23 Januari, 2017

6.6 BAKAL JADI 66.6?



Memang rasanya halimunan dimata mereka... resah kerana ghaibnya jumlah troopers kini yg ada... tak sampai 10 % yg disedari seolah seluas alam sudah terkuburnya pejuang maya atau pun nama joloknya terupers... seolah kebal hijab pandangan tidak sekelumit pun kenampakan terupers yg dimaksudkan... 

Salahnya dimana? Memang tak ada ker atau memang mengalih toleh supaya tak nampak gerila maya nie... maklumlah duduk ditempat tinggi nie memang tak nampak berkoyot yg dibawah... tak ada atau memang buat-buat tak ada?

Nyata yg sahih sebenarnya kemenangan perang bukan datang dari pangkat bersusun dibahu atau nama jerit pangkat oleh prebet yg akur apa saja arahan. 
Sebaliknya... pejuang maya diluar ini mula muak dengan cara komamder berbicara. Semuanya telahan dia MESTI dianggap takdir... semuanya yg keluar dari aura mulut mereka MESTI dianggap keramat dan haram dipertikaikan....

Yang mereka sukar akui ialah tentang pejuang maya yg statusnya bergelar SOLDIER of FORTUNE yg banyak kelebihannya...  Dalam perjuangan bukan imbuhan atau menjadi janeral impian mereka. Sebaliknya semuanya kerana kesinambungan perjuangan... demi Alif Ba Ta... utk genarasi yg bakal lahir... untuk negara terus diudarakan angin keamanan yg berterusan... kerana itu jugalah gerila ini terus bernyawa dan terus berjuang...

Saliturahhim dan ukuwah semakin menebal... memang golongan yg meneropong langit nie tak nampak saf perang maya yg ada sudah setebal dan sejarak lapis langit dari bumi... 
Bukan soal senjata... lantak dan kenyang. Tapi itulah sifat seorang pejuang... mereka tetap wujud, bertahan dan bersedia untuk babak perang. Soal platun atau divison bukan tak wujud atau gerunnya bila disebut berbaki 6.6...

Tapi eloklah mendalam kerisauannya tentang tajuk PERANG SIAPA? Itu lebih penting... adakah saf perang maya akan jadikan PRU14 sebagai fokus mereka lagi... atau lebih dekat lagi maksudnya... mahukah mereka berperang kembali... atau akan biarkan kekalahan  kali ini sebagai pengajaran utk semua yg mengaku HERO dalam filem Ramboo dan mengaku kemenangan memang kerana Mereka....

Lain kali jangan la berjalan lompat gagak.... jangan la asyik semua kemenangan mestilab puncanya mesti dari mereka. Sekali sekala jengguk jugak dibawah. Jangan selalu jalan dengan dagu menongkat ke langit... tapi guling pering bila menteri mula berusara dan menilai yg ada cuma 6.6. Mengelupur berak kapur merata... ambiklah iktibar... carilah cara dan usaha kembalikan semula saf perang maya ini kembali... bukankah modal sebesar majlis hebat yg diadakan kalau dikerat sepuluh pun sudah cukup untuk usaha mencari saf perang yg dikatakan berantakan... kononnya hilang tah kemana semudah jadi alasan kepada menteri yg mula menegur sebenarnya.... 

Bukankah sebelum ini sampai tak cukup jari dan kuku mengira banyaknya troopers kononnya yg ada. Kenapa sekarang baru nak sebut ghaib bila menteri 6.6. Selalunya majlis besar yg ada sampingan bukan main hebat dan meriah... sampai terupers tua tak kan ada dalam senarai yg berjela... bolehlah sekadar jenguk tenguk kemeriahan dan acara utama yg dinantikan tentunya ayat mengaku otai dan penyebab kemenangan atau Hero at the ending scene... 

6.6 tu kejap jer.... kalau ditakdirkan PRU lepas raya nanti boleh buktikan dimajlis jemputan  pejuang maya yg akan diadakan sana sini kepada menteri yg memang salah tafsir bila angka nya kan bertambah lagi.... 6.6 tu akan beranak 66.6... masa tu boleh dabik dada lagi dan cakap tafsir menteri silap sebenarnya....

Buat terupars tua.... lu orang jangan ingat posting nie bakal menyinarkan satu lagi harapan raya tahun nie... hahaha... tak dapat la sahabat... jangan mimpi la... elok ambik nasihat gua... tukarlah blog tu buat jual barang online atau meniaga kuih raya ada gak masyuknya ekekekeke....

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND