12 Oktober, 2013

SHARIZAT,KJ, ARMAN AZHA, WAN BRO, MAS ERMIEYATI, SHAMSUL PUTRA, GHADAFI, AZRINIZAM MENDAHULUI


Panas di semua peti undi UMNO di Bahagian @ Parlimen.. Sekalipun nampak tegang sebaliknya segala pengundian berjalan lancar, cuma sistem mengundi kali ini ada beberapa kelemahan, apa pun diharap pihak bertanggung jawab dapat mengambil kira kelemahan ini sekaliun kecil diperbaiki di masa akan datang. 
Begitu lama teman dan rakan media yang lain bersabar bermula dari jam 8 pagi sehingga lewat jam 6 barulah memdapat info penuh Keputusan pengundian perwakilan kali ini. 

Apa pun dinegeri Perak Tak banyak berubah seperti yang telah dijangka, Kak Jat nampaknya masih mendapat sokongan dari kebanyakan bahagian, manakala naib ketua wanita nampaknya memihak kepada Azizah Bt Mohd Dunberdasarkan sokongan jitu diperak nampaknya cukup jelas Kak Ijat masih diangkat sebagai pemimpin nombor 1 untuk Wanita. Malah Dato Hamidah Osman juga dikatakan masih berapi dan mendapat keyakinan dari warga wanita UMNO yang menjadi tunggak pimpinan kaum hawa

KJ seperti diduga tidak punya banyak masalah bagi mengekalkan kerusinya, rata-rata pemuda bahagian masih menaruh kepercayaan dan kemampuan KJ untuk membimbing pemuda, wan Bro yang bertanding atas tiket NKp juga mendapat undi hampir 60 bahagian setakat tengahari tadi, semua berdasarkan headcount dan analisis yang diambil kira kebanyakan rakan-rakan yang memantau dibahagian-bahagian lain, berdasarkan sehingga tengahari tadi nyata beliau hanya memerlukan beberapa bahagian lagi untuk menang.

Paling menarik pengundian Pemuda bagi calon exco pemuda, nampaknya tidak boleh kita nilaikan samaada calon orang tempatan (perak) atau tidak, jelas undian juga memperlihatkan calon seperti Sdr Arman Azha (PJ Utara), ustaz Fathulbari (Arau), Mohamad Faiz (lembah pantai) Ahamad Mukriz (pekan) dan beberapa calon lagi mendapat undi yang memperlihatkan calon luar juga mendapat tempat dihati Pemuda Perak. Tak ketinggalan sahabat alam maya teman seperti Jefrizal (Kuala Langat) Azrizam Ibrahim (Padang Besar) juga nampaknya digemari oleh perwakilan

Bagaimana pun dua calon dari perak juga tidak ketinggalan menjadi undian pemuda Negeri Perak umumnya... Syamsul baharin Putra (ipoh Barat), Mua'mar Ghadafi ( Parit Buntar ) sememangnya diduga mendapat tempat dihati perwakilan, 

Semuanya berdasarkan sehingga petang tadi nampaknya zone Pemuda begitu panas sekalipun 77 calon orang muda yang bertanding, nampaknya inilah ertinya warna atau kemeriahan demokrasi yang lebih berani oleh UMNO kali ini

Apa pun saya nak ucap tahniah kepada yang berjaya, kepada yang tidak bukan bererti kalah malah boleh memperbaiki yang mana kurang, perlu di ingat sistem kali ini membolehkan siapa sahaja boleh bertanding adalah pendekatan yang amat berani oleh UMNO sendiri. Kalau kita bandingkan dengan parti cai roket maka cukup jauh ataupun lansung tidak demokrasi. Jadi berbakti lah sebagai seorang yang layak menjadi pemimpin bila rakyat menilaikan usaha dan keikhlasan kalian 

Sekupang juga kekadang menggeleng kepala bila melihat bagaimana cai Roket yang cukup jelas kroni dan pentingkan kuasa oleh cai roket yang lansung tidak demokrasi ataupun memberi orang  atau ahli memilih pemimpin yang digemari, 

Aljub begitu mudah mendapat kerusi dengan presidennya terpaksa meletak jawatan hanya kerana lakinya, begitu juga anak nya yang juga menjadi pemimpin dengan menolak ertikata demokrasi, bagitu juga Parti Roket dengan dinasti Lim yang menjadi pengaruh besar, manakan tidak masuk akal, pemilihan CEC berlansung dua kali pun masih diragui, yang menang CEC pertama kali jatuh terduduk dikali kedua diadakan undi, malah yang mendapat undi terbanyak sekali pun tidak berjawatan dalam parti, maka ada benarnya seperti yang dilaporkan oleh thedapinsider.blogspot.com yang mendakwa ada kepincangan dalam pemilihan CEC yang dibatalkan kalai pertama diadakan

Manakala parti Bulan nampaknya sekadar boleh angguk, hasil kerja keras menjadi samseng diatas jalan, menyanggah serta menjual pegangan ugama yanga sebenarnya berakhir dengan satu episod yang memalukan. Manakan tidak parti makin goyah, kerusi makin kurang dan paling mengaibkan bial Tok Guru yang di Agungkan kini diaibkan dinegeri pimpinan nya sendiri... Segala harapan dan ceritera donggeng sekadar menjadi hiburan... Lenyap sudah HUDUD dan Negeri Islam bersama kejatuhan Tok Guru yang nampaknya tidak membuka mata mereka adanya...

Teman doa Tok Guru diberikan kesihatan yang sempurna seisi keluarga, teman simpati dengan agenda Hudud yang akhirnya didonggengkan ahlinya sendiri...amin ya rabul alamin.


Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND