Kalau bijak menanbung... Belanja sekolah 2 kupang sehari dijimatkan supaya hari minggu boleh tengok wayang, tak jadi masalah... Sebab harga tiket lewat 70an tak lah mahal mana, 3 kupang utk seat biasa, kena book awal supaya tak sakit tengkok kalau disaat akhir dah tentu dapat seat paling depan sekali... Ibarat tengok artis yg berlakon besor gajah ler jawabnya... Tapi kalau nak duduk ditempat yg lebih istimewa atau orang perak mengelor rizeb, reganya mahal la sikit, ada yg 5 kupang, itu panggung yg takda tingkat atas, tapi bagi sesetengah panggung macam Cathay pulak enam kupang lima duit (65sen). Biasanya kalau dating kenaler duduk kat sini... Hehehe tapi jaminan kena gigit pijat belum tentu...
Seperti (diatas) Panggung Wayang Cathay... Sekarang nie dah jadi pasaraya yg setiap hujung minggu dipenuhi oleh bangla, mynmar dan pendatang asing yang mencari rezeki sekitar bandar ipoh... Selepas ianya ditutup akibat kehadiran panggung elit yg lebih esklusif didalam pasaraya siap ada waiter and waiteres dan minuman percuma dalam kapaksiti yg lebih kecil dan teratur serta punyai sistembunyi yg amat canggih...
Panggung Cathay juga merupakan tempat orang-orang kenamaan menonton dan juga merupakan tempat bagi mereka sebagai keraian adanya, bangunan yg menelan belanja sebanyak Rm 600 ribu ini menjadi kebanggaan dan dirasmikan oleh DYMM Raja Sir Izuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil (sultan perak ketika itu) dimalam tahun Baru Cina...
Ini pulak panggung Odeon yg kini dah jadi tempat Food court... Disebabkan teman kebetulan buat sedikit usikan dalam laman facebook temanterhadap semua rakan-rakan yg dah lebih 5 siri nie... Banyak pulak yg mula menceritakan beberapa sejarah sebelum nie yg pernah mereka lalui.. Jadi kebetulan dalam laman FB Sdr Nizam Isa mengupa lebih detail... Tertarik dengan apa yg dia kembalikan nostalgia, jadi teman pinjam ler cerita dia utk post kali nie... Nampak lengkap dan penuh huraian dan pencarian tentang kisah panggung-panggung wayang... Banyak jugak yg dia ceritakan buat makin ramai sahabat mula menbongkar pasal Panggung Wayang di sekitar bandaraya ipoh.
Untuk makluman juga, bandar Ipoh juga pada suatu ketika dahulu merupakan bandar yg terbesar dan berasingan, hasul dari perangkaan dan perancangan Kerajaan Negeri Perak untuk adakan projek bandar bercantum maka ianya semakin membesar bila pusat bandar kecil dicantumkan seperti di Pasir putih, Ipoh Garden, Tambun, Kg Simee, Jelapang, Meru dan banyak lagi... Kini bandar Ipoh melebar sebagai pusat bandar yg bercantum ke Meru arah utara tambun di selatan sehingga kebarat di Ser Iskandar...
Pernah tengok wanyang di panggung Star? Bagi yg zaman memuda masa nie tenggu tersenyum sendiri. Mesti banyak kenangan kan?
Siapa sahaja yg pernah menetap di Ipoh pada tahun kegemilangan ipoh sekitar 60an mesti dapat mengenal bangunan Jublee Park, banyak cerita dan sejarah yg ada pada pengunjung tempat ini suatu ketika dulu, kini bangunan ini masih berfungsi lagi sebagai tempat hiburan ditengah bandar ipoh, didalam nya juga ada dua panggung wayang yg cukup dikenali... Panggung Grand...
Kupasan Sdr Nizam memang menarik... Tu yg buat teman terperonggok berejam lamanya di kedai mamak nie dengan ipad yg nak habih bateri nie...
Panggung wayang ketika itu hanyalah satu-satu cara bagaimana kita dapat melihat secara visual mat saleh dengan berwarna dan lebih jelas, ketika zaman tahun 70an masih lagi dikampung-kampung kita menonton TV dirumah-rumah yg mampu milik mengadakan TV, kekadang ia juga menjadi sumber perniagaan atau invesment, manakan tidak bayaran lima sen atau sekupang akan dikenakan, jadi jika anda memiliki TV yg hitam putih pun boleh buat duit, malah ramai yg mengoreng keropok dan membungkus pelbagai kudap-kudap dijual semasa ramai yg datang menonton...
Kalau ada panggung pun dipanggil wayang pacak kekadang sebualan sekali atau dua sahaja... Free yop tapi bila ditayangkan ditengah-tengah padang maka penuhlah pelbagai bengkak digigit nyamuk atau agas... Bagaimana pun kehadiran wayang pacak nie jugak dah jadi macam pesta pulak setiap kali ia masuk kampung... Tak dinafikan ada yg bertemu jodoh sebab tengok wayang pacak hehehe...
Ini adalah pangungwayang Mayfair Theatre yg separa kayu juga dibina, banyak lagi panggung wayang di sekitar kg simee, gopeng, menglembu, batu gajah ( yg pernah menjadi tempat pertandingan kumpulan rock 80an) dan banyak lagi... Teman sengaja tak nak menyebut nama-nama panggung lain sebab nak tau kut korang boleh refresh dan bagitau nama panggung yg masih ingat... Batt nak abih... Nanti-nanti kita sambung...
Terima kasih sdr Nizam Isa kerana maklumat miker di MENITI JALAN KENAGAN PEKAN IPOH....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan