25 Julai, 2010

PELANCARAN BERKELOMPOK PERKASA NEGERI PERAK! Demi MELAYU yang pertahankan kedaulatan bumi Perak

Saya tidak takut terkorban atau berkorban Demi Agama dan Bangsa... saya takut melihat sikap bangsa penakut bangsa saya sendiri... kata Dato' Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA semasa pelancarannya di Dewan PKM gopeng, semalam yang diringi gemuruh tepukan kira-kira lebih 300 yang hadir dari pelbagai pelusuk di bumi Perak Darul Ridzuan  

Teman dan sahabat Topan Alam bergegas dari Bagan Datoh ke Gopeng kerana terlibat dengan program disana merasakan sangat berbaloi kerana di Majlis tersebut agak mengejutkan teman bila rata-rata yang turut hadir adalah orang yang teman cukup cam wajah-wajah nie, inilah kali pertama teman tengok dema-dema ni selepas 11 bulan Perak dinerakakan Pakatan Ronggeng, wajah-wajah nie yg teman tengok di baris hadapan yang menyergah Pakatan Ruyup semasa dewan yang dikucar kacirkan samseng upahan Pakatan Rogolan nie, malah disetiap gerakan Protes , himpunan dan menyergah segala perancangan Busuk Pakatan Rosak yang sebelum ini terasa kemeriahan demi kemarakan perjuangan Bangsa sebelum nie, selepas Perak ditabir semula oleh BN teman hilang nampak dema ni kemana, aterr teman ni bukan nya sesapa, mana gayanya nak jumpa dema-dema nie,
Tak sangka teman rupa-rupa nya dema ni bila bersama memang cukup akrab, lega benor rasanya bila ada yang cuba buat cerita sesama dema ni berbalah... malah teman tengok apa saja yang disembangkan semua erita pasal perjuangan, sejuk hati teman bila mata dan telinga menjad saksi perjuangan dema yang sebenor , sejuk hati teman dan rasa tak sia-sia teman ke majlis tersebut. 

Setuju dengan pendapat Presiden Perkasa sendiri bila dia sendiri mengimbas kembali beberapa dakwaan DAP, PAS, MIC, MCA dan beberapa lagi pertubuhan yang kononnya PERKASA ini pertubuhan perkauman dan rasis, Kata  beliau 'Mereka buat tuduhan seperti itu sedangkan mereka sendiri yang telah mewujudkan perkauman sendiri!' (DAP & MCA dengan kaum cina, MIC,dengan kaum India dan sebagainya) bertindak dan kurang hajar bila pelbagai isu yang sensitif dan rasis,  malah melibatkan PAS sebagai sebagai agen suruhan dan beberapa parti dan individu sebagai pangkhianat kepada keamanan kedaulatan serta keamanan yang menjadi hak rakyat.
Kronologi pelbagai retetan isu telah kita ketahui seperti :
- Penghinaan kedaulatan raja dan sultan sebagai negara dan negeri yang berdaulat.
- Isu keris oleh Ketua Pemuda UMNO semasa persidangan Agung UMNO
- 2 Kepala babi yang dilontarkan kedalam Masjid 
- Mahu kesamaan bila Azan di Singapura tidak dibenarkan mengunakan pembesar suara
- mencabar hak-hak pribumi dalam Pekara 153  dan Kuasa-kuasa Raja Melayu
- menggunakan Parlimen seperti isu Kit Siang memepertikaikan hak melayu dengan mengajukan kepada PM
- Tuntutan kalimah Allah dipergunakan oleh puak kristian dan agama lain di gereja dan keagamaan mereka
-  Isu sekolah kebangsaan dan sekolah Cina dan India sedangkan kerajaan bersungguh menyediakan tambahan peruntukan 400 juta  di RMK 9  
teman menggelang kepala dan tersentak bila Dato' Presiden berkata 'tidak apalah kalau Pas dan UMNO tidak boleh bersatu dalam perjuangan Parti... tetapi tidak kah boleh bersetuju dan sependapat dalam isu Agama dan bangsa!' teman rasa memang benor ler PAS sudah di heret dan sekarang sudah tak boleh nak ngundor lagi, dah makan jasa yop! PAS sekarang lebih dikenali sebagai Parti Ajaran Sesat... mana tak nya segala bentuk haram dihalalkan, agama dipermainkan, sekarang ni pun semua yang datang nak dengor ustazzz kapior Harbik! tak masuk akal, jauh sonsangnya, nak kesyurga masuk pas yuran ahlinya RM2 tapi lain pulak pari Ustazzz kapor dema ni 'HIGH CLASS' bukan kata 2 rengget tapi 2 Juta kalau nak keluor parti!'

Apapun teman percaya dengan ikrar perjuangan dema-dema nie, teman doakan mereka berjaya seperti harapan Dato' Presiden yang berharap kemunculan 50 ribu ahli perkasa perak akan dapat dihimpun selewat-lewatnya hujung tahun ni, teman harap komer bekerja keras demi mempertahan dan memperjuangkan bangsa dan agama, memadai dengan PERKASA PERAK yang terbentuk dari 10 daerah... MELAYU perlu disatukan demi memertabat dan memperkasakan bangsa di tanah air tercinta, Rasanya belum lagi kaum lain terinaya berbanding dengan negara bumi mereka sendiri... adakah kita juga mendapat hak di NDIA dan  CHINA seperti mereka yang aman dan kaya raya disini?

Beliau juga mengimbas bagaimana dua pengkhianat Tian Chua dan Gobalakrisnan yang menyentuh sensitif hak Melayu, mengigit tangan Polis, menghalang melanggar sekatan Polis serta mencabar undang-undang dengan lebih rasis tidak pula dikaitkan dan di hukum. teman rasa peranan PAS sebagai talibarut dema sebenornya yang buat dema makin merak, pencacai ni demi kuasa dah termakan janji dan budi, sekarang ni lebih terok yop! sesat se sesatnya demi , demi nak kan kuasa tak timbul lagi soal hukum hakam atau hala haram, nauzubillah...
Teman doakan moga ini jadi satu aliran perjuangan Hak kita di BUMI KITA, Dato Presiden juga menyentuh... 'Memang MB(Perak) Rakyat Dr Zambry sekarang bekerja Kuat untuk rakyat... tapi soal perjuangan bangsa adalah perjuangan kita', secara sepontan sahabat teman yang disebelah menyampuk... memang yop nampaknya Zambry Macam kerja sorang-sorang jer! jadi teman harap benor yang lan kena tampil dan berjuang sebagai pemimpin kepada rakyat, tak kan komer dah lupa apa yang dah diterjemahkan semasa PRU 12 yang lalu, idak ker terfikir apa yang akan jadi PRU 13, ketepikan yang 'hanky panky'  utamakan untuk rakyat seperti kata PM kita Rakyat diutamakan... jangan jadikan PRU 13 makin banyak lagi yang akan tumbang dek kerana rasa getek rakyat, yang tengah kuat kerja kena lipat gandakan kerja, selami pemikiran dan kehendak rakyat, 9begitu juga dengan PERKASA yang sekarang sudah pun ada 99 daerah di serata malaysia dan mendapat sambutan yang amat berani, kita harap ia jadi landasan kehendak dan perjuangan Rakyat
Diakhir majlis dempat dema umumkan pada 20hb Oktober 2010 nanti, akan diadakan Perhimpunan Raksaksa Melayu di Bumi Perak dengornya Tun Mahatir pun akan turun, jadi komer siapler pangkah kat kelender kome utk booking hari tu, HIDUP MELAYU! sekupang terima kasih bebanyak pada komer pejuang yang tak lupa ropa teman walaupun dah lama idak jumpa sesama kita. 

5 ulasan:

AbgTuah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AbgTuah berkata...

SALAM BRO SEKUPANG DUA..

DALAM DIAM TAK DIAM..DAH DUA TAHUN LEBIH KITA BERJUANG DI ALAM SIBER...

KEMBALI MENGIGATKAN PERJUANGAN KITA MENGHENTAN PUAK JUAK PAKATAN DI BLOG PEMUDA ENGGANG..

BERTAPA HEBAT NYA KITA KETIKA ITU..SERANGAN DEMI SERANGAN KITA HALAKAN KEPADA PUAK JUAK KEPARAT.

KITA BERJUANG SECARA INTENSIF LAGI BERSEPADU...SALING PULA SOKONG MENYOKONG ANTARA SATU SAMA LAIN..SEHINGGAKAN TENTERA SIBER PUAK JUAK MERASA AMAT CEMBURU DENGAN KEAKRAPAN PERSAHABATAN KITA..MALAH ADA PUAK JUAK YANG BERKATA.."KAMU MENANG DEBAT SIBER KERANA KAMU SALING SAYANG MENYAYANGI ANTARA SATU SAMA LAIN"

YANG KAWAN GELI HATI...BERKAT SERANGAN HEBAT KITA..IAITU BRO SEKUPANG DUA...KUNTAKINTE...MAMAK HAJI...BATTLESHIP...APAI NGELAI..YEOP PERAK..TUAH DAN LAIN-LAIN..TELAH DAPAT MENGUCARKACIRKAN KESELURUHAN BARISAN PERTAHANAN SIBER PIHAK PAKATAN SONGSANG, SEHINGGA ADA SATU KETIKA MEREKA TERPAKSA MENGIMPOT BARISAN RESERVE SECARA BERAMAI-RAMAI....KAH..KAH..KAH..

ITULAH DIA YANG DIKATAKAN PERJUNGAN SECARA BERSEPADU DAN PASTINYA AKAN MENGHASILKAN IMPAK YANG JITU..YANG BISA MENEMBUSI WALAU SETEBAL MANA PUN BENTENG PERTAHANAN MUSUH..

YA..SOROTAN DARI KISAH DI ATAS KAWAN TERINGAT PERIBAHASA "BETAPA KITA BERSATU AKAN BERTAMBAH MUTU"

KAWAN SEMEMANGNYA MENYOKONG PENUH TANPA ADA RASA SANGSI ATAU BERBELAH BAGI TENTANG PENGUJUDAN DAN KEWUJUDAN PERKASA.

BAGI KAWAN, PERKASA MAMPU MENYATUKAN KITA..MENYATUKAN KITA UNTUK BERTAMBAH PERKASA..DAN SETERUSNYA UNTUK MENGEKAL KESINAMBUNGAN LEGASI TRADISI DATUK NENEK MOYANG KITA UNTUK TERUS MEMEGANG TAMPUK KUASA..

PERPATAH TUAH...SOKONG PERKASA..MELAYU BERKUASA DAN ITU SAHAJA YANG TUAH MAHU FAHAM TENTANG PERKASA.

LUAS MAKNANYA MELAYU BERKUASA...

BUKAN TUJUAN KITA BERKUASA HENDAK MENINDAS BANGSA LAIN..TIDAK..TIDAK SAMA SEKALI..ISLAM TIDAK MENGAJAR KITA MENGINAYA SESAMA INSAN.

BUKAN MADSUD KITA BERKUSA BERTUJUAN UNTUK MEMUSNAHKAN SISTEM DAN DEMOKRASI YANG TELAH DIASASKAN OLEH PEMIMPIN KITA (PEMIMPIN MELAYU, CINA, INDIA) TERDAHULU..TIDAK..TIDAK..TIDAK SAMA SEKALI..! ISLAM TIDAK SESEKALI MENGAJAR KITA MEMUSNAHKAN APA YANG BAIK YANG TELAH TERBINA..

JIKA SEGALA YANG NEGATIF TERSEBUT ADALAH TUJUAN PERKASA MAKA KAWANLAH YANG PERTAMA AKAN KELUAR MENENTANG PERKASA..!!!

SEBENARNYA PADA KEFAHAMAN KAWAN...!!!

KITA MAHU KUASA SUPAYA KEAMANANAN TERUS KEKAL DI NEGARA KITA DAN BAGI MENGELAKAN BANGSA KITA TERTINDAS LALU MEREMPAT DI TANAH AIR SENDIRI.

KITA MAHU BERKUASA BUKAN UNTUK MEMUSNAHKAN SEGALA PARTI BUKAN MELAYU..TIDAK..TIDAK..SAMA SEKALI..KITA INGIN BERKUASA BAGI MENGEKAL DAN MENYUBORKAN DEMOKRASI MALAH KITA MAHU MELIHAT DEMOKRASI TERSEBUT SENTIASA DIHORMATI.

KITA MAHU BERKUASA BUKAN KERANA KITA INGIN MENYERANG MANA-MANA BANGSA ATAU NEGERA...TIDAK..TIDAK SAMA SEKALI..CUMA KITA INGIN BERKUASA AGAR KITA DAPAT MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN RAJA DAN NEGARA INI DARI SERANGAN ASING DARI DALAM MAU PUN LUAR NEGARA.

KITA TEGASKAN DISINI...DENGAN KUASA YANG KITA ADA KITA MAMPU UNTUK MENGEKALKAN KEDUDUKAN DAN KEDAULATAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU.

KITA INGIN BERKUSA BUKAN KERANA INGIN MENGHAPUSKAN MANA-MANA AGAMA SELAIN ISLAM...TIDAK..TIDAK..TIDAK SAMA SEKALI. ISLAM MENYERU KITA MEGHORMATI SEMUA AGAMA LAIN..'AGAMA MU AGAMA MU, AGAMA KU AGAMA KU...' KITA INGIN BERKUASA KERANA KITA INGIN MENGEKALKAN KEBEBASAN BERAGAMA DI NEGARA INI..AGAR JANGAN ADA MANA-MANA PIHAK ATAU KUMPULAN CUBA MENGINAYA ANTARA SATU SAMA LAIN...

JADI ITULAH KEFAHAMAN KAWAN TENTANG PERKASA...

SOKONG PERKASA..KITA BERKUASA UNTUK MENGEKAL KEAMANAN..!!!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..

Padan dan secocok dengan nick ABANGTUAH. Setiap kata dan wadah abang sememangnya zahir dari pemikiran yang matang lagi positif.

Syabas abang tuah dan sekupangdua..dan kami akan terus menyokong PEKASA.

Tanpa Nama berkata...

menjadi kebangaan kami orang perok dengan setiap cerita dalam sekupang 2, apa salahnya kalau buat reunion, teringin juga nak tengok macamana si Abang tuah, Apai, bo kunta kinte, mamak, bttle ship macam abang tuah katakan tu!

bukan apa yeop rasanya bagi kami rasa sikit perjuangan kalian semua, hehehe kalau ada ingat nak buat bagitauler

Tanpa Nama berkata...

sudah lama sepatutnya wujud petubuhan melayu yang berjuang demi keikhlasan memertabatkan agama dan bangsa kita sendiri

kerana sekarang kini kita juga masih ada pemimpin yang sedang leka dan mengaut kesenangan dan sepatutnya kerja-kerja utk kembalikan maruah perjuangan UMNO khasnya sudah bermula dari sekarang oleh mereka-mereka ini

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND