09 Julai, 2013

PENGKID DIBURU KERANA MEMBAKAR RUMAH KEKASIH SONSANGNYA

Pengkid diburu bakar rumah kekasih


ROMPIN:  Polis memburu seorang 'pengkid' yang dipercayai membakar rumah kekasihnya yang juga seorang wanita di Felda Keratong 10 dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Yahaya berkata suspek yang berusia  21 itu dan tidak berkerja dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga kekasihnya.

"Selain memiliki rekod jenayah, suspek juga dikehendaki polis bersabit kesalahan kes dadah," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa yang berusia 17 sedang tidur dan terjaga kerana terbau asap di biliknya.

Pasukan bomba yang dihubungi dapat mengawal kebakaran dan hanya bilik berkenaan yang terbakar, katanya.

Johari berkata suspek yang berasal dari Felda Keratong 10 itu sedang dikesan dan beliau meminta orang ramai yang mengetahui tempat suspek bersembunyi agar menghubunghi pihak polis.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tu je la yg mampu dilakukan puak dua alam ni, nk bgaduh x kuat(blagak jantan tp sbenarnya betina)..bakar rumah je la..setel, yg pompuan tu pn 1 mcm punya sengal, dh xde jantan agknya kat kmpung tu, malu mak bapak.

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND