12 Februari, 2015

KECOH DAN PANAS ! NIK AZIZ MENINGGAL DUNIA..


Bertiup kencang dengar khabar yg menyedihkan bahawa petang tadi TGNA agak tenat. Apatah lagi dibawa pulang sekejap tadi dalam jam 8 malam kerumah beliau. Akhirnya dimaklumkan Bekas MB Kelantan Tn Giri Nik Aziz bin Nik Mat telah meninggal dunia sebentar tadi jam 9.45 malam. berita kematian Nik Aziz (84) Rata-rata semua berita kematian ini disebarkan melalui tweeter, FB dan paling banyak di whatsapp.Bagaimana pun sebelum itu (petang tadi) dimaklumkan kononnua di bawa pulang ke halamannya di Pulau melaka...

Berikut adalah posting tentang beliau yg saya dapat dari laman sosial yg menyebut beliau dibawa pulang(FB) :

NIK AZIZ DIBAWA PULANG...

Kota Bharu-Keadaan kediaman bekas Menteri besar kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka disini mula dipenuhi penyokong dan orang ramai setelah berita mengenai kemerosotan kesihatannya tersebar.

Malah kelihatan sanak saudara bekas menteri besar turut mula kelihatan memasuki rumah nik aziz yang berhadapan dengan masjid pulau melaka.

Ambulans yang membawa nik aziz bertolak dari hospital universiti sains malaysia husm kira-kira 8.40 dan tiba di kediamannya jam 8.55.

Ketika dibawa masuk ke rumahnya kelihatan nik aziz masih memakai alat bantuan pernafasan sambil diiringi keluarga terdekat.
 
Bagaimanapun beberapa pengawal melarang jurugambar dan wartawan dari merakam ketika pemimpin pas itu diusung dari ambulans. SH

Kalau benarlah TGNA telah karahmatullah... teman harap jangan lah pulak Anda yg seteru politik dengan beliau melemparkan pelbagai kata-kata yg menghina atau memburukan keadaan sesama umat Islam... tak kira lah UMNO atau PAS. 

Jangan ungkit balik bagaimana sememangnya semuantahu ada juga yg terang-terang mendoakan supaya UMNO dan BN ditimpa celaka dan minta ALLAH SWT memberi bala umat Islam yg lain hanya kerana perbezaan politik. Apatah lagi memamg tidak boleh disangkal lagi secara terang-terang mohon ditimpa bencana malah bersyukur jika yg di doakan ditimpa bala atau mati diringi gelak hanya kerana perbezaan politik dan berpunca dari hasutan rakan akrab parti si roket dan mata lebam...

sebaliknya ambil lah ikhtibar penyatuan semula umat islam dan bangsa Melayu... kerana apa saja kejadian tentunya ada Rahmat dati Allah swt. Jangan persiakan ruang penyatuan salitirohhim... inalillahiwainalillahirojiun... Al Fatihah...

MOHON PENCERAHAN.... Jika ianya memamg sahih...
 


Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND