04 Mei, 2012

AL FATIHAH... BUAT KUMAN, MOGA ROHNYA DITEMPATKAN DIKALANGAN YANGDISAYANGI ILAHI,


Inalilla hiwa ina lillahirojiun, Banyak kenangan Teman dengan Kuman seawal 90an lagi, Teman tergamam sekejap bila terima berita BOB KUMAN telah Meninggal dunia sebentar tadi, Doa teman moga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Menggamit kenangan teman bersamanya masa lalu. Drama yang pertama beliau berlakon yang tajuknya AKEDEMI SENI kalau tak silap ler... drama yang diarahkan oleh Baharuddin Kadir adalah berkisar cerita golongan anak muda yang menceburi akedemi dibidang seni. Arwah ketika itu berganding dengan Kumin dalam cerita tersebut mereka bersahabat baik dan menjadi pelajar akedemi yang penuh kelakar dan disenangi dalam akedemi

Lokasileh bbe pun menggunakan Akedemi Seni yang ketika itu diPadang Merbuk, Kuala Lumpur, ramai lagi pelakun termasuk Min Malik yang menjayakan drama bersiri tersebut. Inilah kali pertama bagi Bob Kuman dan kumin berlakon sebenarnya.

Setiap hari Waktu pagi Kuman akan diambil dan sebaik selesai akan dihantar pulang dengan menggunakan kenderaan Art Department yang mana ketika itu teman sebagai Pengarah seni atau Art Director pergi dan balik akan bersama kuman kerana tempat tinggalnya satu arah dengan rumah teman, ada beberapa pekara yang menjadikan teman tidak dapat melupakannya ialah bila...

1. Sebaik masuk sahaja kedalam Van kuman maupun Kumin, tak buang masa tu, pakat tidor ler, apatah lagi dalam masa perjalanan pulang pun akan dimanafaatkan
2. Pernah berkata, yang tak sanggup tu balik rumah bukan boleh tidur tapi kena settel basuh baju dulu sebab nak digunakan semula nanti, ' Baju macam kita orang bukan senang nak dapat, tu yang kadang kala tak banyak pilihan wardrobe (pakaian) guna baju acapkali...
3. Soal makan di lokasi ni selalunya tiada pembaziran bila sahabat kita nie jarang menghampakan... Hehehehe...

Produksi semasa didalam mencari atau casting pelakon sebelum itu memangmemerlukan watak seperti mereka. Sehubungan itu menawaran watak mereka dalam Drama bersiri tersebut
Ketika itu mereka berdua dikenali ramai dengan sebagai kumpulan penyanyi yang menggelarkan diri mereka sebgai KU 2, atau maksudnya Kuman dan Kumin. Lagu mereka agak meletup dan mendapat sambutan yang menggalakan...

Bagaimana pun Sekupang mngucapkan takziah kepada keluarga, moga Allah meletakan rohnya bersama orang-orang yang beriman... Amin

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND