07 Jun, 2018

DS NAJIB BERTINDAK BIJAK, ISU MAKIN MENARIK PERHATIAN DUNIA

Semakin menarik isu nie, pada pendapat personal teman : Ramai yg tak menjangkau terfikir ttg peguam DS Najib yg baru dilantik. Malah dikecam dan dihukum awal bahawa DS Najib mula ketakutan dan bersalah terutama di Media sosial oleh hakim-hakim FB terutama mereka yg kekenyangan dedak.

Kita kan tahu keadilan sepatutnya ditentukan oleh makamah bukan persepsi yg dtgnya dari pelbagai sudut menepikan undang-undang yg ada. Menariknya disini ada juga kesinambungan tindakan dan logik dalam kes nie, Betul dah tu sbbnya memang dari awal lahi Parti DAP yg memulakan tuduhan persepsi dengan mengunakan negara luar yg juga telah mengaibkan negara dimata dunia, Amerika dan negara barat dikunjungi dan dilibatkan terutamanya pembangkang disana spya isu 1MDB boleh dikaitakan sebagai satu pertuduhan atau pun utk mewujudkan isu atau kes nampak benar dan boleh diyakini oleh rakyat dan negara yg akibatnya perpaduan mula kucar kacir dgn pelbagai pendapat dan persepsi bergatung kepada rujukan yg boleh nampak spt benar-benar berlaku.

Maka elok lah juga biar peguam mereka juga yg menjadi pembela kepada DS Najib, dan paling elok disegerakan kes nie supaya tidaklah kita melihat longgokan tuduhan setiap hari yg disiarkan tanpa dibicarakan  malah sikap begini sungguh tidak professional seolah mengambarkan negara dibawah dunia ketiga lakunya. Betapa satu tuduhan bukanlah bersifat nyata terus bersalah. Kita kan ada undang-undang bukan spt hukum RIMBA spt yg dikatan oleh Penasihat PKR DSAI sebelum ini...

Apa pun kita nantikan kesudahannya... kalau lagi elok utk ketelusan kerajaan rasanya eloklah dibuat penyiaran terus kepada semua rakyat dapat menyaksikan perjalanan kes yg berjalan nanti. Soal sekatan passport bagi teman tak berapa cerdik, kalau dilihat isu besar pemimpin didunia pun tak kemana, lihatlah bagaimana Osama laden, Saddam Hussien yg terkorban pun dinegara sendiri... mana nak lari kalau dah kes dilihat oleh dunia. Kalau setakat nak ke Mekah mukaramah utk tunaikan Umrah yg menjadi impian umat Islam didunia  utk bertaubat dan beramal di Ramadhan Al Karim  bumi para Suhadah pun disekat, rasanya nampak berat sebelah dan ketidak adilan spt mereka yg diBlacklist pula boleh sewenang-wenangnya pula boleh dibiarkan merdeka melancung... ater mana gayanya?

Teman ngajak berpikior sehat yop dan yong, tapi biasalah kalau ada juga yg berhasad tentunya akan keluarkan komen langau, teman tak kisah, silah kecam... yg berpikior adil sedang ketawa dalam hati tengok lara komer... silalah... kecamlah tahap mana yg komer nak. Apa ada hei... KPI kebangangan namanya... hehehe

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND