16 September, 2015

SENYUMAN TERAKHIR DILAMBAIAN AL- HARAM MUKARAMAH


Assalam dari teman si Mekah Mukaramah. Memang tak berhajat utk menulis tetapi hikmah tuhan dengan beberapa Kejadian membuatkan teman terpanggil untuk menulis jua akhirnya...
Bermula bila melihat Keluhan seorang adik dilaman FB dan dengan janji meneruskan penjagaan adik beradik menjadikan semuanya jadi sebak. Bagaimana menceritakan kali akhir pertemuan yg diiringi sebuah senyuman sebelum Arwah terbang ke madinah untuk menziarah makam Rasulullah saw di masjid nabawi sebelum berlepas Ke Mekah Mukaramah... disinilah berakhirnya Syahid seorang kakak, isteri dantetamu Allah swt... Di Al Haram makkah....

Lebih terpanggil bila seorang sahabat menulis dalam group para jemaah haji disini yg juga merupakan seoeang yg bertanggung jawab ukuhwah jemaah iaitu saudara  ZeQZaidi... Begini nukilan beliau...

Dalam ramai-ramai mangsa jemaah haji yang menjadi korban kren di Tanah Suci, kisah wanita ini yang paling mencuit jiwa saya, dan mungkin anda juga.

Betapa beliau adalah insan yang terpilih di antara yang terpilih. Dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia 37 tahun, yg bagi saya sangat istimewa sebab tak ramai yg tunaikan haji pada usia 30-an. Kebiasaannya lewat usia memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di tempat suci, tempat yg baik dan dalam ibadat yang sangat besar ganjaran pahalanya. Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau mengakhiri nafasnya juga.

Walaupun meninggal dalam keadaan yang tidak dijangka, dalam keadaan yg mengerikan penuh berlumuran darah dan mayat bergelimpangan, beliau terpilih kerana jasadnya adalah jasad yang paling sempurna. Sempurna, bersih dan indah seperti saat hayatnya di dunia. Dan, jenazahnya dimakamkan di perkuburan kekal Ma'la yang mana tidak semua jemaah yang meninggal di Tanah Suci akan dikuburkan di sana. Perkuburan itu hanyalah untuk para syuhada' sahaja! MasyaAllah indahnya wanita ini dijemput Tuhan.. 

Lihatlah senyumannya saat ingin berlepas ke Tanah Suci. Riang gembira. Seingat saya, antara pengalaman saya menghantar sanak saudara ke dewan pelepasan, suasana yg sering saya lihat penuh dengan linangan air mata dan pelukan erat ahli keluarga. Tapi wanita ini, bahkan ahli keluarganya, tersenyum indah seolah-olah mengerti bahawa wanita kesayangan mereka ini bakal dihantar ke syurga. Wajah wanita ini bersih memancar seri, mungkin tidak sabar bertemu bidadari di sana. Allahu Allah.

Dan saya tidak pernah mengenali wanita ini. Hanya 2 persamaan antara kami berdua: kami rakyat Kelantan dan bergelar seorang guru. Di saat saya mengeluh tentang kerjaya seorang guru dan mengomel tentang anak murid pelbagai ragam, hari ini saya terbayangkan wanita ini saat dia di sekolahnya. Pasti beliau seorang pendidik penyanyang, sabar dan mendidik dengan penuh hikmah. Pasti beliau sentiasa tenang dan tersenyum di sebalik segala ujian. Pasti seluruh rakan sejawat dan anak didik menyenanginya. Dan saya, jauh sekali sepertinya. Allah..

Tadi terbaca nukilan dari adik wanita ini yang menceritakan perihal beliau yang tak pernah meninggalkan solat sunat dhuha dan qiamullail setiap hari. Bagaimana beliau seorang yang berkerjaya mampu mencuri masa untuk menghadap Tuhan di saat guru-guru lain terkejar-kejar ke kelas atau mungkin sedang santai lepak di bilik guru. Dan saya di sini, seringkali punya banyak alasan untuk 2 rakaat dhuha. Sibuk, takde masa, malas nak berwuduk, malas nak mekap banyak kali dan seribu macam alasan lagi. Itu belum masuk soal qiamullail lagi. Astaghfirullah.. 

Dengar kisah wanita ini, mengingatkan saya pada allahyarham Ammar yang syahid di Turki dan juga salah seorang krew pesawat MH17. Keduanya juga terlibat dalam kemalangan yang tidak ingin kita lihat, namun jasad mereka sempurna tanpa cela. Dan kepulangan mereka juga diiringi jutaan doa dari seluruh rakyat dunia, walhal ketika hayat mereka, tidak ramai yang mengenali.

Cikgu, semoga kematian cikgu dapat menghidupkan jiwa-jiwa yang telah 'mati'. 
Saya cemburu dengan Cikgu. 
Semoga Cikgu damai di sana bersama para bidadari jelita di taman syurga.

"Maka segeralah kembali kepada mentaati Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu." [Az-Zariyat:50]

Alfatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli.



Bagaimana pun Kerajaan Arab Saudi menyediakan pampasan yg begitu tinggi mencapai sejuta Riyal serta kuota istimewa utk  2 orang yg ada kaitan keluarga untuk mengerjakan haji dibawah layanan diraja unttuk tahun depan. Sebanyak 500 ribu riyal bagi yg tercedera... bukan setakat itu malah kerabat @ King Salman juga diantara yg memikul mayat utk dikebumikan selepas disembahyangkan di dalam masjidil Haram...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND