Seikhlasnya teman & rakan berbangga dengan Anwar! Sewajarnya diangkat dan di tabalkan kerana apa yang dilakukan sebenarnya kita berbangga dengan jasanya mengharumkan nama Malaysia dimata dunia, sanggup mengadaikan nyawa dan paling bangga bila dengan apa yang dia buat menjadikan satu dunia cukup hormat dan harumkan negara yang dinamakan Malaysia bumi kesayangan dan kebanggan kita.
Sayangnya Anwar yang teman maksudkan ialah Leftenan Komander Khairul Anwar yang juga merupakan dari unit Komando Elit PASKAL dari Tentera Laut Diraja Malaysia yang berpusat di TLDM Lumut... Teman sudah pun menceritakan kisah pengalaman beliau semasa di benua Afrika seperti Somalia, Uganda dan beberpa negara di benua Afrika sebelum ini.
Bagaimana pun mungkin ada yang menjengah blog teman sebelum ini mahu tahu Kisah Benar 3 sambungan dari sebelumnya (Kisah Benar 1&2)
Pada yang mungkin tidak mengikuti episode sebelum ini boleh ikuti episod kisah benar disini dengan klik di KISAH BENAR 1 dan KISAH BENAR 2 sebelum mengikuti cerita teman KISAH Benar 3 disini, sambungan dari episode sebelumnya bila Anuaro yang akhirnya berjaya melepasi sekatan dilaluan yang penuh dengan Periuk Api. Meninggalkan budak remaja tersebut.
Sebaik beberapa jam perjalanan konvoi tersebut mereka kali ini berdepan satu ujian lagi rintangan kepada usaha mereka. Kali ini sekumpulan kanak-kanak yg berumur belasan tahun, mengikut anggarannya kumpulan kanak-kanak tadi yang hanya berumur diantara 12-16 tahun seramai 9 remaja nie dari jauh sudah boleh dilihat bagai menunggu kederaan sampai ke tempat mereka.
Melihat kepada remaja sebaya itu cukup jelas kita boleh melihat betapa mereka yang cukup ketara berbeza dengan anak-anak kita di Malaysia kita. Dalam keadaan serba daif, kelaparan, pakaian yang tidak terurus dan bermacam-macam lagi bezanyan dengan anak-anak kita yang boleh bermain bersama rakan lain dan paling kita dapat membandingkan nya dengan kita, Jauh benar Bezanya.. tentulah bentuk fizikal anak-anak kita yang cukup segala keperluan kalau mahu dibandingkan dengan mereka yang kurus kering tanpa ada masa depan yang cerah boleh dijanjikan di Negara yang cukup miskin dan hancur dek kerana Perang...
Pembantu beliau juga memaklumkan kepadanya, inilah rintangan terakhir yang mereka perlu lepasi. Dia juga memberitahu kawasan ini sebenarnya dibawah seorang ketua Pemberontak yang digelar sebagai General Ayob (bukan nama sebenar), dia juga amat digeruni kerana ketegasan nya. Disnilah baru Anuaro faham kenapa mereka boleh bertindak kepda sebuah keluarga tanpa mengira tua atau muda jika mengkhinat perjuangan mereka. Bagi mereka sebab atau punca kejatuhan negara mereka yang mengheret kekancah perangan sukar diampun walaupun sewarna kulit. Bagi mereka pengkhinat inilah yang membawa kehancuran negara merupakan musuh dan dendam mereka mesti dibalas nyawa.
Sebaik turun dari kenderaan Anuar terus memberi salam dan mengangkat kedua tangan dan berkata Peace! We come in peace... Anak-anak muda yang masih kecil dan HIJAU ini kalau mahu bertempur tengan Anwar nie pun belum tentu boleh menang, sebagai seorang komando Anuar lebih bersedia dan faham bagaimana bertindak dengan tanpa senjata. Bagaimana punmelihat mereka dengan pelbagai senjata termasuk pistol dan AK47 buatan russia ini nampaknya anwar perlu berhati-hati
Seperti yang diduga Anwar sekali lagi dihalang meneruskan perjalanan, menurut mereka General tidak membenarkan sesiapa sahaja melaului jalan ini. can I see your general, Anwar berkeras mahu berjumpa general, I Bring food and medic for your brother who realy need it kata Anwar, salah seorang dari mereka mengacukan senjata ke Anwar dengan agak marah...
Dia kata Anwar nie cukup berani nak jumpa General, dia tahu tak yang siapa sahaja yang berani nak berjumpa General pasti tak akan pulang selama-lamanya... Kata pembantu Anwar sambil mengangguk tanda sahih apa yang budak kecil tadi kata memang benar,
Sebagai seorang komando sudah tentu kita dapat mengagak bagaimana dia tentu berdegil, it's ok bring me to see your General... Desak anwar lagi. Kali ini rakan-rakan mereka menghampiri dan menundukan senjata beliau ketanah, mereka berbincang dan kelihatan mereka mengangguk-anggukan kepala. Anwar merenung pembantunya untuk mengetahui apakah yang dibincangkan oleh mereka, pembantunya terus mengangguk-angukan kepala, they discuss about your demand..
Kelihatan empat dari mereka pergi melihat apakah barang yang dibawa oleh konvoi Anwar, setelah memeriksa mereka melaporkan kepada rakannya yang lain dan berbincang lagi, ketika itu pembantu Anwar berkata they will bring the general to you, kelihatan seorang dari mereka berlari menuju memasuki semak berdekatan dan menghilang diri, lebih kurang dalam sepuluh minit dia muncul kembali dengan seorang lagi kanak-kanak yang agak kurus kering memegang pistol ditangannya, Anwar jelaskan pada teman ketika kemunculan budak tersebut memang kita dapat tengok bagaimana pistol yang dipegangnya jelas begitu berat buatnya, macamana dia nak menembak pun saya tak tau...
Anwar agak bigung... Apakah budak ini yang amat ditakuti dan digeruni? Tak kan lah semuda 13-14 tahun ini yang menjadi pemimpin kepada mereka? Dia terus bertanya kepada Anwar kenapa dia begitu berani mahu berjumpa dengan General sedangkan cukup tahu akibatnya nanti! Anwar tetap dengan hasratnya dan mengatakan dia datang dengan berniat baik membantu mereka.
Kamu akan tanggung akibatnya nanti jika kamu berdegil katanya... Anwar menjadi lebih bingung siapa pulak budak tersebut! Apa sahaja kesannya saya sanggup tanggung akibatnya demi menyelamatkan Manusia yang kelaparan dan sakit. Pease general... Kata anwar
Sebaik anwar memberi penjelasan pembantunya berkata ini bukan general yang sebenarnya, Anwar bertanya lagi... Kalau bukan habis tu dia ni siapa pulak, pembantunya menjawab dia ni adala Little General ataupun General kecil... Barulah Anwar faham siapa sebenarnya budak yang baru hadir tersebut adalah General kepada kumpulan pembrontak kanak-kanak...l
Dia nampaknya berkata sesuatu kepada dua dari mereka dan sebaik selesai mendapat arahan mereka bergegas memasuki hutan semak tadi menghilngkan diri, Anda tunggu sini sehingga orang General Ayob sampai, saya tidak bertanggung jawab apa yang akan terjadi kepada anda katanya, dia mengacukan pistol dan menghampiri Anwar meninggalkan rakan-rakannya yang bersedia Mengacukan senjata mereka kepada Anwar...
Apa yang kamu bawa untuk kami? Tanyanya lagi, Anwar menjawab makanan dan perubatan bukan senjata, little general terus menyoal... Dia maksudkan bukan didalam trak tetapi apa yang ada pada kamu? Muatan itu untuk kamu serahkan, apa yang saya maksudkan apa yang ada pada kamu boleh diberi kepada kami. Mendengar apa yang diperkatakan fahamlah Anwar sebagai upah diplomasi untuk mereka, betul lah pembantunya pernah berkata kepadanya kekadang biskut boleh menjadi senjata penyelamat dan menyuruh beliau memenuhi selagi ada ruang poket disimpan biskutyang siap dikampit kecil...
Anwar terus berkata, ok saya akan mengambilnya dari dalam poket sambil menurunkan tangannya untuk menyeluk poket dan memberikan kepada little General, dia mengambil biskut tadi dan terus bertanya Apakah benda yang ada dalam paket nie? Anwar mengeluarkan biskut yang tersimpan di poket sebelahnya lagi dan menunjukan bagaimana mengoyak plastik tersebut dan menunjukan Biskut kepada Little General kandungan Paket tersebut.
Little General berteriak suka kepada rakan rakan nya. Mereka jelas terus menuju ke Anwar dan meminta jika ada lagi Biskut tersimpan dalam poket. Anwar terasa lega yang amat malah juga sedikit sebak bila melihat anak-anak sekecil ini berebut mahukan Biskut kerana kelaparan sedangkan anak-anak kita di Malaysia takat biskut belum boleh memujuk...
Ada lagi... Tunggu kata Anwar kepada mereka yang sedang menikmati biskut ditangan, Anawr mengeluarkan semua simpanan biskut yang berada didalam poketnya. littel General menyapanya, ada lagi kah biskut didalam poket kamu sebab rakannya yang berdu tadi belum dapat biskut yang Anwar bagi. banyak lagi jangan risau saya beri semua simpanan biskut dalam poket untuk kamu. Sambil mengeluarkan semua simpanan yang ada didalam poket-poketnya untuk diberikan kepada little General dan rakan-rakannya. Pembantu Anwar juga mengeluarkan biskut yang ada didalam simpanan poketnya terus memberi kepada anak-anak yang begitu riuh dengan ketawa semasa mereka.
Sambil dia menjeling pada Anwar, I told you before, am i right, anyway we don't need this biscut anymore. Anwar baru faham dan tak menyangka pembantunya juga turut buat pekara yang sama sekalipun dialah yang memberi rahsia bagaimana Biskut boleh jadi senjata, dia juga faham tak perlu lagi menyimpan biskut dipoket masing-masing kerana ini halangan terakhir bagi mereka kedestinasi atau misi sebenar mereka
Bagaikan anak-anak diberi mainan, kekadang sampai lupa makan, itu kita yang hidup aman dan damai... Kata Anwar kepada teman, kalau biskut lah kat tempat kita tak sapa nak (anak-anak kita).bagai anak-anak riang menyambung bermain semula lagaknya, bezanya anak-anak kita bermain tanpa hirau soal makan sebab kita tak kelaparan macam mereka. Sambil menyebut Thank You berulang kali beredar dengan mengenggam biskut dikiri dan kanan tangan mereka mula beredar, termanggu sekejap Anwar yang dilihatnya depan mata
Sambil berdedar mereka berkata terima kasih, kamu tunggu disini nanti orang General akan sampai disini... Anwar tersenyum kerana Puas dan terkejut dengan apa yang dia lihat apa yang terjadi didepan mata sambil menyebut Alhamdulillah...sebaik bila mahu masuk kedalam kenderaan alangkah terkejutnya dia sambil menjerit kepada kumpulan kanak-kanak yang riuh sambil memanggil... hey Come Back, come back again here... Anwar memanggil mereka kembali...
Tahukah anda kenapa dia memanggil semua anak-anak ini?... Hahaha cer teka? Nak tau jawabnya kena ler selesaikan jawapannya di bawah atau tunggu sambungan KISAR BENAR 4 nanti
jawapannya ....
Awnar brau menyaderi psiotl dan AK47 kepnuayan mrekea ter tniggal di atas benot kendareannya dan sepurah nya di atas Taanh blia telrlau gmeriba mnedaapt Biskut yang direbi oelh nya...
EPISOD SETERUSNYA KISAH BENAR 4... Apa kesudahnya konvoi kemanusiaan Anwar?, Apakah yang akan terjadi kepada Anwar? Berjayakan dia berjumpa dengan General yang sebenar? Insyallah nanti di next episode... Siapakah sebenarnya Anwar? ikuti sambungannya nanti... Insyallah
2 ulasan:
Salam saya menunggu kesudahan cerita Kisah Benar ini, episod berapa yang terakhir, saya sentiasa menunggu
SALAM
MENARIK CERITA SAUDARA, HARAP AKAN ADA LAGI CERITA BEGINI SUPAYA BOLEH MENJADI TAULADANG UNTUK KITA BERKONGSI BERSAMA
INSYALLAH
Catat Ulasan