mai buat "show" baru masing masing dok sibuk membodek, hak orang melayu dok merana depa tak mau nak jenguk muka atau nak baring atas jalan tak tau kenapa.

Yang best tu, pecacai tukang bloger maki hamun mcm depa tu baguih tak da relevan peluh menitik bantu orang melayu pun pun tak keluar harap mulut cakap lebih sampai percik ayaq liur, pun boleh dapat PJK. Kita semua sedia maklum dlm PJK antara P dgn K iaitu J ada jasa..depa dok berjasa kat mana? Muka hantu sekor tak da nak p tolong org melayu jelutong walhal seorang yg dapat pingat pun asal pun keturunan mamak...Cuba bayangkan PAs/UMNO dua parti besar bersatu dlm hal hal orang melayu agaknya aman M'sia ni...nak harapkan ANwar, nama pun beranak kat penang anak menantu jenguk pun tak, apatah lagi nak membantu permasalahan orang penang, tak perlulah jadi ketua umum baik jadi ketua sesumpah lagi baguih, mmg hari hari orang menyumpah sbb tu dia punya kepala hati kacau bilau. Kerja org PAKATAN kalau p tgk kat jalanraya harap banner ja penuh asyik nak berceramah sana sani, mcm pesta pulak, patutnya elak berceramah lagi baik, datang melawat buat kerja amal kat rakyat, nak ceramah apa lagi parti sendiri pun tak betul ditinggal jauh dek DAP, tak sedar sedar lagi...

BELIA WAJA WATAN berkata...

Salam ...

Mohon diizin copy ke blog kami

kampung boy berkata...

apa yang terang ialah bila ada usaha utk gabungkan bangsa yang sememangnya disanggah supaya tiada penyatuan, orang cina dan india sebenarnya lebih rasis mereka yg punya surat khabar sendiri dlm bahasa cina dan india berapa ramai diantara melayu atau mamak yg tahu apa didalam cerita mereka
cuba kita tengok berapa ramai yg menghina bangsa melayu itu sendiri, tidak ingatkah mrka menyentuh isu azan, kepala babi didalam masjid, menyentuh serta kurang ajar minta dihapuskan 153, meyanggah kuasa sultan, apa niii sedarkah mereka dima bumi yg mereka PIJAK. adakah di negara Kominis atau apatied maupun india atau china yg lansung tiada hak utk kita walaupun utk bersuara pendapat

saya setuju dengan pendapat tuan-tuan serta tuan tanah, TIDAK KAH MELAYU BOLEH SEPENDAPAT DALAM USUL AGAMA TAK KIRA UMNO ATAU PAS, biarlah tidak dapat sependapat dalam parti tetapi dalam ugama perlu sependapat kerana ita punya rujukan hukum dan panduan yang sama, kenapa perlu kafir harbik menjadi di antaranya.

sekupangdua berkata...

sila BELIA WAJA WATAN

tahniah sudut penceritaan yg berbeza, tentang perjuangan Tentera merupakan salah satu yang menjadikan saya meminati terutama bila terbabit pembikinan semuala cerita sebenar seperti Makinese 17 sg petani yg terlibat dalam peperangan di pasar bakhara (black hawk down} percubaan paskal menyelamat dan pengalaman beliau menghantar bantuan makanan. major rashid yg terkorban para 17 kem terendak, kanang para 9, insyallah boleh ler kita sambung cerita,

selamat meneruskan arena bloging!

Tanpa Nama berkata...

rasanya ada baik kita duduk bersatu hati menangkis segala Ajaran sesat oleh PAS nama pun PAS Parti Ajaran Sesat!

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND