30 Julai, 2013

STRATEGI DAN PEMBONGKARAN RANCANGAN ZOINIS TAKLUK DUNIA



SERANGAN Israel negara kawalan Zionis ke atas Palestin kemudian DAN PERANCANGAN menguasai Baitulmaqdis, kiblat muslim pertama dan juga lokasi terbenamnya kuil Nabi Allah Sulaiman ibarat gelombang pertama kemunculan dajal, setelah sebahagian manusia telah ditakluk pemikiran dan emosinya.

Zionis dikaitkan dengan gerakan iluminati menunggu kedatangan dajal bagi memimpin dunia di bawah satu pemerintahan. Menerusi medium hiburan dalam filem ini, modus operandi The Order dalam Silent Hill : Revelation menggambarkan ciri kumpulan iluminati tersebut.

Dalam Islam tanda kiamat besar antaranya ialah kemunculan dajal sudah lama dinyatakan Rasulullah. Surah Al-Kahfi menceritakan Iskandar Zulkarnain membina tembok dengan rahmat Allah untuk menghalang kemunculan Yakjuj dan Makjuj, makhluk perosak antara bala tentera dajal yang terkurung di suatu tempat di bumi ini.


Dunia diselimuti kabus dan bergelap mempunyai persamaan visual dalam filem francais adaptasi permainan video ciptaan Konami Corporation ini. Klaustrofobia jadi elemen terpenting permainan video ini dan juga lain-lain permainan.

Konami Corporation terkenal di Jepun sebagai penerbit dan pengeluar mesin permainan, permainan video, pereka anime dan tokusatsu iaitu bidang mencipta kesan khas. Konami gabungan nama Kozuki, Yoshinobu Nakama, Hiro Matsuda, dan Shokichi Ishihara, yang merupakan rakan kongsi Kozuki dan pendiri Konami Co. Ltd pada tahun 1973. Konami juga bermaksud "gelombang kecil" dalam bahasa Jepun.


Kekalutan Heather Mason mengenali siapa dirinya mahu menggambarkan diri kita bukan Yahudi (goyim) sedang ditakluk zionis. Kesedaran Heather membawanya ke bandar Silent Hill yang mewakili dunia ini yang sedang dikuasai oleh seorang wanita bernama Claudia Wolf dari The Order mewakili iluminati lakonan Carrie-Anne Moss dan lelaki yang buta dan dirantai iaitu Leonard Wolf mewakili manusia yang ditakluk lakonan Malcolm McDowell.

Dalam pencarian identiti diri dan menemukan kembali bapanya yang telah ditangkap oleh The Order kumpulan pemuja yang menunggu kelahiran anak Tuhan yakni dajal. Heather membawa sekeping logam berlambang mata satu simbol hieroglyph aksara Mesir kuno merujuk Dewa Ra yang bermaksud dewa matahari. Ra merupakan Dewa Tertinggi dalam kebudayaan Mesir kuno.

Simbol mata satu ini digunakan secara meluas dalam segala aspek sama ada reka bentuk bangunan, wang dolar Amerika, logo perniagaan, watak filem, prop dalam filem dan lain-lain lagi. Simbol mata satu ini mewakili mata dajal yang melihat menerusi kumpulan iluminati akan segala peristiwa di dunia ini sama ada mengikut perancangannya ataupun tidak.

Sila buka mata dan minda anda. Telitilah logam bersimbol yang dibawa oleh Heather Mason. Amati juga dialog Heather ketika membaca nota yang menceritakan tentang dunia Silent Hill. 


Manusia tanpa wajah yang mempunyai jahitan di muka, manusia yang mengeras menjadi patung di Silent Hill adalah realiti gambaran manusia yang telah ditakluk pemikiran dan emosi oleh zionis dan dajal sebagai tanda ketidakmampuan melakukan apa-apa lagi.

Apabila logam bersimbol dajal itu memasuki tubuh Leonard dia dapat melihat semula dan menjadi perkasa. Begitu kuatnya keyakinan terhadap kuasa mistik dajal ke atas manusia apabila pemikiran dan emosinya ditakluk bahkan memberikan kekuatan kepada manusia tawananya mengikut perancangannya.

Semakin memuncak plotnya semakin banyak pula jalinan teka-teki terurai. Dialognya tambah panjang melonggokkan cerita dan fakta ke minda penonton. Nampak sangat keterujaan pembikinnya terhadap elemen kedajalan.

Silent Hill klise dengan ciri ekspresionisme dengan prop sekeping lukisan bercorak demikian, lampu yang berkelip-kelip dan ruang gelap tanpa elektrik, samar, berkabus, salji hitam berputar ganas, binaan usang, berkarat, reruntuhan, dinding mencair menjadi air tertarik ke atas dalam percubaan menggambarkan realiti dunia akhir zaman oleh si pembikinnya.


Dinding bangunan yang luluh berkarat dan musnah mewakili ideologi kapitalis yang diruntuhkan Zionis. Perancangan zionis dan iluminati berada di atas segala ideologi anutan dan perjuangan manusia yang sejak dulu mencetuskan persengketaan sesama muslim dan bukan Islam sebenarnya hanya dadu dalam permainan zionis sahaja.

Klaustrofobia merujuk kelainan psikologi yang takut dan panik terhadap tempat, ruang dan situasi dihidapi 5 peratus penduduk bumi bertujuan mahu menjadikannya meluas dihidapi semua orang menerusi filem ini dalam memaparkan situasi kehadiran pemimpin utama dunia yakni dajal.

Selebihnya aksi protagonis yang tidak wajar dijadikan idola melainkan kita bersedia menjadi Heather Mason menyatu dengan Alessa yang menjadi hantu selepas diseksa oleh The Order dan terkorban untuk menyambut kelahiran dajal ke muka bumi, lalu menumpaskan kumpulan rahsia dan pemuja dajal di Silent Hill itu.


LIHAT FILEM SILENT HILL :  Lebih menggerunkan Filem Silent Hill bukanlah filem pertama yang memaparkan agenda zionis dan iluminati. Kecenderungan filem Hollywood masa kini untuk menonjolkan watak berkuasa tak masuk akal fikiran menunjukkan darjah keterujaan meraikan kedatangan dajal menuju ke kemuncaknya.

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND