Kelangsungan hidup bukan soal nombor satu atau utama utk seorang pejuang.... remeh temeh atau sifat memgampu utk kelangsungan kehidupan mewah memang tidak lansung pernah ada dalam benak seorang pejuang.
Soal utama sebenarnya kesinambungan demi generasi anak-anak bagi memastikan mereka boleh hidup bersaing didunia aman makmur... Memastikan kelangsungan Alif Ba Ta adalah sebenarnya perjuangan sekalipun banyak yg mengaku kategori ini walaupun tak nampak ayat penyamun yg disorokan celah janggut atau alimnya wajah... apa lagi kalau berjubah sarban boleh terus dianggap mulia. Sunnah digunakan sepenuhnya utk diri bin tembolok.
Bagi pejuang yg marhain mereka pun ada kelembutan dan toloransi. Terutama bila menyebut dan berunding soal perjuangan. Bukan jiwanya longlai akibat dibeli dengan meja makan besar dan kemeriahan setiap kali mula diancam musim perang yg berulang. Sebaliknya atas nama PERJUANGAN untuk kelansungan Generasi keturunan terus mengenal keamanan yg dipertahankan oleh waris atau tamsilnya mereka...
Tapi-tapi ada jugak batasnya kesabaran... jangan dilekehkan setiap kali musim perang bermula. Pejuang jugak bijak mencatur. Malah lebih dahsyat tindakan di luar jangkaan. Untuk sekali memanglah angguk atas perjuangan... untuk kedua kali masih lagi diampunkan kealpaan. Tapi-tapi kalau senantiasa berulang setiap musim perang... pejuang pun pandai menghidu siapa sebenarnya musuh dan siapa sebenarnya kacip didalam tepak. Jangan terkejut merah sirih berganti dan alirnya darah yang sebenarnya. Jangan sekali ingat bijak. Dan jangan lupa pejuang juga boleh membunuh dengan kejam... kerana musuh bagi mereka tiada ampun dan tiada layak dikuburkan.
Maka bagi sang petualang janganlah selalu berbahak bila setiap kejayaan memutar alam dengan alkisah ceritera yg terlalu banyak tanda soal dan koma. Jangan lupa strategi kal licik tak berguna bila bertarung. Yang pantas dan cepat adalah pemenang kepada pertarungan. Cepatlah beri ruang keinsafan pada sudut jiwa. Biarkan hasad dan tamak itu tiada lagi bertuankan dihati. Bawaklah sedar diri... jangan terlambat.
Jadi kalau dah selalu ulang cara atau taktik sama. Pejuang senyap sebenarnya sudah bersedia... tunggu masa... bertindak sepantas adanya tanpa diduga sampai serangannya...
Jangan sampai menjadi sasaran... sebenarnya musuh dalam selimutlah yg boleh mengairahkan lagi pejuang utk bertemu muka dan bertempur. Kerana kaum inilah lebih dahsyat merosakan pusaka dan bangsa...
Jadi jangan bermain-main dengan pejuang.
Fuhh... dahsyat betul la coretan yg teman dapat nie...
Tahniah usaha keras wanita UMNO mula menyedari kehilangan pejuang-pejuang maya. Moga kalian bertemu kembali mereka dan merealisasi Saf Perang Maya sebelum PRU datang lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan