16 September, 2012

MAHARAJA & KING DALAM DAP?

ed
sekadar hiasan... maharaja
Sapa sangaka, DAP ada king atau Maharaja? terdekat ini kita dapat melihat satu lagi tektik atau cara untuk DAP selamatkan kroni ker? 23 haribulan nie dikhabarkan satu konvensyen besar bakal berlaku, tetapi yang kita tak sedar imuniti akan diberikan kepada yang berkepentingan atau Kroni dalam DAP? apa juga dihalalkan cara untuk mereka bagi menyucikan nama dan isu panas yang sedang dilalui...

Terbaca dalam blog rakan yang membuka akal atas kesimpulannya dalam diam adakah DAP melindungi kroni atau Maharaja mereka dengan menyucikan sebelum sesuatu agenda besar bakal berlaku? Dalam Blog Pak Tam membuat kita terfikir bila ada sesuatu agenda besar DAP akan melindungi Maharaja mereka,  sebelum ini apabila timbul mesyuarat tertinggi DAP yang panas dengan telagah antara dalaman yang pertikaikan Maharaja yang rata-rata tau kes Maharaja yang belum sudah dan masih dalam siasatan SPRM bolos cuma dengan satu saman, kini pula kita di hangatkan pula dengan kehadiran Konvensyen yang bakal mengundang.... maka timbul lah pulak Artikel yang menyebut dia yang menang, kononnya pihak lawan yang mengaku dan memohon maaf walaupun tidak pernah ada pekara sebegini

kalau diperhatikan dalam blog Maharaja ini pun, postingnya nampak longgar hanya sekadar mahu menjadikan dia pemenang atau lebih tepat lagi tidak bersalah, artikel yang macam hampeh dengan ejaan nama yang salah, tajuk yang jauh lari dari cerita, penglibatan portal dan akhbar semacam rasiss yang hanya boleh dibaca oleh kaum cina adalah jalan terbaik menyucikan segala kesalahan yang telah dilakukan atau lebih tepat lagi mendahului makamah sebagai TIDAK BERSALAH, nampaknya kalau benarlah DAP tidak mengambil sebarang. tindakan maka layaklah Parti ini juga nampaknya melindungi diatas kepentingan seseorang tanpa perjudis, apa sahaja datang dari mereka kroni atau Maharaja mempunyi kuasa yang lebih besar dalam parti tersebut. kita tunggu apa akan jadi dan menyaksikan bukti betapa DAP sebenarnya berkuku besi atau sebaliknya dengan mengambil tindakan tegas demi perjuangan parti tersebut.

Lazimnya kita amat tahu dimana Setiausaha AGUNG nampaknya punya veto atau tidak? bagaimana pula yang berhaluan kiri atau berkecuali, DAP juga bukan parti untuk orang cina sahaja sebaliknya ada lagi kaum yang berjuang untuk parti terdiri dari kaum India, singh dan tak lupa juga Melayu sendiri yang kini heboh diperkatakan bakal menjadi calon Menteri Besar jika menjadi, apapun kita tunggu dan lihat adakah kebenarannya, sebelum ini paling hangat dua orang anak muda sehijau daun pisang yang melalak kononnya parti DAP lah dapat mengangkat mertabat dan oenindasan kaum Melayu sekarang, pada teman setakat baru menyapu hingus dan baru nak mengundi ada eloknya baca dulu buku sejarah yang ada, jangan tanya apa jasa miker negara pada miker, tapi tanyalah apa jasa mak bapak dan miker sendiri pada negara! 

Apa pun bolehkah kita percaya dengan imuniti perlindungan kelas tertinggi terhadap Maharaja-maharaja atau sebagai mana sejarah Negara China yang tersohor dengan dynasti sehingga kini, adakah demi kepentingan seseorang maka wajib dilindungi? Siapa mereka untuk dilindungi, apakah makin kuat buat onar makin kuat populariti dan dilindungi? Demi parti atau demi Maharaja atau demi parti atau demi rakyat?DAP perlu memberi penjelasan, bukan kita tak tau sudah lama ada sebahagian yang menentang dalam parti tentang hak yang dilindungi dan juga hak siapa yang mencantas bagi mereka yang berhaluan kiri ataupun yang cuba menegakan kebenaran dalam perjuangan parti?

Sejauh mana pun huraiannya, rasanya kita tak boleh merujuk sejarah? kenapa teman kata begitu?  memang benar sejarah tertua didunia kita mengetahui sistem Dynasti atau raja atau maharaja  di China merupakan lagenda didalam kamus sejarah dunia, lazimnya kita tahu bagaimana besar dan agungnya raja mereka dalam era penaklukan dan pembesaran Empayar yang memahsyurkan beberapa Dynasti seperti ming, Cheng dan sebagainya. dalam pertemuan Hang Tuah dengan maharaja mereka pun terpaksa tunduk malah bagi semua yang menemuinya terpaksa tunduk dan tidak dibenarkan mengangkat muka melihat maharaja sekalipun. Keenganan menyebabkan boleh dipancung dengan hanya mengangkat muka kecuali alkisahnya Hang Tuah mengangkat kangkung tinggi sebagai helah menunjukan Dia cukup cerdik utuk tidak menggores hati yang ada....

Boleh ker kita percaya dengan DAP?  Sejarah tidak dapat diubah , sejarah juga membuktikan bahawa segala kemahsyuran dynasti dan maharaja kini telah pun terkubur, kerana apa? komer sendiri tau sebabnya,adakah ini juga yang kita nak jadikan pertaruhan untuk bumi Malaysia? istana dan kemahsyuran kini setakat dapat kita saksikan dalam filem-filem aksi yang menyeronokan bila menyaksikan betapa gahnya dimasa itu. apakah DAP juga mahu menjaga Maharaja atau sebaliknya demi rejim dan kerakusan kuasa dalam parti?  lu pikirlah sendiri...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND