27 November, 2012



PERAK CYBER TROOPERS BERKAMPUNG DI PWTC SEPANJANG P.A.U 2012

Perhimpunan Agung UMNO yang bermula pada hari ini sehinggalah 1hb Disember kali ini bukan sahaja menjadi perhimpunan Pejuang sang saka bangsa bersatu, berhimpun dan seterusnya membawa agenda perjuangan UMNO demi memertabatkan Agama, Bangsa dan Tanah Air, Perhimpunan Keramat ini tentunya menjadikan semua pembangkang tidak senang duduk bila bakal ada pelbagai pendedahan serta pembahasan terutama arah tuju dan memperkasakan Melayu ditanah Tumpah Air yang disayangi

Tahun 2012 ini juga sebenarnya menjadikan sekupang terpanggil untuk turut hadir apabila dimaklumkan kumpulan bloggers negeri perak yang menggelarkan mereka sebagai PCT seramai hampir 20 bloggers kesemuanya kali ini akan berkampung sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2012 kali ini yang juga merupakan gelombang gergasi kebangkitan pejuang yang bakal mengegarkan segala perancangan sonsang Parti Pakatan Roket yang juga satu ketika dahulu pemimpin utama mereka juga merupakan bekas ahli UMNO ketika itu. nampaknya PAU kali ini tentunya membuatkan semua talibarut, pencacai dan barua kepada pakatan pembangkang yang kita ketahui diketuai oleh Parti yang paling rassis dan paling dibenci oleh kedua-dua rakan parti mereka yang kini menjadi bergabung demi tamak dan haloba semata-mata mahukan kuasa.

Lebai-lebai sonsang berakal pendek menjadikan keturunan menghuru harakan negara satu ketika dulu lupa yang 13 Mei yang dicetuskan mereka, malah untuk mendapat kuasa yang belum tentu ada dan jaminan kemenangan dengan harapan bakal ada lagi patung suruhan sebagai ketua negeri masih dalam mimpi,
Memang cukup ajaib! Muka-muka yang mencetuskan pelbagai peristiwa kejam terhadap bangsa kita sendiri kini bersatu dengan parti yang dicacaikan sebagai hamba kepada mereka

PCT juga menjadikan PAU kali ini sebagai susunan saf perang untuk PRU 13 yang tak berapa lama lagi bakal menghadapi PRU 13. PAU juga merupakan persiapan akhir dan penyusunan SAF PERANG MAYA apabia PCT juga bertindak mengambil kesempatan dengan brbincang dan berhimpun dengan semua bloggers seangkatan semasa PAU bersidang

Seperti maklum yang kita cukup tahu setiap kali PAU bersidang maka bakal ada juga pencacai dan barua yang bertuankan pemimpin kerosakan moral akan melompat tak tentu pasal macam kera bermain belacan, bukan sahaja bloggers Pejuang untuk UMNO, BN dan BEBAS yang menyokong kerajaan malah paling sibuk meracau dan meroyan tentunya turut menjadikan PAU tajuk dan cerita utama diblog-blog tukang karut dan fitnah meraka tentunya takut dan cemburu dengan kebangkitan UMNO setiap kali bersidang

Apapun sekupang nak ucapkan tahniah keoada PCT dan semua bloggers yang turut hadir sepanjang PAU dilansungkan kali ini, Insyallah teman akan ikut sama, boleh kita jumpa disana nanti! Pada yang tidak dapat turut sama jangan lupa ikuti perkembangan PAU terus dari perakcybertroopers.com. yang nampaknya akan membuat liputan sepanjang PAU diadakan, jangan lupa singgah dan menjadi rakan (followers)kepada PCT jugak. Tinggalkan pendapat anda dan kita berkongsi pandangan bagi memertabat dan memperkasakan agama bangsa dan tanah air... Allahuakbar!!! Ayuh kita bangun dan tentang puak-puak yang merosakan negara demi kuasa

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND