14 Januari, 2022

BEZA AKHLAK PEGAWAI DAN TABUNG MASJID

 


Apa nak jadi? Memang teman tak sangka ada lagi hukuman rupanya kat adik Deinal kerana memindahkan kotak derma atau tabungvmasjid ke bilik jenazah. Adakah benar dia memerlukan wang untuk perbelanjaan Datuknya yg sakit. 

Salah tetap salah, pembalasan atau hukuman memang sepatutnya diberikan, cuma teman terfikirkan mungkin dgn viral video hukuman Mandi Mayat keatasnya bagi teman sudah cukup, rupanya membawa ke makamah sehingga didenda RM 4k dan penjara rasanya bukan cara membetulkan. Jalan yg terbaik menyedarkan dan keinsafan serta taubat kepada pelaku. Bukan meletakan sebagai banduan, sudahlah memalukan dgn sebaran video kini terpaksa hadapi hukuman penjara dan denda yg sudah tentu dia tidak termampu. Bukan kah dia mencuri utk perbelanjaan Datuknya yg sedang sakit?

Mana Orang Besar, Pemimpin dan mereka yg bertanggung jawab soal Agama? Kenapa tak campuri isu sebegini? Bukankah ianya mencerminkan Islam itu sendiri dimata masyarakat lain. Kamu ada kuasa, bergaji besar dgn tanggung jawab yg perlu dipikul atau dituntut…





Siasatlah, tanganilah dgn sebaiknya. Ia cermin betapa kita bijak serta indahnya islam itu sendiri. Terfikirkah kita betapa ramai diantara jemaah juga dulunya lebih teruk dari adik Dainel sendiri. Mereka antara yg hadir kerumah Allah kerana kekesalan dahulu yg pernah mereka lakukan. 

Tidakkah terfikir antara sedekah yg masuk ketabung itu dgn harapan supaya ianya dimanafaat utk semua ummah sekitaran, bukan hanya utk keselesaan seperti Hawa dingin baru atau karpet setebal 3 inci sahaja. Tetapi utk segala perjuangan syiar islam dan kebajikan yg menjadi Kifayah ummat setempat. 

Jadi kalau benar dia dihukum atas Mandi Mayat. Bagaimana pula pelaku yg aibkan dia? Bebas atau terus jadi pertikaian dan jadi contoh kah utk umum melihatnya mewakili ummah? 

Sedarkah kamu jika dia tidak memaafkan adakah kami boleh bagi alasan ini semasa disoal kelak? 
Soalnya berapa kuoang yg dia dah larikan dari tabung tersebut dan adakah kamu telah menziarahi Datuknya yg sedang sakit yg membelanya dari kecil akibat penceraian ibu bapanya dan masalah keluarganya? 

Bagi teman, inilah jalan atau peluang yg baik baik menarik dia bersama dgn taubat serta kesedaran supaya dia yg akan menjadi diantara pencinta masjid dgn hasil kesedaran peristiwa hitam baginya yg telah dilakukannya. Samalah spt apa yg kita tahu dan dengar bagaimana kepala gengstar pun juga diantaranya… Alhamdulillah, itu mereka bagaimana kita? 

‘Mungkin atas sebab itu Allah tak bagi bro kaya sebagai hidayah bro melihat semua kejadian sebegini’ kalau tidak bro tentu dah setelkan kes macam nie… 
Terima kasih sahabat yg mengingatkan teman sehingga kini….

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND