08 Mac, 2012

TIGA KISAH YANG SEKUPANG ALAMI PERIHAL MELAYU...

Allahuakbar... Minggu ni belum berakhir tapi teman diperihatkan Allah erti kemanusiaan, 3 kejadian didepan mata...

kisah 1. Semasa balik dari Melaka, bertemu dengan seorang muda di Rawang yang separuh betui mundar mandir & tak henti bercakap ' memang tak guna melayu sekarang, melayu bunuh melayu, melayu yg ada nak dibunuhnya' kepada siapa dia maksudkan sampai jadi tak betui teman tak tau, cuba memujuk dia dgn belanja makan tetapi diusungnya makan menyorok. Kisahnya berakhir sekalipun teman cuba memberi dia rokok dan cuba bertanya... Tapi dia ambik dan terus menghilangkan diri...

Kisah 2. Didatangi oleh seorang gadis 24 th mengadu di dipukau semasa dalam perjalanan balik kekedah, nak menjual h set untuk tambang balik ke KL semula, lepas tu masuk cita psl dah kawin disiam dan dah ada anak laki lari entah kemana, anak 4 bulan dengan pakcik... Cuba bertanya kepada rakan bloggers yg bersama teman utk diselesaikan ttg anak yg tak ada surat beranak, teman perasan dia cuba menekan kelopak mata agar air mata hadir...
Akhirnya rakan bloggers disebelah teman terus tanya ' KENAPA ADA CHOP KAT TANGAN? (kebiasaan untuk mereka yg masuk karoke dan disco) sigadis tu nampak macam tersentak dan tukar topik yg dia tak sedar... tak berlalu begitu sahaja dia pergi dengan RM 30 dan mengisi perut dengan teh o ais dan satay yg sahabat teman belanja, kata member teman 'BERSANGKA BAIK BRO! ANGGAP KITA SEDEKAH ATAU BAGI MAKAN KAT ANAK-ANAK KITA JER, REZEKI DIA...

Kisah 3 semalam bila teman terlihat sebuah kereta berhenti ditengah-tengah jalan (jalan bersebelahan) dan keluar seorang muda berpakaian kemas dalam hujan belari kebelakang (teman tak nampak kejadian sebab jem) bila sampai baru teman tahu dia basah kuyup membantu seorang gadis yang kemalangan bila motosikalnya dilanggar oleh sebuah kereta ....

Apa hikmah dan suratannya masih belum terjawab? Komer boleh tafsir untuk kita mencari hikmahnya? MOGA ALLAH MELINDUNGI BANGSAKU DARI HASAD MEMECAHBELAHKAN KITA ... AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini cerita biasa yop. kejadian biasa dalam dunia yang huru hara ni. tak payah nak pening kepala nak tafsir benda2 macam ini. banyak2kan astaghfar, insyaallah Allah memelihara kita semua. P ramlee dalam lagunya ada menyebut: sijujur menjadi mangsa, pandai menipu lekas berharta! Nah, pilih mana yang kita mahu! yang penting jangan lupa JANJI TUHAN. si gila, biarkan yang mereka yang berkenaan menguruskannya. kita tak perlu jadi gila memikirkan telatahnya. ada beribu orang gila di malaysia!

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND