30 Julai, 2015

MOGA MALAYSIA JUGA MELAHIRKAN NEGARAWAN DAN PEJUANG NEGARA SEPERTI ABDUL KALAM

Inalillahiwainalillahirojiun... INDIA kehilangan seorang Negarawan, Saintis tersohor, seorang guru atau pendidik yg hebat dan seorang pejuang negara.

Abdul Kalam menghembuskan nafas terakhir semalam (Rabu @ 29.7.2015) dan dikebumikan hari ini. Jasa beliau tidak pernah diminta dinilaikan apatah lagi meminta dikenang atau imbuhan. Beliau pasti tidak terlepas perkataan 'sayang dan cintailah kepada negara kamu' bila setiap kali ucapannnya.

Pernah ditanya kenapa dia tidak berkahwin dan sanggup hidup membujang? Jawapannya ia takut tidak adil utk menumpukan kasih sayang isteri dan anak dengan kasih dan cinta nya kepada negara.

Tidak kaya dan riak sebaliknya cukup merendah diri. Cukup bersyukur dengan yang ada. Semua gajinya diseeahkan utk kebajikan dan yg memerlukan... tinggal dirumah sepertimana rakyat lain sekalipun merupakan saintis yg tersohor di india malah didunia terutama kuasa besar Amerika Russia dan negara-negara besar

Negara Amerika pernah menawarkan dia sehingga trillion USD utk bersama mereka. Tetapi demi negara sesekali tidak akan dia akur dan haloba dengan kekayaan. Pencetus revolusi dan pencipta kuasa Nuklear bagi negeri india ini merupakan orang yg amat disenangi rakyat pemimpin tak kira apa juga bangsa di Negara india

Berasal dari keluarga yg amat daif dan miskin tetapi tidak pernah salahkan sesiapa ttg nasib beliau. Lebih suka berikhtiar dari meminta dan menjaja nasib utk keuntungan. Tak pernah berbangga dengan kelebihan apa tah lagi jawatan dan pangkat sebagai balasan

Semasa kecil belajar ikut kemampuan. Rumah keluarganya tiada bekalan elektrik, membaca diluar rumah atau menumpang cahaya dari lampu masjid surau dan kuil berdekatan. Malah tak pernah mampu utk makan besar cukup sekadar kuih atau makanan di tempat ibadah tanpa sebarang runggutan.

6 jam sebelum Amerika cuba mengesan melalui radar dan teknologi terkini nuklear india berakhir dengan kehampaan disebabkan Abdul Kalam mengagalkan usaha dan niat jahat mereka digagalkan bila lansung tidak bileh dikesan apabila beliau mengunakan kepakarannya utk hilangkan dari dikesan radar...

Hari ini semua rakyat India samada di negara mereka dan juga dinegara kita tanpa mengira apa ugama mereka amat merasai kehilangannya. Adakah kita juga bakal melahirkan seorang pejuang dan negaraqab seperti Allayarham abd kalam yg tidak sesekali mahu menilai jasa serta kasih sayangnya demi negara dengan habuan, kekayaan yg tidak pernah cukup dan pangkat atau jawatan? 

Moga beliau dipermudahkan dan ditempatkan bersama kesayangan Allah swt. Moga kita dipertunjukan seorang lagi Abdul Kalam di Malaysia... amin.

Alfatihah





1 ulasan:

Malaysian Cybertrooper berkata...

Negarawan di Malaysia ni bersyarat.
Seseorang itu hanya akan diiktiraf sebagai Negarawan sekiranya mengiakan sahaja apa yang dibuat oleh UMNO/BN tetapi sebaliknya akan dilabel sebagai pembelot, nyanyok dan sebagainya sekiranya beliau mengkritik kerajaan.

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND