07 Januari, 2013

ALHAMDULILLAH, MEMANG PERIT TAPI IKTIBAR UNTUK RAKYAT TENTANG ALJUBRI

teman suka tengok CONTROL MACHO!
Hampir ke PRU 13 nampaknya semua yang perah hidup sampai hari nie terutama rakyat Malaysia nampaknya tak akan dapat melupakan hidup yang seketika aman tidak terfikir akan menjadi huru hara oleh seorang manusia yang kini digelar Aljubri oleh Rakan yang begitu karib sekarang nie dengan gelaran Mat Taboo, Negara yang didiami oleh pelbagai kaum dan aman kini mula menampakan sentiasa ada kacau bilau. Siapa sangka punyalah aman Malaysia nie tetiba sekarang sudah ada yang berontak diatas jalan, rosakkan harta awam, Polis juga teracam, terbalikan kereta, diajak menjadi hakim memenangkan segala kepincangan, kerosakan ahklak rakyat, kemusnahan minda masyarakat dan pelbagai lagi kemusnahan yang TIDAK pernah kita terfikir, semuanya... hanya sebab seorang manusia yang kita dengan cita-citanya menjadi Perdana Menteri

Hari ini bukan lagi benda pelik dengan bermulanya episode yang mengahalalkan semua golongan termasuk tok lebai boleh menonton aksi lucah bersama China Doll oleh pemimpin tertinggi, Lucah bukan lagi pekara yang paling sensitif kepada rakyat terutama Orang Melayu dan tentunya paling ditegah dalam Islam, bahkan paling mendukacitakan harapan ibu dan ayah bila banyak anak-anak  yang menyimpan koleksi Lucah dalam H-phone, malah paling menyedihkan aksi ranjang berlambak yang dirakam dengan baju sekolah yang sebenarnya menghiris hati mak bapak yang tentunya menyimpan separuh kesangsian dan ketakutan hati ibu bapa dengan tungkah laku seperti ini.

Semenjak itu kita makin pelik bila terangan gambaran ini dinafikan, sudahlah kesilapan dalam menilai hati Tun yang kecewa dengan timbalannya satu ketika dahulu, Orang tua ini tidak pernah marah pada Rakyat yang mengecamnya, malah hari ini semua sudah terbukti dan reality nya adakah kita yang salah menafsir merendah diri seperti yang dituntut untuk memohon maaf atas segala kecaman dan kutukan kepada Tun suatu ketika dahulu?

Tak hairan lah untuk menjadikan selamat yang paling afdal ialah membakar api kemarahan dan meletakan segala keburukan kepada lawannya oleh aljubri, segala syak wasangka dan reka cerita amat penting bagi menyelamatkannnya, paling penting dan selamat kena jadi orang nombor satu dalam Malaysia, jadi... carilah apa cara pun untuk itu, yang penting kena berkawan dengan siapa sahaja, termasyuk bersekutu dengan yahudi ataupun tentera dajjal, Tak salah kalau teman berpesan untuk rakyat dan umat islam yang cintakan keamanan untuk Generasi mendatang kita, Berfikirlah dengan waras kalau jenis ini yang ni kita bagi kuasa, tentunya yang pertama DENDAM akan terbalas, amat mudah dan bakal mendapat sokongan dengan mudah oleh penyokongnya yang sekian lama usaha menanam hasad dihati mereka untuk bersama merasakan dendam ini juga milik mereka

Rakyat bukan sahaja pelacur bahasa, malah maki, caci, fitnah, dan segala ciri utama dajjal telah diserapkan oleh yang bernama Aljubri, selagi ada yang boleh memfitnah dan memburukan yang berjasa akan dijadikan rakan, soal sepatutnya memperjuangkan hak rakyat tidak ada sebenarnya dalam agenda ataumsekalipun lambang parti, itu hak dia, dendam dia dan tujuan dia, Apa yang dilakukan untuk utamakan nasib rakyat tidak penting,  yang penting apa daja dendam dia adalah juga dendam rakyat, mungkin dulu kita katakan tak patut Ketua Polis lepuk mata dia sampai lebam, tapi hari ini juga kita terlupa Apakah dengan mata lebam sebelah mata dengan apa yang dia kecapi mewah, dikenali seluruh dunia termasuk yahudi, kaya, punya kuasa memporak perandakan sesiapa sahaja, bebas merata dunia dan paling jengkel kuasa menghancurkan naluri kesyukuran umat islam dan rakyat Malaysia, Kalau disarankan kepada semua berjuta yang akan sanggup dengan lebam sebelah mata boleh jadikan mewah dan mahsyurkan diri sehingga begini... dua belah mata lebam pun tak apa... hehehe janji boleh kaya dan mewah sepanjang keturunan.

PRU 13 yang bakal tiba bakal menjadi teka teki akan datang oleh semua rakyat Malaysia dan Dunia, sebaliknya kita juga sudah tau kesudahannya nanti, pelik kan kenapa suka sangat menjurus kepada kehancuran, rampasan kuasa demo haram dan lain-lain yang menjadi penyakit yang berjangkit dunia hari ini, Kepada SAHABAT TEMAN yang WARAS tentunya sependapat dengan teman, Mana Ada Ugama yang menyuruh umatnya melakukan kejahatan  dan dosa?, dan sama jugalah dengan PARTI... mana ada PARTI yang mahukan negara pimpinannya huru hara dan musnah? Allahuakbar tidakkah belajar dari yang kita sudah tengok bagaimana KESUDAHANNYA NEGARA YANG BANGKIT HASIL DARI PEBERONTAKAN ATAU DEMONSTRASI? Timur tengah, Palastine, Iraq, Afgan, Bosinia dan banyak lagi yang kini masih menghimpun carta yang sentiasa bertambah Maut istimewa untuk dipaparkan kepada dunia yang sebenarnya tidak akan membantu lansung, jangan salah pengiraan yop! kita mulakan punca maka tanggunglah semuanya... kenapa nak sangat huru harakan negara, demo, perarakan haram, keganasan, bermusuh sesama sendiri, memarakan api bermusuhan dan banyak lagi yang kini sebenarnya sudah pun terlaksana  adanya

Teman tak nafikan semuanya pekara begini memang terjadi, memang yang meyenangkan sekalipun berdosa tetapi kalau pakat ramai-ramai yang sepakat membenarkan memang menggembirakan, Walupun sebenarnya tuntutan dalam Islam meletakan hukum yang dosa itu tetap dosa dan wajib tidak untuk laksanakan, tetapi pelbagai alasan yang memujuk hati menghalalkan rupa, ibarat beri alasan bila pegi melacur di Siam, ' Ala kat sini (siam) pak haji pun hilang lebai bro!!!  demi nafsu halalkah ayat ini, mudah sebenarnya dalam Islam, tak kira apa sahaja kalau dalam hukum adalah amat berdosa maka tak kiralah sapa saja sekalipun Pak Haji, hukumnya DOSA tetap Dosa! 

Apakah dengan dendam seorang manusia sebegini kita kena gadaikan negara, kena gadaikan nasib anak-anak genarasi akan datang, gadaikan Kehancuran Islam, gadaikan maruah diri dan adat... belum lagi ada, yang kita lihat dengan mata dan hati keikhlasan ... mana negara yang kembali aman selepas peberontakan, malah bernafsukah kita melihat setiap hari kemusnahan, tangisan, hancurnya anak kecil dalam dakapan degan basahan darah, membunuh sesama sendiri seperti di benua afrika kerana  dendam dan marah golongan yang membawa negara kepada kehancuran... apa semua ini dicitakan oleh kamu sebagai pencita keamanan... inikah yang kalian mahu untuk genarasi anak-anak kita nanti...

Kena akui hukum tetap hukum dan kalau meyenangkan dari menggelak hukum itu namanya memujuk nafsu, maka wajib istigfarlah sebenarnya kesalahan.... itulah punca kehancuran... Jadi jangan jadikan undi anda mengikut hati dan dendam kesumat aljubri, NEGARA INI BUKAN MILIKNYA SORANG...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND